SOLAT adalah WAJIB
sudahkah anda menunaikannya?

Friday, April 2, 2010

Anak Emak/ Anak Emas Emak

Sesaja bila mood berforum datang, selak2 page pasal rumahtangga > pasal anak emak..

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
betul ker si suami mmg susah nak flexiblekan antara mak ngan isteri?
salam to all...

apa pendapat korang ttg suami yg selalu berkepit ngan mak dia jer????dulu masa bujang takda pun....ker si isteri yg tak pandai jaga..tp kalau tak pandai jaga takda lah badan si suami semakin buncit hehehhee

my husband ni kalau mak dia datang umah kakak dia kat sg besar kan,msti paksa suami aku dtg umah kakak dia...ajak pegi window shopping jer...beli tak pulak....pelik btul....ehmmmmm

so plz lar share pendapat kat i ni..letih lar ngan peel my husband towards his famili...

++++++++++++++++++++++++++++


Masalah dengan Mertua...

Saja nak share dengan forumer sume..bagaimana anda menangani masalah dengan mertua yang tidak sebulu dengan anda!!!Tambahan pula jika kita berkawin dengan 'Anak Emas Mak' ni...Yang suami kita plak asyik menuruti sume kehendak family dia...akhirnya Anda dan anak-anak kurang perhatian...

Begitulah yang terjadi kepada aku...Yang selalu terluka gara-gara tindakan suami yang aku fikir berat sebelah!!! 8 tahun berkahwin tidak pernah dibawa saya n anak2 g holiday(bukan tak mampu)..kalu bercuti pun masa banyak dihabiskan d rumah keluarga dia.....Kalu balik kampung saya...cuma hantar saya balik n balik semula kerumah ibunya.........Saya sedih selalu dipelakukan begini....Tiap2 minggu pasti dia blk rumah ibunya untuk bersama adik-beradiknya..Saya n anak2 ditinggalkan....Saya semakin buntu...bila diajak berbincang pasti tiada jlan penyelesaian dan akan berakhir dengan pertengkaran....Mohon ada yang sudi memberikan pendapat!!!

++++++++++++++++++++++++++++


Suami tak boleh bertolak ansur bila nama family nya disebut
aku telah pun mendirikan rumah tangga 4 tahun lama nya..dan selama 4 tahun itu lah aku memendam perasaan dgn family laki aku. laki aku adalah anak bongsu dlm family nya dan aku ingatkan sebagai anak bongsu kuranglah tanggungjawab nya terhadap keluarga kalau nak compare dgn anak sulung..tp nampaknya sangkaan ku meleset sama sekali..

ketika berkenalan dgn laki aku, aku tak tau pun tanggungjawab die terhadap keluarga sgt besar..die pun takder bercerita dan tak nampak pun..sampailah kami berkahwin. aku tgk mak die mcm and adik beradik mcm tak nak melepaskan die walaupun dah berkahwin..itu aku ok lg..tp yg aku perasan, diorg ni sorang pun tak respect aku sebagai menantu baru, mcm aku ni tak wujud langsung..kalau aku dtg rumah mak mertua, ipar ipar aper ntah, salam pun mcm nak tak nak, sembang pun mcm nak taknak,sampaikan makan pun tak nak duduk semeja sekali..kalau diorg adik beradik tgh bersembang di hall, aku dtg nak join, mcm aku ni invisible plak..aku adalah bgtau husband, apsal kite dah kawen lama masih gak perangai adik beradik die cam tu..laki aku cakap sabar..isyh..aku dah puas sabar dah..aku nak gak tau aper masalah diorg ni..tp husband mesti tak nak discuss pasal tu..die akan cakap..drop the subject! isyh..

mak mertua pun sama..kalau call je..aku dah mula gelisah..ni tak lain mesti problem..kalau kakak/abg husband aku ada problem..terus lah si mak die ni berdrama..nangis mintak anak die balik settle kan semua..sampai aku terpikir..die tak pernah pikir ker..aku duduk sini sorang jek..i need my husband as well, pasal abg/kakak die yg drama cerekarama dgn pasangan masing masing tak pernah nak settle ni, pepandailah settle sendiri..nama pun lg tua dr husband aku kan..ni tak..semua nak husband aku ada.

aku adalah cakap kat husband aku, abg jgn masuk campur urusan diorg boleh tak?diorg dah tua, dah ada anak dah, takkan semua nak tunggu abg balik je..husband aku terus mengamuk..die terus cakap die tau lah aku tak suka adik beradik die, semua jahat, aku ni cubalah jaga hati die sebagai seorg suami..die nak i respect apa decision die. isyh..geram aku..bukan aku tak respect die, tp sampai bile asyik nak settlekan urusan adik beradik die yg mcm never ending stories ni..isu hal diorg ni sebenarnya effect my own family..sbb setiap kali tu lah kami laki bini plak gaduh..aku ni luahkan hati kat laki aku je..tp laki aku terus mengamuk, ungkit yg die layan family aku dgn baik, die pun nak yg sama dr aku..die cakap kite kene tolong org..org ada masalah, kite settlekan..tp masalahnya bila kami bermasalah, sorang pun adik beradik die tak settlekan pun..mengapi lg ada..

diorg ni pun mcm nak habiskan duit laki aku jek..takut sgt laki spent utk aku..padahal laki tak bg duit belanja pun kat aku.aku paham, sbb semua rumah sana dia settlekan. duit utk belanja mak, byr bil bil rumah, duit makan, duit utk nenek, totals emua adalah dlm rm1500/month tu tak termasuk duit kad kredit supplimentary mak die. yg tak best nye..beli makanan bukan utk mak die sorang, sbb rumah mak die sentiasa penuh.anak ada 6 org, cucu, bini diorg laki..tu yg belanja besar, tp adik beradik die ni bab nak keluarkan duit semua berat. mak die ni pun inagt anak die ni keje manager ke, sampaikan nak dtg kl sebba rindu kat cucu (anak kakak ipar) pun mintak belikan tikiet kapal terbang. bayar laki aku gak.pelik aku..kakak laki aku tak plak byr..isyh..tak paham lah. laki aku patut syukur, aku ni byk sabar, seklai sekala bukak mulut terus jek die smash balik..mmg tak leh nak sentuh langsung tindak tanduk family die ni. cam ne ek nak laki aku sedar? diorg ni just pergunakan die jek..bukan sayang pun.kalau lah laki aku tu takat keje biasa biasa..aku gerenti diorg tak call pun kut..ni sbb keje executive, tu yg menyusahkan jek. kalau aku kat umah mak mertua and ada lah merajuk skit..semua kakak ipar lah sibuk.bukan nak baikkan kiteorg, tp siap pernah suruh tinggalkan aku .aper masalah diorg ni?mental betul!!! aku nak tau
1. camner nak sedarkan husband aku yg dia dipergunakan je?
2. jgn attached sgt dgn conflict family..discussion mmg tak boleh..ada alternatif lain?
3. mintak family die utk accept me. how?

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Ermmm daripada thread2 diatas nih, mcm2 komen aku baca.. ada yg +ve, ada jugak -ve nya... hihi biasa la kan. Yang pastinya thread2 ni dibukak oleh perempuan. Lelaki xde plak masalah mcm ni ek..

Perempuan ni biasanya akan demand lebih2 dan mcm2 sket kerenahnya. Selalu nk minta perhatian yg lebih berbanding lelaki. Ye la kan kita kawin, so perempuan akan seboleh2nya nk husband dia tumpukan kt dia je. No sharing, please.. eh kalau tak, dah ramai la yg rela hati hidup bermadu,kan? hihihhiii aku pun tersenarai, no sharing ok ;-)

So lelaki2 kena la paham.. sebenarnya mmg la pempuan tu paham tanggungjwb husband dia sbg anak kpd ibunya. Tapi berpada2 dan pandai2 la menjaga hati isteri. Daripada thread diatas, ada yg terlalu melebihkan family drp isteri dan anak2... sgt unbalance..

Daripada thread2 diatas, yg paling aku rasa kesian ialah Suami tak boleh bertolak ansur bila nama family nya disebut. Ermmmm mmg tak patut dan asyik mkn hati je la wife dia tuh.. bayangkan dah 4 tahun kawin mcm tu? Kesian juga sbb dia tak mengenali laki tu before kawin dan tak tahu pun keadaan mcm tu dlm family laki dia. Tu la org ckp kalau kawin sblom kenal pon ada risiko mcm ni...

Daripada pengalaman yg lepas, aku juga pernah jumpa 'anak emas ibu'... sgt menyeksa jiwa raga, ok! Seksa sgt bila mkn hati sbb terlalu nk jaga sgt hati ibu dia... mmg aku tk sanggup jd mcm tu lg... Cukup la aku katakan aku bukan nk rampas kasih sayang dia dr ibu dia tp.. agak2 la kan.. bila dah ada commitment, buat betul2, kalau tak boleh, then setle down.

Aku juga ada pengalaman family aku sendiri yg mcmni. Sampai runtuh rumahtangga.... last2 anak2 yg jd mangsa, kesian sgt. Aku tak nk anak2 aku rasa apa yg telah aku lalui dulu2 tu... mintak dijauhkan semua tu. tu semua punca dr 'anak emak' ni la.. ye la aku bukan salahkan 100% tapi mmg dah jodoh sampai situ, nk buat mcmne.

Tapi kita semua ada akal fikiran yg waras, boleh pikir yg mana baik dan buruk, walau apa pun komunikasi amat penting dalam hal2 rumahtangga ni. Jangan sesekali g cite kt org luar tanpa berbincang dulu dgn pasangan... Org luar pon kdg2 boleh jd penyebab jugak.

to be continue.. byk lg nk membebel tp xde masa..

No comments:

Post a Comment

☆☀♥ feel free to leave your comments ♥☀☆

Related Posts with Thumbnails

Ramai jugak yang baca entry ni.....

 
Go To Top