SOLAT adalah WAJIB
sudahkah anda menunaikannya?
Showing posts with label Nihongo o Narau. Show all posts
Showing posts with label Nihongo o Narau. Show all posts

Tuesday, April 19, 2011

Pening kepala

Saya sedang belajar sendiri sendiri tulisan ni. Tapi saya rasa mcm susah la blajar sendiri nih. Pegi kelas, bukan dia ajar satu2. ke nak kena ambik kelas kanji? leceh la.

hukhuk rasa mcm nak nangis je kena ingat banyak benda. Terus stress....
Ni baru yang simple2. Saya taknak kusutkan kepala dgn yang jenis conteng2 mcm peta tu. Last class sensei tunjuk kad yang ada tulisan kanji ni. semua chinese tahu makna saya sorang je blurrr. so sad. rasa macam down giler. ye lah, chinese punya tulisan sama maa... saya sorang je malay dlm kelas tu. jadi kena study double triple lah dari diorang. aaaagggghhhhhhh!

Thursday, April 7, 2011

Kadang2 apa yang kita tak jangka terjadi...

Last week, saya ada exam nihongo. Memang saya prepare sikit je (sebab? malas kot ;p). So, saya baca apa yang sensei buat revision minggu sebelumnya tu SAHAJA. Selamba dekk je kan? Pagi2 dah bangun, belek2 and practise conversation. bercakap la sorang2 kt depan tv. nasib baik tv paham ;p. Pasal ape saya nk tekankan sgt conversation part? sebab saya ambik kelas mmg untuk bercakap bukan takat nk tulis2 sajo..hehe takut sangat kalau fail bahagian oral nih.

Sampai kelas macam biasa, agak lewat coz saya sampai surau pavilion dah lewat sket dari biasa. Tapi serius saya tak rush langsung...haha. sampai2 je kelas, mmg 80% dah ada dlm kelas sebab dah nk mula exam dahhh. Sensei susun2 tempat duduk (separatekan mana yang perlu, of coz lain dari tempat duduk biasa dlm kelas). Lepas tu sesi oral bermula. seperti biasa jugak, saya lah org pertama yg dipanggil (mana taknya, nama saya kan huruf awal2). sebenarnya mengah berjalan cari pavilion pun tak habis lagi. mmg agak nervous la masa sensei panggil tu. Tapi, nasib baik tak sesia saya berlatih sorang2 depan tv..alhamdulillah saya dapat jawab semua.

Masa writing test, cuak giler sebab ada part yang saya langsung tak sentuh. Tak buat revision langsung part tu. dah la banyak markah kt situ..huhu sedih ;(. Pastu saya bantai sajolah..tak ingat sgt apa yg sensei ajar sebab tu bab awal2 dulu... ermmmm tawakkal ;-)

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Bila tunggu result, sensei cakap semua pass. wow, saya target B pun takpe kot. Tapi alangkah terkejut bila sensei bagi certificate dan tercatat A... macam tak percaya, tapi percayalah.. Part oral dapat full mark. alhamdulillah ;-)

Tu lah, kadang2 apa yang kita tak jangka tu la yang terjadi. semua kuasa Tuhan tau. Bukan kita yang menentukan semua tu.

Kalau korang rasa mcm boleh jawab dalam exam pun, tak semestinya BETUL semua. Kita tak tahu dan mmg kita takde kuasa pun keatas apa yang akan terjadi. contoh, bila kita jawab exam dan rasa macam boleh jawab, tetiba dapat result tak ok, korang tetiba nk salahkan cikgu yang mark kertas tu ke? Mmg ada kot cikgu salah mark tapi jarang sekali. Tapi kebanyakannya kita ingat dah betul, tapi rupanya salah sebab kita cuai, tak ingat part ni part ni lah... so, bertawakkallah kepada Allah. Dia yang menentukannya.

Insyaallah will proceed to the next level..

Wednesday, April 6, 2011

Kanji oh kanji..

Kenapa la banyak sgt jenis tulisan nih? serabut kepala hotak betullah.. lepas hiragana, katakana pastu nk kena blajar kanji pulok. yang lain (hiragana dgn katakana) hafal je..haha ;p

From now, kena beli buku kanji pulak. blajar la sampai boleh conteng2. Pelik kenapa tak de dlm silibus dari awal kanji ni? eeeerrghhh tension betul rasanya. Bila nak baca newspaper, terus stuck sebab xleh nk read kanji. so? motif tak diajar dlm silibus awal2 nape eh? banyak songeh,kan? pastu boleh pulak dia campur2 tulisan hiragana katakana kanji sedebuk mcm tu. kononnya berseni lah sgt kan..
kena ke ingat semua nih? huhuhu
Selama ni belajar kalau ;

hiragana ni belajar masa beginner class

katakana pun blajar masa beginner class..

air = mizu =     みず        =    水
                  (hiragana)      (kanji)

水 nampak macam lukisan air tak? errrmmmm @_@

Tulisan dia macam lukisan. so, kalau pokok, bayangkan lah macamana lukisan pokok, then thats the word of pokok. Haaaaiiishhh kenapa tak standardkan satu tulisan sajo? nyusahkan betullah. Tapi berseni jugak...haha xleh blah.

木 adalah tree ya ;-)

saje je buat entry bosan nih. nk study tulisan, buku kanji pulak belum beli. nk survey yang best kt kinokuniya lah nanti.

Friday, April 1, 2011

Exam Mood

Sticky post sampai saya habis exam ;-)
This week sangat busy. Dengan nak study, dengan nak hantar report ke Tokyo. So, takde masa nk bertepek kt blog.
menggelabah weh, exam kali ni macam !@#$%^&*()_+

See u next week. Bye bye ;)

Friday, March 18, 2011

Study HARD...

 
Sedar tak sedar lagi beberapa hari saya nk exam nihongo tapi lately ni tak berapa nak focus..hehehe apsal entah. need ginkgo biloba kot. Baca tapi tak masuk2 dalam kepala nih.. baca tapi fikiran duk ingat benda lain...haiisshhhh tak suka lah macam ni. Ada 2 kali kelas je lagi. sekali kelas nak habiskan lesson then skali tu untuk revision. Saya masih berhoneymoon lagi disini...arrrgggghhh tension lah. Tetiba nk tension tak tentu pasal kan..

Perlu study hard nih. Tak target tinggi kot. Score lulus pun dah ok. Biasa lah, dah last minit ni, banyak pulak benda nak kena ingat...huhuhuhu. Nak ambik JLPT lagi kot next session. Harap2 semuanya berjalan lancar.
**Impian mmg lah menggunung. Tapi kalau takde impian, mmg tak kemana. Impian adalah menjurus kepada target yang hendak dicapai dalam hidup ;-)

Thursday, February 17, 2011

Bukan semua sukakan kita.... terimalah kenyataan!!

Setiap kali kelas, saya rasa tak selesa sgt skg ni, tapi dgn bangganya kelas untuk level kali ni, mmg saya tak pernah miss lagi. Takat ni lah... hahaha sebab kalau termiss, mmg hazab lah ko nk ulangkaji sorang2 sbb agak susah level kali ni.

Kenapa saya tak selesa masa kelas? Bukan sebab sensei, bukan sebab persekitaran tapi disebabkan ada dua tiga org yang agak meLOYAkan. Tak sure lah diorang ni buat loyar buruk kt dalam kelas ke hape.. tapi tiap kali kelas ko nk buat loyar macam tu mmg agak meloyakan tekak saya walaupun saya tak pregnant..haha ;p

Mungkin saya masuk kelas dgn budak2 yang bawah umur (kalau 20-23tahun tu agak2 bawahan umur kot?). Entah la, bukan nk judge orang tapi serius mmg annoying lah gelagat diorang masa kelas. Antara aksi2 dalam kelas saya yang bakal habis awal bulan April nanti (tak sabar nk exam) ni adalah;

1. Ada dua org lelaki (pangkat adik (22tahun tp muka macam form 5, macam budak belum bersunat...opppsss) duk bercakap (of cozlah spekong campur2 nihongo lah kan) bercakap berdua dgn nada bisik2 tapi satu kelas boleh dgr DAN bersembur sembur air liur.. korang LOYA tak kalau macam ni??? mcm budak darjah satu lah weh...

2. Masih kisah dua org makhluk itu, berbisik2 bersembur air liur dan gelak2 macam gay berduaan... (ke haku yang jeles nih?? pelissss lah DIK. Nak buat gaya2 manja berdua gelak2 tutup2 mulut please buat kt luar. Cukup menyampah sbb kelas kecik sajo, takleh nk pandang tempat lain. mesti ternampak jugak kau tuh). Kejap2 gelak kejap2 gelak. entah apa yang lucu sgt pun tak pasti...

3. Sorang amoi ni agak kekwat, lorat tak tentu pasal. Macam terer sgt (eh, mungkin betul dia terer). Tapi kalau tiap kali dia bg example kt sensei, mmg dia gelakkan diri dia sendiri.. ape, dah cukup syok sendiri agaknya.

4. (cerita amaoi yang sama) Dia selalu tak buat exercise dlm buku teks, nak pinjam buku saya (konon nk check la, saya dah buat ke belum. pastu buat2 tanya padahal dia dah tahu.. tektik mu dapat kubaca la amoi. harap muka cun tapi you ni pangkat adik2 i je.. tektik mcm ni i dah kenal sgt dah. Takleh org lebih TAHU dari dia). Saya bagi je dia nk tengok buku saya. Pastu kalau ada yg saya dah buat exercise (walau belum blajar dlm kelas lg), dia akan "Kenapa you dah buat ni? kita belum blajar lagi maaa" .... so??? Sampaikan org yg duduk sebelah dia dah menyampah sebab dia asyik nk pinjam buku je dan nk pinjam shukudai kalau dia tak siap. Mengganggu org nk concentrate dlm kelas. Saya nmpak sgt org sebelah dia buat muka...huhuhu kesian kan???

** sekian entry mengumpat dari saya ;p

Friday, January 28, 2011

Teringin sangat tapi....

Saya rasa nk buat ruangan bahasa lah. kan sekarang ni saya tgh blajar bahasa jepun. so, saya nk sharelah sikit2 kt sini macam ayat2 simple dan boleh digunakan sehari2. Ok ke eh? Haahaa kalau salah tolong tunjukkan ye. Saya mmg budak yg sedang belajar.

Sebenarnya mmg dah lama dah saya teringin nk buat ruangan bahasa nih. ermmm mana tau ada yg berguna untuk korang jugak ke ;-)

Permulaan ni saya akan buat ayat2 simple dan tulis dlm nihongo. Maksudnya ayat kegunaan harian lah.

"Practise makes perfect"

Friday, December 31, 2010

Selalu kalah...

Saya ni bukan ape. Mmg tiap2 malam kalau boleh nk spent time untuk study Nihongo. Ni dah bape hari tak bukak langsung buku Nihongo. Mentang2 cuti 2 minggu berturut turut. maka dgn selambanya saya turut bercuti dr membuat revision. Padahal sblom cuti tu sensei dah bgtau awal2 suruh buat shukudai. punya lah banyak. saya langsung tak sentuh lagi. please lah. harap2 malam ni saya nk usik sket. haaaaa sket je ke?

Kan kita cuti 3 hari. sabtu ni xde kelas lagi sbb new year kan. of coz saya harap sgt dapat peruntukkan 1 hari tu untuk buat shukudai. Harap2 sempat lah nk siapkan shukudai yg menggunung tu.

Nak kata sibuk sgt takdelah. cuma malas dah nk ulang2 ckp. masa mmg kejap je kan skg ni. satu jam macam 1 minit je..huh. tau tau dah lalok ngantuk depan tivi. mana lah nk belek buku lagi kalau dah mcm tu. agaknya saya nk kena duk kt meja study nun kan baru jadik. meja study pulak dlm bilik. saya takmo duk sensorang dlm bilik ;/ (hahaha alasan baekk punya ;p)

Friday, December 24, 2010

Tonari no totoro

Dah lama saya tak review buku2 yg jadi bahan bacaan. Sekarang ni bila dah kawin, semakin saya rasa tak cukup masa untuk baca baca. Betul, bila kawin ni (padahal blom ada baby pon lagi) saya rasa masa sekejap je. tup tup dah pukul 11 malam. rasa baru lepas makan malam. Ermmm jadinya saya rasa perlukan inisiatif sendiri untuk pastikan saya tak kerugian masa.

Banyak lagi buku2 yang saya beli, belum saya baca. takat belek2 je. Buku Good Mother Bad Mother rupanya sgt2 best. Eh, baru baca beberapa muka surat je.huhu

Ok, skg ni saya nk baca buku anime (komik). Tajuk dia Tonari no totoro. Mmg kebudak budakan sbb baca komik mcm ni. tapi sbb saya nk lancarkan bacaan saya dlm nihongo, saya kena la baca. ulang kali pun takpe supaya lancar dan biasa dgn ayat2 dlm tu. ayat dia mmg simple sgt berbanding buku lain. sbnarnya utk kanak2 jepun. semua dlm hiragana katakana. takde langsung tulisan english kt dlm tu. Jadi, utk mantapkan nihongo, sgt bagus baca buku ni.
Mengisahkan jiran dia yg bernama totoro. Sangat cute la diorang ni. Ada watak kucing (neko) dlm cite nih. nanti habis baca saya bgtau ape jalan cerita dia yeh.

Monday, December 13, 2010

Mencabar sungguh!

Banyaknya kerja lately nih. Banyak jugak benda yang tertangguh. Saya rasa saya perlu study lebih untuk kelas Nihongo sbbnya ohhhh banyak sungguh perkataan baru dan grammar yang perlu diberi perhatian. Sblum ni mmg blajar yang basic2 sajo. grammar ni taruk tepi sbb nk ambik point je kan tapi skg tidak lagi. Level baru perlu lebih mendalam pembelajarannya. Saya rasa kalau tak study mmg tak paham la. Dah la kelas saya mmg semua budak2 student mmg la diorang ada masa nk study (saya assume je, saya pun tak tahu diorang study ke tak hahaha) tapi saya ni mmg mcm xde masa nk study. Malam mmg sekejap je skg ni. Tup tup dah pukul 11 tup tup dah pukul 12 malam. Dan haruslah masuk tido tak pun tertido atas lengan encik suami dpn tv tu jugak..hoho. penat la katakan.

Tapi mlm tadi saya study ;)) Sempat la saya siapkan shukudai (homework). Tapi ada lagi exercise dalam text book saya belum buat. Biasa kalau tak bizi saya sempat curik2 buat kt opis masa lunch hour ke. tapi skg ni mmg agak bz loh.
Hidup ini mmg mencabar, kan? Sekejap je MASA skg nih. kejap je masuk opis dah tghari. pastu kejap je dah pukul 5.30. Ermmmm ruginya kalau tak gunakan masa sebaik mungkin. huh tetiba feeling tergolong dlm org2 yang kerugian stok saham..hahaha ;p

Monday, November 29, 2010

Jom pegi Jepun

Sape nk pegi Jepun? bukan senang nk ke sana ditambah dgn taraf hidup yang tinggi disana, maka org yg betul2 banyak duit sahaja boleh pegi jalan2 ke Jepun. Tapi, kalau pergi untuk berjuang (study), adalah satu bonus la kan? sbb sambil study boleh kenal negara org. Wow, negara Jepun kan dikagumi kerana kemajuan mereka setelah dibom hancur lebur. Mereka bangkit dan kini menjadi negara maju.. jauh la dgn negara kita. Maybe negara Jepun sekarang ni adalah 'Malaysia 8 tahun akan datang' (ini pendapat peribadi saya sahaja. kalau salah, sori naik lori)

Jadi, sesapa yang nk study kt Jepun atau nk hantar anak atau adik2 belajar kt negara matahari terbit tu, jangan la malu2 bertanya mengenai universiti kat sana. Negara kita (Malaysia) mmg dah lama menggalakkan pelajar sambung study kt Jepun. lagipun kita mmg ada hubungan dua hala dgn negara jepun nun. Sesiapa yang berminat, silalah jenguk2 kt sini. Macam2 universiti ada kt sana. pilih je mana nk pergi. lepas tu mintak tajaan dgn JPA, MARA atau PETRONAS (wah, senang macam nk mintak sign je bunyik, padahal kenalah mengharungi proses2 segala bagai). Biasa lah, bukan senang weh, nk menaja org blajar, bukan 10-20ribu, malah lebih dari itu. Nk kena pastikan student tu betul2 blajar plak tu.

"Let's study in Japan". Yokoso Japan!

Negara Jepun menyediakan biasiswa untuk pelajar dari luar negara. Jadi, boleh la apply. Sangat bagus tau dia punya tawaran. mmg tak perlu bayar pun tapi perlu memenuhi kriteria2 yang ditetapkan sahaja. Jadi, rugilah kalau terlepas peluang tersebut. Disamping itu, ada jugak biasiswa2 lain. sila rujuk disini.

Banyak lagi rujukan2 lain. sila pandang2, selak2 link ditepi belah kanan screen ;)

(bermimpi2 nk ke Mount Fuji suatu hari nanti ;))

---bersambung (ada keje jap, nti kita sambung)

Tuesday, November 16, 2010

Tahniah, dapat Grade A!

(Ni la kelas japanese saya. saya sorang je Melayu ;). Tak kisah je bagi saya, kalau nk blajar seribu daya, taknak seribu alasan).

Alhamdulillah, walaupun saya tak berapa nk study dan mmg langsung revision pon hampes, saya gagahkan jugak pegi ambik exam hari sabtu. Saya mmg takde mood nk ambik exam tapi apakan daya...

Sabtu pepagi dah keluar rumah sbb ada assignment nk kena accompany prof jepun dari hotel ke kelas. Pukul 9pagi dah setel. saya ingatkan nk lepak2 shopping mall ke kopitiam ke sementara nk g exam tapi baru pukul 9 pagi. org pon blom bukak kedai lagi. jadi, saya berdesup balik rumah. 9.30 dah sampai rumah. kononnya nk belek2 buku tapi... lepak tgok tv :D

Petang, saya pegi exam. Tgok org lain semua sibuk belek2 buku.. berabuk dah diorang study.. saya ckp kt diri saya sendiri, takpe la, tak kisah sgt asalkan lulus. saya adalah org pertama dipanggil utk sesi oral.. yes, oral test. mmg selalu jadi yang first ;) saya tak dapat jawab dgn ayat penuh kot 1 soalan tu.. hahahha berpeluh dah ;p

Pastu buat writing test.. mmg bantai je sbb grammar susah nk ingat. Saya ingatkan sensei akan bagi result dgn sijil next week tapi rupanya terus dia bagi on the spot. jadi lepas writing test, sensei pegi bilik lain utk check kan kitorang punya markah..

Dan, alhamdulillah, saya dapat A ;)) Tak sangka sbb mmg saya bantai je grammar2 tu..huhu ;/

Monday, October 25, 2010

hilang daya tumpuan..

Bila merajuk, concentration pon hilang... ohhh menyesal kerana merajuk dengan laki!

Bukan saya pinta pon nk merajuk2 nih... last saturday mcm biasa la kan, saya pegi kelas. encik suami yang hantar.. dalam kereta we all ada discuss sket pasal apa ntah.. malas nk ingat balik..haha ;p

and saya adalah merajuk sket2.. haa? sikit je ke? huhu tapi mmg nyata saya merajuk. sampai2 kelas, dah nk turun, saya terus salam macam biasa. tak cium macam biasa pon..kata merajuk, ye dok?

terus g solat and masuk kelas macam biasa jugak.. ingat boleh la tumpukan pada pelajaran tapi...hampas, okey! saya langsung xleh concentrate dalam kelas.. apa yg diajar pon saya tak tahu.. ke laut uols..huhu tu la bahana merajuk dgn laki ;/

yang saya tahu, saya ada exam 13 Nov ni dan kelas baru akan start 27 Nov nanti. lepas tu semua yang ditanya oleh sensei semua saya tak confident je jwb... sensei pon mcm pelik je..huhu sbb kebiasaannya saya la yg mula2 akan jawab.. kalau sensei tanya org lain pong saya la yg sibuk2 jawabkan...hahah giler kuasa btul la ;p bukan apa, mmg saya selalu macam tu. tak kisah la apa org nk ckp sbb dr situ saya boleh belajar. ermmm tapi last week mmg teruk la. mmg blurr je dlm kelas. sampai sensei naik pelik.. menyesal menyesal menyesal..lain kali taknak buat dah tapi this week dia nk....

perempuan ini amat halus jiwanya..merajuk adalah makanan dia...>>>>>> ishhh ishhhh ishhh perempuan mmg macam ni..bencikkkkkk !

Thursday, October 21, 2010

Kuremashita...

Jom study bersama saya...(padahal saya sdg kesejukan study nih) tolon tolon...
Exam dah dekat uols... saya asyik tido je memalam. maklum la dah jadi isteri, kan? kakaka xde kena mengena la..padahal diri sendiri yg tido kepenatan keje kottt...
Alkisah mmg niat mlm2 nk study. dah bgtau encik abang pon nk study tapi last2 saya yang baring dulu depan tivi...huhu.

Hari ni rasa cam free sket, jadi saya study kt opis...

Kuremashita = gave something

Watashi wa Ani-san ni hon o kashite moraimashita.
Saya telah meminjam sebuah buku daripada Ani

Ani-san wa watashi ni hon o kashite kuremashita.
Ani telah meminjamkan kepada saya sebuah buku

Ani-san ga kashite kuremashita.
Ani yang telah meminjamkannya kepada saya

ingat tak? oboete kudasai!

Friday, October 8, 2010

Kerja sekolah

Hari ni niat diawal pagi nk buat kerja sekolah. Saya dah ponteng kelas last 2 week, jadik, keje skolah mmg banyakkk dan saya belum usik pon lagi. This week saya sempat study dalam text book je. So hari ni agak free kt opis, saya akan siapkan kerja skolah (harap2 siap la sbb esok kena submit)

See..pagi2 pukul 7.48pg sampai2 je kt opis, terus keluarkan shukudai (keje skolah) dgn text book sbb kalau tak keluarkan, confirm tak sentuh nanti..huhu

Saya agak pening sket lately ni dgn kelas/lesson yang diajar oleh ツノダ せんせい。 Cara penyampaian dia OK tapi saya kurang puas hati sbb dia tak TEGAS.. nak jadi cikgu, kena TEGAS kot. Saya suka cikgu yang TEGAS (tp bukan garang). Saya berpendapat, kalau cikgu tegas, murid2 senang nk pandai. kalau cikgu tak tegas, murid2 jadi malas dan bertambah tak pandai. Jadi, saya kena pilih sensei yg sgt tegas sbb saya nk jadi pandai dgn cepat.

Kelas saya yang dulu tu (kiranya utk 2 level sblom ni), sensei saya dulu tu sgt tegas walaupun dia baik dan sgt cantik. オシロ せんせい mmg best la. Tapi apakan daya, dia tak ajar kelas weekend, dia ajar kelas weekdays saje. Sekarang ni saya dah kawin, jadi tak boleh la nk ambik kelas weekdays yg mmerlukan pengorbanan waktu mlm tu..huhu.

Beza mmg berbeza.. saya dapat rasakan;

1) オシロ せんせい paksa kami hafal huruf2 hiragana dgn katakana tu. maksudnya dia paksa kita baca text dlm hiragana/katakana tanpa membantu kita dlm kelas. Jadik, kami terpaksa balik rumah dan hafal..

ツノダ せんせい pulak, macam tak kisah ada student yg MASIH tak boleh kenal huruf2 katakana (yg sepatutnya dah ada dlm kepala sbb dah blajar masa level sblomnya tu). Dia tak menunjukkan reaksi pelik bila ada student masih gagap2 membaca text atau conversation... ermmmm saya rasa pelik sgt2.

2) Shukudai (kerja sekolah) mesti dibuat dirumah, buakn dalam kelas masa nk hantar atau sebelum hantar.

オシロ せんせい sgt tegas. kalau nmpak student buat shukudai hari submit tu, dia akan ambik shukudai tu (maksudnya masa dah tamat utk buat shukudai. dah takleh buat dah). JAdi, kami semua akan siapkan shukudai sblom dtg kelas. bagus la sbb kami dah buat revision sblom masuk kelas, kan?

ツノダ せんせい pulak, tak kisah kami submit ke tak shukudai...haih, tang ni la saya lemah ni. mmg sya seorang yg bermotivasi tinggi tapi bila saya dah skip kelas ditambah tak sempat nk study, saya dah tak submit 1 shukudai dah.. huhu teruk la sbb saya jadi tertinggal.. nk kena buat revison sendiri plak tuh. Tak suka!

3) Setiap kali kelas mula, オシロ せんせい akan buat revison dan tanya personally (one by one) kt kami semua ttg apa yg kita blajar last kelas.. secara automatiknya kami akan study before kelas. macamana sibuk skali pon mmg saya akan study sbb takut/malu takleh jawab bila ditanya nanti.

ツノダ せんせい pulak, tak kisah kami boleh jawab ke tak... masih meneruskan silibus2 yang wajib.. hermmmmmm \@_@/

Wednesday, August 11, 2010

tak perlu la nk kerek

kenapa eh, kenapa eh?

kenapa perlu 'kerek' (entah mana saya dpt perkataan 'kerek' tuh. tapi nk guna jugak)

KEREK = SOMBONG = BONGKAK ke?

maaflah kalau salah tapi, apa yang ingin disampaikan pasal seorang officemate saya. actually bukan officemate tapi sbb dia keje kt office sebelah ni je, selalu datang office saya, bercerita tentang NIHON.

Ya, saya tau dia pernah pegi NIHON few times tapi, tak perlu la nk bercerita bagai gah nya dia masa kt sana. excuse me, saya dah menyampah sket2 nk dgr cerita yg sama berulang kali. ulang dan ulang..opsss saya dah pegi 6 kali dalam masa 2 tahun. tapi bila org tanya saya dah pegi bape kali, saya jwb 'beberapa kali je'. saya tau tempat tu bukan boleh pegi bersuka ria.. mau duit banyak ooo. saya pegi pon business trip. kopak beb..huhu

ya, dia juga boleh cakap nihongo. so dia akan bercakap dgn saya yang basic2.. boleh kata hari2 dia lalu bilik saya, dia akan sapa dlm nihongo. so saya jawab nihongo jugak la kan..

Tapi kalau ada lecturer yg boleh ckp jepun dtg opis ni, dia akan ckp nihongo kuat2 macam sengaja nk tunjuk2 pulak yg dia pandai ckp nihongo.

saya tak pernah pulak ckp yang saya terrer ckp jepun. sbb dia tanya saya, jadi, saya ckp saya ada ambik kelas, tapi basic2 je. so saya masih belajar la. Maksudnya saya bukanlah boleh ckp berabuk nihongo tu. Tapi dia, dia mengaku yg dia boleh ckp nihongo.. huhu ada saya kesah?!

last few days, masa free, saya bosan dan saya buat 'shukudai' (kerja sekolah dalam bahasa jepun), dia masuk bilik saya dan mintak nk tgok apa saya buat. Then, huhu terpegun dia kejap tgok saya menulis jepun. ermm dia pon mula la tanya itu ini pasal kelas bahasa saya. saya dgn tak sengajanya TERtanya; 'abang ada blajar pasal '~na kereba narimasu' ke?' terus dia senyap.. apakah salah saya tanya? mungkin saya tak patut tanya... huhuhu

pasal berckp jepun ni, yang basic2 mmg boleh katakan semua org boleh try untuk hafal greeting2 yg basic2 ni kan? tapi cuba suruh diorang tulis? hiragana? katakana? kanji? ada berani?

pagi tadi, dia datang dan mcm tak puas hati, dok tanya tempat saya blajar. saya bgtau la tempat tu.. so dia ckp dia pon nk sampung jugak kt ctu.. Aikkkk bukan dah master ke nihongo? ermm saya diam ajer la, kan?

tak salah pon dia nk blaja tapi jangan la cakap BESAR, kan?

** ya ampun.. saya bukan nk mengumpat.. dalam hati saya tertanya2 jugak pasal ni sbb baru terjadi pagi tadi, kan?

Wednesday, August 4, 2010

Nihongo kurasu

Last saturday, pepagi lagi dah keluar rumah.
pegi check kereta yang satu lagi kt kelana jaya tapi unfortunately, tak dapat jugak repair hari tu. then my husband decided nk settle it by next week. so kitorang terus gerak gi bukit bintang. Yes, Bukit Bintang coz saya ada kelas Nihongo.

Dah lama tinggalkan kelas Nihongo. So kali ni, kelas sambungan untuk yang lepas. Diam tak diam rupanya dah lebih setahun tak attend kelas. mmg mencabar, OK! Bukan apa, sbb student lain semua fresh dari level sebelomnya (means diorang baru lepas exam level minggu lepas, hoho tak ke horror, okay. Saya dah exam LAST YEAR). Haaaaa ambik, dah lama giler tinggalkan kelas bahasa nih, mmg mencabar dan menguji...huhu

sampai2 je kt sana, tgok bangunan semua dah lain. maklumla diorang tgh buat renovation kt ctu. punyala cari, baru jumpa pintu masuk..huhu naik tangga plak tu. berpeluh sbb tingkat 4 rasanya (kalau tk silap)..dah setelkan full payment, naik atas, tgok kelas. then turun bawah jln2 kt starhill dgn husband (untuk mengisi masa lapang sementara tunggu kelas).

Masa yg dinnatikan telah tiba..jeng jeng jeng;

masuk kelas, ermmm tgok sensei tu perempuan. apa nama ntah..hahaha boleh? lupa nk tanya. dia pon tak kenalkan diri. saya je kenalkan diri saya coz dia tanya nama, tinggal kt mana dan siapa sensei saya yg sblom ni. student lain tu, dia yang ajar level sblomnya so dia dah kenal semua student lain KECUALI saya..hoho ;/

masa dia ajar tuh, saya mmg BLUR sgt2. huhu maklumla dah mmg lama tinggalkan kelas dan tinggalkan buku nihongo ni. jadi masa nk membaca dalam hiragana katakana mmg merangkak. ermmm nasib baik dikurniakan otak yang bijak pandai (hahahahaha lawak bodo jek. jgn ambik hati ;p), saya masih mampu membaca dan memorize sedikit demi sedikit apa yg saya belajar dulu... alhamdulillah.

saya tgok student lain pon BLUR coz silibus baru yg diajar hari tu mmg susah sikit. Biasa la kan, dah level lagi tinggi, mmg agak sukar.. GANBATTE YO!

saya share sikit apa yg saya belajar last class;

~na kereba narimasen (have to do)
~na kute mo ii desu (do not have to do)

~ga dekimasu (can do/able to do)
~ga dekimasen (cannot do/not able to do)

** nti kalau ada masa terluang, saya bagi contoh2 ayat yg menggunakan apa yg saya belajar.

Bila balik kelas tu, saya rasa sgt seronok sgt. tak sabar nk minggu depan coz nk dtg kelas lagi dan lagi. Tengok, saya dah boleh pick up, ka? lalalalala jom nyanyi lagu "jika kau tak datang"...hahaha

***saya selalu nyanyi dgn husband lagu "jika kau tak datang"ni....sambil gelak2 main2 dan ubah dgn kretif sekali liriknya ;p

Thursday, July 1, 2010

Jom review Nihongo...

Dah lama sangat meninggalkan kelas dan automatik meninggalkan praktikal bahasa ini.. huhu dulu2 mmg bersemangat sgt study Nihongo tp skg ni ditambah dgn sibuk teramat sgt... semua terabai.

Sekarang nk panaskan balik. Kena buat revision dulu before next class..kalau tak, habis la dlm kelas.. mana taknya semua org lain yg continue level semua fresh je dr level sblomnya. I nih dah setahun (ya, setahun dah tinggalkan kelas). Dah berkarat, okay!.. Ayat2 tunggang terbalik jadiknya.. Skg nk kena review nmpaknya. Mlm2 kena study sikit. Next week keje dah bz. Ada visitor Jepun. So xde harapan nk study kt opis..ermmmm.

I LOVE NIHONGO ;)

にほんご が すきです よ!
Related Posts with Thumbnails

Ramai jugak yang baca entry ni.....

 
Go To Top