SOLAT adalah WAJIB
sudahkah anda menunaikannya?
Showing posts with label Tazkirah dan Doa. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah dan Doa. Show all posts

Friday, November 18, 2011

Sekadar berkongsi

Di sebagian keluarga yang dianggap islami di masyarakat kita terdapat kebiasaan yang dianggap sebagai trend keluarga islami yaitu suami memanggil isterinya dengan panggilan ummi (yang artinya ibuku) dan sebaliknya isteri memanggil suaminya dengan panggilan abi (yang artinya ayahku). Yang patut kita renungkan, benarkah hal ini adalah suatu hal yang islami?

Penulis kitab ar Raudh al Murbi’, sebuah buku fiqh mazhab Hambali mengatakan:

ويكره نداء أحد الزوجين الآخر بما يختص بذي رحم محرم كأبي وأمي

“Dan makruh hukumnya jika salah seorang dari suami atau isteri memanggil pasangannya dengan panggilan yang hanya digunakan untuk memanggil kerabat yang masih mahram semisal abi atau ummi”.

Sedangkan di Hasyiah ar Raudh al Murbi’ dijelaskan sebagai berikut:

لخبر: أن رجلا قال لامرأته يا أختي، فقال – صلى الله عليه وسلم – «أختك هي؟» رواه أبو داود، فكره ذلك، ونهى عنه،

“Dimakruhkannya hal di atas karena beberapa alasan: Yang Pertama, terdapat dalam sebuah hadits bahwa ada seorang suami yang memanggil isterinya “Wahai ukhti!”. Mendengar hal tersebut Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bertanya kepadanya, “Apakah dia memang saudarimu?!”. Nabi membenci hal tersebut dan melarangnya. (HR Abu Daud no 2210 dan 2211 namun al Albani menilainya sebagai hadits yang lemah).

ولأنه لفظ يشبه لفظ الظهار،

Kedua, kata-kata tersebut menyerupai kata-kata zhihar (mengatakan pada istri: Engkau seperti punggung ibuku)

ولا تحرم به، ولا يثبت به حكم الظهار، لأنه ليس بصريح فيه، ولا نواه فلا يثبت به التحريم، وجاء أن الخليل قال: إنها أختي، ولم يعد ظهارا.
Namun menggunakan kata-kata di atas tidaklah sampai derajat haram dan tidak menyebabkan terjadinya zhihar karena dua alasan.

Pertama, kata-kata tersebut bukanlah kata-kata yang tegas menunjukkan makna zhihar dan orang yang mengucapkannya juga tidak meniatkan zhihar dengan kata-kata tersebut. Oleh karena itu hukumnya tidak haram.

Kedua, dalam sebuah hadits disebutkan bahwa Nabi Ibrahim al Khalil berkata mengenai isterinya, “Dia adalah ukhti” dan tidak dinilai sebagai zhihar”.

Kutipan di atas bisa dibaca di kitab Hasyiah ar Raudh al Murbi’ jilid 7 hal 8 karya Syeikh Abdurrahman bin Muhammad bin Qasim al ‘Ashimi an Nadi cetakan pertama tahun 1397 H, tanpa penerbit.
Sedangkan ar Raudh al Murbi’ adalah buku karya Manshur bin Yunus bin Idris al Bahuti, seorang ulama mazhab Hambali yang meninggal pada tahun 1051H.

Sumber: ustadaris

Kesimpulan daripada saya: Ramai kot org yg panggil isteri atau suami dgn nama ayah/papa/abah dan mak/mummy/ibu dan sebagainya. Tapi kita tak sepatutnya panggil macam tu. kalau kita nk mengajar anak kita menggunakan panggilan2 tersebut, cukuplah dgn mengajar anak tersebut. janganlah guna panggilan tersebut sebagai panggilan utk suami/isteri masing2. ia seolah2 kita panggil ayah/mak kita. bukan seolah2 kita berkomunikasi dgn suami/isteri. Jadi, apa yg penting, faham lah apa yg kita ucapkan hari2 ni...

Friday, May 20, 2011

AKU TIDAK SOLAT...TETAPI AKU TETAP BERJAYA...itu adalah istidraj

Ni saya ambik daripada Facebook. Sebagai renungan bersama. Marilah kita fahami apa itu istidraj.

Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?

Maka saya hendak bertanya kepada anda.

Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?

Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.

Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusia yang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.

Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”

Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

Nah… Apakah itu yang kita mahu?

Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?

Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”

Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.

Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”

ALLAH menjawab,

“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.

Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.

Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?

Saya yakin tidak..

Anda tenang sekarang?

Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.

Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.

Menarik untuk dibaca. sama sama lah kita muhasabah diri.

Friday, April 22, 2011

Kalau kita nak pakai baju,....

Hari Rabu biasanya saya ada tazkirah...bla bla bla..

Ustaz cakap, kita akan dibangkitkan dalam keadaan telanjang bulat diakhirat nanti. Dengan matahari sejengkal atas kepala, peluh menitik2 dan banjir peluh sehingga hampir menenggelamkan kita.

Ustaz cakap lagi, kalau kita nak pakai baju (taknak telanjang), kita hendaklah banyakkan bersedekah baju masa kt atas dunia ni. Sedekah baju bukannya baju yang kita dah tak nak pakai or yang tertanggal butang or yang dah lusuh tu semua. Sedekahlah baju baru atau bagi duit, suruh org tu beli baju. Of coz lah target kita hendaklah kepada org2 susah. yang tak mampu beli pakaian sendiri. bukan org2 senang yang mewah dah dgn baju ni. Kalau kt KL agaknya susah sikit nk jumpa, tapi kt kampung ramai kot. Carilah ceruk2 kampung nun, pasti kita jumpa.

So, siapa nk pakai baju nanti, silalah bersedekah baju untuk orang2 susah. Apa pun, niat yang penting ikhlas kerana Allah. Bukan nak menunjuk2. Selamat beramal =)

**banyak lagi yang ustaz bagitau tapi saya tak berapa pandai nk explain. takut salah fakta pulak, kang jatuh hukum lain plak kang. kang kang kang.... ;p

Friday, April 15, 2011

Sebab menjadi kesayangan

Hawa bertanyakan Adam kenapa Aisyah menjadi kesayangan Nabi. Mungkin sebab Aisyah yang paling muda antara isteri2nya?

Jawapan Adam adalah:

"Walaupun Aisyah adalah isteri Nabi Muhammad yang termuda dikalangan isteri2 beliau, tetapi beliau jugalah antara yang luas ilmu pengetahuannya. Bukan sahaja cantik tetapi juga pandai. Cantik, pandai dan pintar yang terangkum bersama pengetahuan agama, itulah keanggunan sejati. Orang lelaki pun bukan suka sangat wanita yang hanya cantik pada rupa tetapi tiada keanggunan sosial".

"Kecantikan yang terpamer pada tubuh belum dapat menjamin diri menjadi kesayangan suami selama-lamanya kerana kecantikan pada zaman muda bisa sahaja ditelan masa. Ia akan mengikat tetapi tidak menambat hati suami. Tetapi ikatan itu semakin hari semakin longgar"

Kecantikan pula terbahagi kepada dua :
1) Kecantikan fizikal - kecantikan rupa paras yang disenangi
2) Kecantikan sosial - biasanya diindahkan lagi melalui pengetahuan yang dimiliki.

Ok, nanti saya sambung mengenai kecantikan fizikal dan sosial.

Apa yang penting, kita tak perlu mengejar kecantikan fizikal semata2. Tak perlu mengejar bermaksud tak perlu terlalu taksub nak cucuk sana sini semata2 untuk kelihatan cantik. Kadang2 kita taksub tengok orang jual ubat itu ini, semua nak beli. huhuhu kalau ikutkan nafsu mmglah semua kita nak. Siapa wanita yang tak nak cantik? Sebenarnya cantik sekadar sedap mata suami memandang sudah mencukupi. Selebihnya perlu mencantikkan kecantikan sosial. Bijak mengurus rumah tangga, menambah ilmu pengetahuan, pandai bergaul, bijak dalam mendidik anak2 dan sebagainya.

>>Itulah sebab Aisyah disayangi oleh Nabi Muhammad S.A.W. Jom kita teladani sikap Aisyah.
Semua ni saya baca dari buku "Berbunga Cinta Aisyah di hati Rasulullah"
Masa rehat saya tak keluar hari ni. masa yang  panjang tu saya habiskan dgn  membaca buku ni sebab macam dah lama beli, tapi baru baca sikit. Rugi sgt sebab tak baca habis. Ni dah nk habis tapi nk khatam sekali lagi baru boleh praktikkan :-)

Saturday, March 26, 2011

Romantik kah kamu?

Ramai kot yang berpendapat 'budaya romantik' tu datang dari barat. Padahal kita silap. Dalam Islam, dianjurkan kita beromantik2 ni antara suami dgn isteri. Yang tak reti nk beromantik tu, memang tahu kot pasal ni. Masa bercinta bukan main romantik lagi. Lepas dah kawin, pegang tangan isteri pun tak nak.. huhu. Pelik, kan? Nak2 kalau pegi shopping dgn anak isteri, biarkan isteri jalan dgn anak2 dan suami jalan sorang2 jauh kedepan atau kebelakang. Ramai kot org macam ni saya jumpa.

Romantik tak semestinya atas katil sahaja. Bila2 pun kena romantik la dgn suami/isteri masing2. Jangan pulak romantik dgn org lain. kan haru jadinya ;p. Ada org malu nk beromantik2 ni depan org. Eh, bukan lah nak suruh over2 menggelikan tu. Takat jalan pegang tangan, bawakkan brg2 shopping utk isteri, bukakkan pintu untuk isteri dikala isteri sarat mengandung, ambil berat tentang isteri dan isteri pun sama lah. Isteri kena tau apa yang suami suka dan tak suka. Benda2 macam ni sebenarnya boleh mencipta suasana romantik tu ;-)

Sifat romantis Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam yang sentiasa bergaul dengan isteri dengan penuh mesra dan ceria. Kedudukan Baginda yang begitu tinggi di sisi Allah dan masyarakat tidak menghalang Baginda untuk bersama dengan isteri dengan penuh rasa cinta dan kasih.

Hal ini dapat dilihat daripada hadis riwayat Aisyah yang berkata;

لَقَدْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَضَعُ رَأْسَهُ فِي حِجْرِي وَأَنَا حَائِضٌ وَيَقْرَأُ الْقُرْآنَ

Maksudnya;
"Sesungguhnya Rasulullah SAW sering meletakkan kepalanya di ribaku, sedangkan ketika itu aku sedang berhaid, dan Baginda pula membaca Al-Quran" (Sunan Ibni Majah : 626)

Sesungguhnya bermanja antara suami isteri merupakan ibadat disisi Allah, yang melahirkan banyak kelebihan dari sudut keuntungan dunia, mahupun keuntungan di akhirat. Keuntungan di akhirat adalah dengan balasan pahala, dan keuntungan di dunia adalah dengan kemesraan dan kebahagiaan yang wujud dalam kehidupan berumah tangga.

Dari hadis ini juga, kita akan dapat melihat betapa Islam adalah agama yang cukup memuliakan kaum perempuan berbanding apa yang telah dilakukan oleh orang-orang jahiliyyah terdahulu. Orang-orang jahiliyyah terdahulu, memandang perempuan yang berhaid sebagai jijik sehingga mereka meletakkan undang-undang adat mereka yang meletakkan perempuan seperti barang buangan dan barang terpakai.

Apabila datang Nabi SAW, baginda menyeru manusia kepada Islam yang memandang mulia kepada kaum perempuan, walaupun mereka secara fitrah mempunyai masalah bulanan, iaitu Haid dan Nifas. Kemuliaan ini dibuktikan dengan tindakan Nabi SAW yang bermesra dengan isterinya yang sedang berhaid, dengan meletakkan kepala baginda di riba isterinya yang sudah pasti haid itu berada dikemaluan yang berhampiran dengan riba tersebut. Ini ditambahi lagi dengan tindakan nabi SAW membaca Al-Quran di kala kepala baginda SAW berada di riba Isterinya.

Ekoran dari itulah, Imam An-Nawawi (Aun Al-Ma'bud : 1/305.) menyatakan bahawa hadis ini menjadi dalil kukuh bahawa tidak dilarang membaca Al-Quran dalam keadaan berbaring dan bersandar pada orang perempuan yang sedang berhaid, malahan ianya juga menjadi dalil bahawa tidak menjadi kesalahan membaca Al-Quran berhampiran dengan najis.

Cerita ni saya petik dari sini

Friday, March 25, 2011

Bila suami belanja...

Seronok tak kawin? Mestilah seronok, kan? Kenapa Rasulullah suruh kita kawin? Sebab bila kita kawin, banyak pahala kita dapat. Ada yang masih tak tahu beza pahala berkahwin dgn bujang.

Ok, sila tgok video kt bawah ni. Besar pahala bila suami belanja isteri. Belanja ni merangkumi banyak aspek. Makan, pakai dan macam2 lagi. Kalau belum kawin, pakwe belanja makwe, dapat apa? yang habisnya duit semata. pahala entah kemana. Yes, pahala belanja dapat kot kalau betul2 ikhlas tapi still tak dapat nk compare dgn pahala suami belanja isteri. Kalau nk tahu, dengarlah ustaz ni bercerita ya ;-)
Lucu pulak bila ustaz suruh isteri2 makan banyak sebab nak bagi suami dapat pahala banyak..kahkahkah ;)
"Ustaz, saya untung ustaz, isteri saya tak pernah mintak duit" >>> tau ustaz jawab ape? RUGI ok, lelaki tersebut..
Pastu ustaz suruh isteri mintak suami beli itu ini, bukan ape, sebab nak bagi suami lebih pahala... istimewa, bukan? So, lets do bebeh... ;)) 

Ape pun, lakukan secara berhemah. Kang tak pasal2 lain yang diminta, lain pulak yang dapat....hehe ;-)

Dan sebenarnya..muzik itu..

Pagi rabu ada tazkirah session kt office saya. Ustaz ada bagi ceramah pasal isu semasa. Bla bla bla..saya tak berapa nk ingat yang lainnya sebab sibuk main hp...hahaha ;p

Tapi bila dia tekan kan satu bab tu, saya terus concentrate ;)

Satu eksperimen telah dibuat;

Sebatang pokok (pokok A) : didengarkan muzik selama 24 jam tak henti2

Sebatang pokok (pokok B) : didengarkan muzik selama 4 jam

Sebatang pokok (pokok C) : langsung tak de muzik

Di akhir eksperimen, pokok A mati, pokok B hidup tapi tak subur sgt dan pokok C hidup subur.

Pokok adalah tumbuhan hidup macam manusia. Macamnaa manusia boleh dgr muzik tak henti2?

Ada student cakap kt saya, dia study pun mesti dgr muzik??? what? saya pun kadang2 dgr jugak tapi serius kt office ni jarang lah bukak muzik kot. Tengok keadaan jugak. Terus jadi insaf dengar ustaz ckp macam tu. Muzik sikit2 tu masih ok, tapi kalau dah berlebihan tu, boleh buatkan hati mati. Kita tahu ke bila hati kita mati? apa effect dia kat kita? Muzik ni, kalau berlebihan, tak kiralah nasyid ke, lagu2 berunsur keagamaan ke, mmg meLEKAkan. Jadi, tak payah la LEKA sgt dgn muzik ya ;-)

**ok, ni cerita lain pulak. Pasal air. Air sebenarnya hidup (tu dgn bahasa yg senang nak faham lah). Sebenarnya jika kita bercakap dgn air, air akan berubah bentuk dan tenaga. Tak caya, cuba bacakan dgn doa2 dan minum air tu, insyaallah berkesan. Dan kalau berani, cuba maki2 air dlm gelas dan minum. ape jadi lepas tu? sila buat hari2 dan pasti mati lah hati korang ;p (errrr jgn buat!). Tapi ada betulnya sebab biasanya orang (ustaz2) bacakan doa/ayat2 quran bagi mengubati penyakit atau sebagai penawar hati dan bagi kita minum air. Atau bila ada solat hajat, org letakkan sebekas air kt depan sambil baca2 doa semua. Memang insyaallah dgn izinNya, akan berkesan. So, bila nk minum air (hari2 tak kira bila), cubalah berdoa yang baik2 dan minum ;)

Friday, February 25, 2011

Orang Islam baca Bible, boleh ke?

Dalam agama Islam dikenal empat buah kitab yang wajib kita percaya serta kita imani. Jumlah kitab suci sebenarnya tidak dijelaskan dalam Alquran dan juga dalam Hadis. Selain dari kitab Allah yang diturunkan melalui rosul melalui malaikat jibril, kita juga bisa berpedoman pada hadist nabi Muhammah SAW dan sahifah-sahifah / suhuf / lembaran firman Allah SWT yang diturunkan pada nabi Adam, Ibrahim dan Musa AS.

Percaya pada kitab-kitab Allah SWT hukumnya adalah wajib 'ain atau wajib bagi seluruh warga muslimin di seluruh dunia. Dilihat dari pengertian atau arti definisi, kitab Allah SWT adalah kitab suci yang merupakan wahyu yang diturunkan oleh Allah SWT melalui rasul-rasulnya untuk dijadikan pedoman hidup umat manusia sepanjang masa. Orang yang mengingkari serta tidak percaya kepada Alquran disebut orang-orang yang murtad.

Daftar kitab Allah SWT beserta Rasul penerima wahyunya :
1. Kitab Taurat diturunkan kepada Nabi Musa AS berbahasa Ibrani
2. Kitab Zabur diturunkan kepada Nabi Daud AS berbahasa Qibti
3. Kitab Injil diturunkan kepada Nabi Isa AS berbahasa Suryani
4. Kitab Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW berbahasa Arab

Tambahan :
Kitab suci injil yang saat ini dijadikan kitab suci oleh kaum nasrani / kristen katolik & protestan sangat berbeda dengan injil yang diwahyukan kepada nabi Isa AS semasa hidupnya untuk kaumnya. Oleh sebab itu datang Alqur'an untuk menjadi penyempurna seluruh kitab suci yang pernah ada.

Tapi kebayakan kita sekarang ni, tak pernah baca/beli/buka kita lain selain Al-Quran kan? Termasuklah saya. Sampaikan bila stay kt hotel yang ada menyediakan kitab Bible dalam laci, terus tak pegang dan mmg takkan bukak dah laci tu. Sebab? takut pegang kitab tu jatuh kepada hukum haram... hahahhaa fahaman mana belajar nih? Kalau nampak kt library pon, mmg takkan sentuh punya sebab takut haram atau takut terpengaruh atau takut terpercaya apa yang ada dalam tu.

Kitab injil menurut perspektif islam
Kitab Injil merupakan salah satu daripada empat buah kitab Islam. Kitab ini mengandungi wahyu Allah Taala kepada Nabi Isa a.s. Ia diturunkan khusus untuk umat Nabi Isa a.s. Kitab Injil merupakan kesinambungan kitab-kitab Nabi Allah yang terdahulu iaitu Zabur dan Taurat. Kitab Injil kemudian diikuti dengan penurunan kitab suci yang terakhir iaitu Al-Qur'an kepada Nabi Muhammad s.a.w, sebagai pelengkap kepada semua kitab-kitab suci yang sebelumnya. Dengan turunnya Al-Quran, secara tidak langsung semua ajaran kitab-kitab yang terdahulu termansuh dengan sendirinya.

Al-Quran menyatakan bahawa Injil dan Taurat telah ditahrif (diubahsuai iaitu ditokok tambah dan dikurangi) oleh penganut-penganutnya yang menyeleweng selepas Nabi Isa diangkat ke langit

Sebenarnya kita kena baca kitab2 tu semua dan percaya. Cuma, Bible yang penganut Kristian pegang skg ni dah diubahsuai. Bukan lagi kitab Injil yang asal2 dulu. Maksudnya isi isi dia dah diputar belitkan oleh org kristian.

Kita kena baca kitab2 tu semua untuk mendalami Islam. Kalau tak, kita takkan tahu isi kitab2 tu semua. Tapi, jangan ikut ajaran dalam tu sebab semuanya dah ditukar/ubahsuai. Al-Quran lah yang paling lengkap. So, kita baca dan amalkan apa yang ada dalam Al-Quran ;-)

Monday, February 21, 2011

Isu tudung...

Last week saya ada post pasal isu tudung kt dalam FB. Tak salah kot saya bincang pasal 'tudung' walaupun kawan2 saya ramai jugak yang free hair nih. Kita boleh bagi nasihat, tapi kalau org tak nak dengar, bukan salah kita dah, kan? Takkan sampai nk paksa orang pakai kot.. Dia mesti ada org sekeliling dia yang lebih dekat dgn dia contohnya mak bapak dia, suami dia, adik beradik lelaki dia yang bertanggungjawab secara direct dgn dia. Kita sbg kawan ni jauh sket la...Saya berkawan tak kisah la dia bertudung ke tak bertudung ke, saya ok je ;)

Tapi, bila saya ada baca blog2 dan artikel2 mengenai isu tudung ni, saya jadi macam tak puas hati pun ada bila ada pihak mempersoalkan isu 'bertudung tak semestinya baik' dan 'org tak pakai tudung ni kdg2 lebih baik dari yang pakai tudung tu'.... huuuuuu mmg tak pikir panjang la sape yang buat kenyataan macam ni kan?. Ye, mmg diakui mmg ramai sgt yg kena tangkap khalwat ke, yang buang anak luar nikah ke, RAMAI sgt yang bertudung. Mungkin antara 5 org yang berzina, 4 org adalah yg bertudung (oppppsss saya xde statistik yg sebenar tapi nk menunjukkan ramainya org bertudung ni buat maksiat. maksudnya walaupun mereka bertudung, mereka tak menjaga perbuatan diorang). Habis? yang tak pakai tudung??? Baik??? hehe tak mau jawab lah... kita terus tengok FB comments saya pada hari tersebut...


Tengok komen yang ke 4 dan ke5 dari bawah..... dia mmg tak pakai tudung tapi saya tak sangka dia boleh komen macam tu. To be honest, saya baik dgn dia..kenal ok ;)

Lepas dia komen, terus saya malas nk reply. Bukan ape, kalau saya komen nanti menjatuhkan maruah dia. Cukup lah dgn komen2 pedas dari kawan2 saya tu.. Ko tak pakai tudung, duk diam2 lah. Dah nyata2 menutup aurat iaitu rambut adalah WAJIB. so? sape berani arguing pasal tu? berani, argue la dgn Tuhan nanti...

Maksud yang saya cuba sampaikan kt post FB tu adalah kalau tak bertudung tu, TENTU ke dia baik? sebab ada statement mengatakan bertudung tak semestinya baik...

Sama jugak dengan SOLAT. Benda tu WAJIB, no excuse. Walau baik macamana pun dia, kalau tak solat, maka amalan lain tu takkan dapat menampung. Ada org ni dia tak solat tapi dia banyak bersedekah, banyak membantu org, baik hubungan dgn org semua.... semua org puji dia tapi org akan ckp 'dia baik sgt, banyak menolong dan banyak bersedekah tapi satu je, dia tak solat'. Yang satu je tu lah tiang yang paling utama sekali... how? Sesungguhnya siapalah kita nak judge kan? Allah yang Maha Esa sahaja yang akan menilai nanti. Wallahualam...

Kalau saya salah, tolong betulkan...

Friday, February 18, 2011

Orang kaya itu...

Sempena Jumaat yang mulia ni, saya nk share mengenai kelebihan orang kaya berbanding org miskin.

Apa beza org kaya dgn org miskin? Benda yang paling nyata ialah bab duit lah kan.. takkan lah kaya xde duit tapi miskin mmg takde duit. Sape tak setuju??

Kenapa kita miskin? Sebab kita tak pandai nak cari ‘kekayaan’, sebab tak pandai nak mintak dgn Tuhan, sebab tak cukup berusaha, sebab malas nak berusaha, malas bekerja, malas itu malas ini. Sebab tu Tuhan tak bagi kita kaya. Betul tak? Eh, ada apa orang yang dah kerja siang malam tapi tak kaya kaya. Duit takat cukup2 makan je… ada kan? Itulah namanya dugaan hidup. Kadang2 Tuhan nak uji kita dgn ujian mcm tu. Nak tgok kita kuat ke tak dalam menempuh ujianNya. Jangan kata org kaya boleh senang tanpa diuji. Tau tak kalau kita tak diuji sikit pun, tandanya Tuhan tak sayang kita. Wallahualam.

Sebenarnya dalam agama, org kaya ni senang nk beribadat. Ni perbandingan antara org kaya dgn org miskin dlm beribadat;


Ibadat/Amalan
Kaya
Miskin
Solat
✓
✓
Puasa
✓
✓
Zikir/solat sunat/
✓
✓
Sedekah/Zakat
✓
✗
Haji
✓
✗
Umrah
✓
✗


Dan daripada pemerhatian kasar, ramai org yang terlalu miskin dan jauh dari Allah. Maksudnya dia kurang atau tak langsung beribadat kepada Allah. Mereka hanya mengharapkan keajaiban akan berlaku dlm hidup mereka walhal mereka tak meminta dari pencipta yang Maha Berkuasa. Alangkah ruginya org yang tergolong dlm golongan ni.

Ada segelintir orang kaya raya langsung meninggalkan ibadat kepada Allah kerana terlalu taksub dgn harta dunia sampai lupa siapa sebenarnya yang memberi nikmat kepada mereka. Alangkah rugi juga golongan macam ni. Langsung dia lupa adanya hari pembalasan dan harta benda dunia tidak membawa makna bila mati nanti.

Tak salah kita mencari kekayaan asalkan kita tidak lupa diri dan selalu berterima kasih kepadaNya. Semakin kita kaya, semakin dalam iman didada dan semakin diberkati. Insyaallah.

Jadinya kepada orang kaya, silalah ambil peluang dan kelebihan yang Tuhan bagi. Kalau tak digunakan sebaik mungkin, alangkah RUGI nya..

Wednesday, February 16, 2011

Bertolak ansur membawa bahagia..

Gambar adalah hiasan semata mata ;p
Oleh Noriah Idris
noriah@hmetro.com.my
MENGAPA hati bagaikan ditusuk rasa cemburu apabila melihat pasangan lain bahagia sedangkan kita tidak mampu membahagiakan diri dan pasangan? Jika tahu cara menangani masalah, hubungan yang sedia terjalin dan sudah pudar juga mampu dikembalikan kesegarannya.

Menurut pakar motivasi dan pendakwah, Nor Bahyah Mahmood, pasangan harus sedar beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk menyelamatkan hubungan cinta mereka. Dengan memberi perhatian pada perkara berkenaan, ia mampu mengubah keadaan dalam hubungan sekali gus menjadikannya lebih menarik

Petua itu turut menekankan cara berkomunikasi yang berkesan dengan pasangan. Malah, dengan hanya beberapa baris ayat, ia boleh membuatkan pasangan jatuh cinta berulang kali.

Berikut diperturunkan petua yang diharap mampu membentuk hubungan cinta lebih mendalam:

Puji
Setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

Peluk
Pasangan suami isteri hendaklah selalu memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu belaian penuh kasih sayang.

Penghargaan
Antara yang patut dilakukan amalan memberi hadiah yang boleh menambah kasih sayang.

Perhatian
Aspek ini mesti diberi penekanan kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.

Persefahaman
Sebagai manusia berkerjaya, ia memerlukan pasangan lebih bertolak-ansur dan memahami kerjaya masing-masing.

Pergaulan
Pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan rasa cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

Percutian
Harus merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain.

Permohonan
Doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Nor Bahyah turut menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri dengan membaca surah al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah yang sama.

Menurutnya, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.
Apabila seseorang insan mengabaikan tanggungjawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.

“Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggungjawab terhadap keluarga,” katanya.

Sumber: http://nurjeehan.hadithuna.com/2008/02/tolak-ansur-bawa-bahagia/#more-1906

**selamat berbahagia ;-)

Monday, February 14, 2011

Sejarah yang mesti kita ketahui...

"Selamat menyambut Maulidur Rasul" >>kita selalu dengar, kita selalu ucap. Boleh dikatakan setiap tahun kita tahu bila Maulidur Rasul sebab adanya public holiday. Agaknya kalau kerajaan tak bagi kita cuti umum, kita akan ingat ke eh?

Dalam pada duk sebut sebut tu, tahu ke apa sebenarnya maksud "Maulidur Rasul" tu sendiri?

Maulidur rasul adalah hari kelahiran Nabi kita Nabi Muhammad SAW. Berikut saya sertakan sejarah kelahiran Rasulullah semoga kita sentiasa ingat.

Sejarah Nabi Muhammad SAW
Lagi-lagi sebuah sejarah dilupakan, seakan-akan mereka tidak pernah tahu atau mungkin tidak mau tahu, ini adalah sejarah yang tak boleh dilupakan, karena inilah sebab awal penciptaan dan akhir penciptaan, ia bermula 14 abad yang lalu di sebuah kota kecil, sebuah kota yang panas dan tandus yang dipenuhi dengan penyembahan terhadap kayu-kayu dan batu-batu yang tak dapat berbuat apa-apa dan juga disana terdapat sebuah kotak hitam yang dikelilingi oleh berhala-berhala yang sekarang telah berubah wujud tapi memiliki wujud berhala yang sama. Sungguh tak terpikirkan betapa bodoh manusia zaman itu, ialah sebuah jazirah yang disebut jazirah Arabia, perbuatan buruk dan haram, perampokan, pembunuhan bayi,minum-minuman keras, yang memusnahkan segala kebajikan dan moral menempatkan masyarakat jazirah Arabia ini dalam situasi kemerosotan yang luar biasa. Mereka terpecah-pecah menjadi kabilah-kabilah (bani/kaum).
 
Kelahiran Nabi Muhammad S.A.W
Pada saat yang sangat kritis ini muncullah sebuah bintang pada malam yang gelap gulita, sinarnya semakin terang membuat malam menjadi terang benderang, ia bukan bintang yang biasa, tapi bintang yang sangat luar biasa, bahkan matahari di siang haripun malu menampakkan sinarnya karena bintang ini adalah maha bintang yang terlahirkan ke muka bumi, ialah cahaya dalam kegelapan, ia adalah cahaya di dalam dada, ia dikenal dengan Nama Muhammad, menurut sejarawan bintang ini tepat terlahir tanggal 17 Rabiul Awwal (12 Rabiul awwal menurut mazhab sunni) 570 M, bintang ini tak pernah padam walaupun 14 abad setelah ketiadaannya, bahkan ia semakin terang dan semakin terang, dari bintang ini terlahir 13 bintang yang lain, yang selalu menjadi hujjah bagi bintang-bintang yang sulit bersinar lainnya di setiap zamannya. Ia memiliki silsilah yang berhubungan langsung dengan jawara Tauhid melalui anaknya Ismail AS, yang dilahirkan melalui rahim-rahim suci dan terpelihara dari perbuatan-perbuatan mensekutukan Tuhan. Ia begitu suci sehingga Tuhan memerintahkan kepada Para Malaikat dan Jin untuk bersujud kepada Adam, karena cahayanya dibawa oleh Adam AS untuk disampaikan kepada maksud, ia adalah rencana Tuhan yang teramat besar yang langit dan bumi pun tak kan sanggup memikulnya.
Peristiwa kelahiran sang bintang dipenuhi dengan kejadian-kejadian yang luarbiasa, dimulai dengan peristiwa padamnya api abadi di kerajaan Persia, hancurnya sesembahan batu di sana, dan penyerangan pasukan bergajah untuk menghancurkan Kaabah, yang di kemudian hari menjadi kiblat baginya dan ummatnya sampai akhir zaman, namun tentara yang besar ini dihancurkan oleh burung-burung yang dikirimkan oleh Sang Pemilik kiblat (Kaabah), karenanya tahun ini dinamakan tahun Gajah. Sudah menjadi tradisi kelahiran manusia luar biasa harus juga didahului peristiwa yang luar biasa. Muhammad namanya, ayahnya bernama Abdullah, Ibundanya Aminah, kedua orang tuanya berasal dari silsilah yang mulia yang merupakan keturunan Jawara Tauhid (Ibrahim AS). Abdullah lahir kedunia hanya untuk membawa nur Muhammad dan meletakkannya ke dalam rahim Aminah, Sang isteri saat itu mengandung (2 bulan) bayi yang kelak menjadi manusia besar. Setelah lama kepergian sang suami, sang isteri merasakan kesepian yang amat dalam, walaupun suaminya selalu berkirim surat. Namun pada saat lain surat tidak lagi ia terima, begitu riang hatinya ternyata ia melihat rombongan dagang suaminya telah pulang, tapi Ia amat terkejut karena tak dilihatnya suaminya, datanglah seseorang dari rombongan tersebut yang menyampaikan berita kepada Aminah, mulutnya begitu berat untuk mengucapkan kata-kata ini kepada wanita ini, ia tidak sanggup mengutarakannya, namun akhirnya terucap juga bahwa sang suami telah berpulang ke hadirat Allah Swt dan dimakamkan di abwa.
Begitu goncang hatinnya mendengarkan hal ini, tak sanggup menahan tangisnya, ia menangis menahan sedih dan tak makan beberapa hari, namun ia bermimpi, dalam mimpinya seorang wanita datang dan berkata kepadanya agar ia menjaga bayi dalam janinnya dengan baik-baik. Ia berulang kali bermimpi bertemu dengan wanita tersebut yang ternyata adalah Maryam binti Imran (Ibu Isa as). Dalam mimpinya sang wanita mulia ini berkata : "Kelak bayi yang ada didalam rahimmu akan menjadi manusia paling mulia sejagat raya, maka jagalah ia baik-baik hingga kelahirannya.
Saat ayahanda Muhammad yang mulia ini Wafat dalam usia 20 tahun (riwayat lain – 17 tahun), sang bintang kita ini sedang berada dalam kandungan ibunya, beberapa tahun kemudian Bunda Sang bintang menyusul suaminya dan dimakamkan di Abwa juga. Muhammad dibawa pulang oleh Ummu Aiman dan diasuh oleh kakeknya, belum lagi hilang duka setelah ditinggal Sang Bunda, ia pun harus kehilangan kakeknya ketika umurnya belum lagi menginjak delapan tahun. Setelah kepergian sang kakek, sang bintang (Muhammad) diasuh oleh pamannya, Abu Tholib, seorang putra Abdul Mutholib yang pertama menyatakan keimanannya kepada kemenakannya sendiri (Muhammad). Pemandu ilahi selalu saja dipilihkan oleh Ilahi untuk memiliki profesi sebagai seorang gembala, melalui profesi ini beliau mengarungi beberapa waktu kehidupannya untuk menjadi 'gembala' domba yang lebih besar, inilah pilihan Ilahi yang memilihkan baginya sebuah jalan dimana hal ini penting bagi orang yang akan berjuang melawan orang-orang hina yang berpikiran sampai menyembah aneka batu dan pohon, ilahi menjadikannya kuat sehingga tidak menyerah kepada apapun kecuali keputusan-Nya. Ada penulis sirah yang mengutip kalimat Nabi berikut ini, “ Semua Nabi pernah menjadi gembala sebelum beroleh jabatan kerasulan.” Orang bertanya kepada Nabi,” Apakah Anda juga pernah menjadi gembala?” Beliau menjawab,"Ya. Selama beberapa waktu saya menggembalakan domba orang Mekah di daerah Qararit".
Sang bintang terlahir bukan dari kalangan orang yang teramat kaya, belum lagi ia dilahirkan sebagai seorang yatim, dan telah kehilangan Ayah, Ibu di masa kecil sebagai tempat bernaung, apa yang dapat dikatakan oleh anak kecil yang telah kehilangan kedua orang tuanya sedangkan dia sendiri masih membutuhkan naungan kedua orang tua dan kasih sayang mereka. Mari kita masuk ke jazirah Arabia lebih jauh lagi, kita dapat melihat bahwa kondisi keuangan Muhammad terbilang cukup sulit. Muhammad terkenal dengan kemuliaan rohaninya, keluhuran budi, keunggulan ahklaq dan dirinya dikenal di masyarakat sebagai “orang jujur” (al-Amin), ia menjadi salah seorang kafilah dagang Khodijah yang terpercaya dan Khodijah memberikan dua kali lipat dibandingkan yang diberikannya kepada orang lain. Kafilah Quraisy, termasuk barang dagangan Khodijah, siap bertolak, kafilah tiba di tempat tujuan. Seluruh anggotanya mengeruk laba. Namun, laba yang diperoleh Nabi lebih banyak ketimbang lain. Kafilah kembali ke Makkah. Dalam perjalanan, Sang bintang melewati negeri ˜Ad dan Tsamud. Keheningan kematian yang menimpa kaum pembangkang itu mengundang perhatian sang bintang.
Kafilah mendekati Mekah, Maisarah, berkata kepada sang Bintang, "Alangkah baiknya jika Anda memasuki Mekah mendahului kami dan mengabarkan kepada Khodijah tentang perdagangan dan keuntungan besar yang kita dapatkan". Nabi tiba di Mekah ketika Khodijah sedang duduk di kamar atasnya. Ia berlari turun dan mengajak Nabi ke ruangannya. Nabi menyampaikan, dengan menyenangkan, hal-hal menyangkut barang dagangan. Maisarah menceritakan tentang Kebesaran jiwa Al-Amin selama perjalanan dan perdagangan. Maisarah menceritakan "Di Busra, Al-Amin duduk di bawah pohon untuk istirahat. Seorang pendeta, yang sedang duduk di biaranya, kebetulan melihatnya. Ia datang seraya menanyakan namanya kepada saya, kemudian ia berkata, "Orang yang duduk di bawah naungan pohon itu adalah nabi, yang tentangnya telah saya baca banyak kabar gembira di dalam Taurat dan Injil.
Kemudian Khodijah menceritakan apa yang didengarnya dari Maisarah kepada Waraqah bin Naufal, si hanif dari Arabia. Waraqah mengatakan, "Orang yang memiliki sifat-sifat itu adalah nabi berbangsa Arab".
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Semoga kita sentiasa berselawat keatas nabi SAW. Simple simple pun takpe, asalkan sentiasa kita mengingatinya.
Firman Allah: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatnya berselawat untuk Nabi . Haiorang-orang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam
penghormatan kepadanya." (Al-Ahzab: 56)
Maka amalkanlah berselawat ke atas Nabi sekurang kurangnya 100 kali setiap hari dengan ikhlas. Ini boleh dilakukan di antara Maghrib dan Isya’ iaitu dengan berselawat dan berzikir. Banyak masa di antara dua waktu tersebut yang jika anda amalkan bersolat di masjid, daripada bercakap yang sia-sia, eloklah mengamalkan selawat dan zikir sementara menunggu solat Isya’.
**peringatan untuk diri saya sendiri juga ;)

Thursday, February 3, 2011

Insyaallah ada jalannya...

Bila kita diberi nikmat, kita mudah lupa.
Bila kita diuji barulah kita terkapai2 mencari pemberi nikmat yang selama ini kita lupakan..

Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram
Bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada tujuan
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Insya Allah, Insya Allah, Insya Allah
Ada jalannya
Insya Allah, Insya Allah, Insya Allah
Ada jalannya

Andainya dosamu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Kembalilah
Kepada Yang Esa
Yakin padaNya
Panjatkanlah doa
Oh Ya Allah
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar

Thank you Allah ;)

Tuesday, January 18, 2011

Perempuan dan darah mmg tak dapat dipisahkan lagi..

Berapa jeniskah darah yang keluar melalui kemaluan wanita (mengikut ilmu Fiqh Islam)?

Darah yang keluar melalui kemaluan wanita ada tiga jenis, iaitu;

1. Darah Haid
2. Darah Nifas
3. Darah Istihadhah

Pembahagian di atas telah menjadi ijmak ulamak (Lihat; Bidayatul Mujtahid, 1/69).

Apa yang dimaksudkan dengan darah haid?
Haid dari segi bahasa bermakna mengalir.

Adapun dari segi istilah ahli Fiqh, ia adalah darah yang mengalir keluar dari kemaluan wanita dari dalam rahimnya (uterus) kerana semulajadi (bukan kerana penyakit atau kerana selepas melahirkan anak). Keluarnya pada masa tertentu apabila seorang wanita telah mencapai umur tertentu.[1]

Apakah syarat-syarat darah haid?
Syarat-syarat darah haid ialah;

1. Warna darah yang keluar menepati ciri-ciri warna darah haid.
2. Seorang wanita itu telah mencapai umur kemungkinan haid. Maka darah yang keluar sebelum umur tersebut tidak dianggap haid.
3. Rahimnya kosong dari anak kerana wanita yang hamil tidak mungkin akan kedatangan haid mengikut jumhur ulamak (kecuali Syafi’ie dan Malik).
4. Hendaklah tempoh kedatangan haid tidak kurang dari tempoh minimanya.
5. Hendaklah kedatangannya tidak melebihi tempoh maksimanya.
6. Hendaklah kedatangannya didahului oleh tempoh suci yang paling pendek (iaitu 15 hari mengikut mazhab Syafi’ie) bagi wanita yang telah biasa kedatangan haid.

Jika darah yang keluar memenuhi syarat-syarat di atas, ia adalah darah haid. Jika tidak, maka ia bukan darah haid tetapi darah istihadhah.

Apakah larangan-larangan Syarak ke atas wanita yang kedatangan haid?
Wanita kedatangan haid dilarang/diharamkan oleh Syarak untuk melakukan perkara-perkara berikut;

a) Mengerjakan solat
b) Melakukan tawaf
c) Menyentuh mushaf dan membawanya
d) Membaca al-Quran
e) Berhenti atau menetap di dalam masjid (termasuk beriktikaf)
f) Melintasi masjid jika dikuatiri akan mencemarkan masjid
g) Berpuasa
h) Bersetubuh dengan suami
i) Dijatuhkan talak ke atasnya

(*Untuk mendapatkan keterangan lebih terperinci sila baca dalam Bab Hadas yang dikemukakan sebelum ini)

Semua larangan di atas tidak terangkat kecuali setelah mandi wajib melainkan tiga larangan sahaja iaitu; puasa, talak dan melintasi masjid di mana ketiga-tiga larangan ini terangkat sebaik sahaja kering darah haid atau nifas, iaitu tidak disyaratkan selepas mandi barulah perkara-perkara tersebut harus dilakukan.

Bilakah wanita haid dibolehkan mandi wajib?
Bila ia mendapati darah haidnya telah habis, yakni telah kering. Sabda Nabi s.a.w. dalam hadis ‘Aisyah r.a. (mengikut satu riwayat darinya); “Apabila haid kamu telah habis, maka mandilah dan tunaikanlah solat”.

Apakah caranya untuk memastikan darah haid benar-benar habis?
Hendaklah dilakukan pemeriksaan terhadap faraj, iaitu dengan memasukkan cebisan kain, kapas atau sebagainya ke dalam faraj dan melihat sama ada masih terdapat kesan darah haid atau tidak. Jika tidak ada kesan darah haid sama ada tidak nampak sebarang warna pada kain/kapas tersebut atau nampak warna putih seperti kapur, maka ketika itu barulah diharuskan mandi. Jika masih ada sebarang kesan warna darah atau warna kuning atau keruh, tidak harus mandi lagi kerana darah haid belum habis.

Kaedah pemeriksaan di atas diambil daripada amalan wanita-wanita sahabat sebagaimana yang diceritakan oleh Saidatina ‘Aisyah r.a.; “Wanita-wanita sahabat menghantar kepadanya satu bekas kecil berisi kapas yang terdapat padanya kesan kuning dan keruh dari haid. (*Tujuan mereka ialah meminta penjelasan darinya apakah mereka telah suci dari haid atau belum apabila yang masih tinggal pada faraj mereka hanyalah kesan kuning dan keruh). Lalu ‘Aisyah menjawab; “Janganlah kamu kamu tergesa-gesa (mandi wajib) sehinggalah kamu melihat seperti kapur putih” (HR Imam al-Bukhari dan Imam Malik).

Sekian, semoga boleh dijadikan panduan ;-)
**Nanti saya buat entry darah Nifas dan istihadah pulak ;-)

Friday, January 14, 2011

Bercakap kuat dalam solat. Boleh ke?

Perasan tak sesetengah org, bila dia solat, dia akan baca kuat2. Kalau tak keluar suara pun dia akan baca bisik2 sampai org keliling dia dengar setiap satu patah yg dia sebut. Saya ada baca kt mana ntah (tak ingat) dah pasal ni. Kalau kita baca2 dan boleh mengganggu org lain nk solat dan mengganggu fokus org lain yg sdg solat tu, dikira berdosa or tak baik (saya tak sure pasal hukum). Correct me if i'm wrong.

Biasa saya jumpa peringkat umur makcik2 la kot mcm tu. Kenapa eh dorang baca kuat2? Pernah saya solat dlm surau dan makcik tgh berdoa.. saya boleh dgr satu2 apa yg dia doakan. Ok ke macam tu?Saya mmg tak arif lah pasal hukum2 ni. Pastu google2 pun masih belum jumpa huu ;/

Tuesday, January 4, 2011

Potong kuku dan rambut semasa haid

Ape hukumnya? saya mmg dah baca2 pasal benda ni. dah lama dah sebenarnya. Jadi mmg saya tetapkan dlm hati saya (yang saya pegang) mmg tak kisah pun sebenarnya potong kuku dan rambut masa kita dtg haid ni. Takde pun ulamak kata tak baik tapi sebahagian ulamak kata makhruh. Tapi kita boleh pegang salah satu daripadanya. kalau kita dah tetapkan pakai boleh, then boleh je lah. kalau ada org berpegang kpd makhruh, then tak payah la buat masa dia dtg haid. Ok, sila tgok video ni kt sini. Hukum potong rambut dan kuku semasa haid adalah rambut dan kuku tu akan putus... haha kelakar lah ustaz nih ;p

***Kenapa saya xleh upload video? huuuuu tak tahu oooo ;(

Soalan ini juga pernah di tujukan kepada Imam Ibn Taymiah di dalam kitabnya “Ghiza’ al-albab, 1/382 ) maka beliau menjawab : “Tidak aku ketahui hukum makruh membuang rambut dan bulu dan kuku ketika junub", bahkan Nabi SAW bersabda : “ Sesungguhnya seorang mukmin tidak najis (tubuhnya) samada hidup ataupun mati”, malah Nabi memberitahu : “ buangkan darimu bulu-bulu kufur (yang tidak dicukur semasa kafir) dan berkhatanlah (apabila masuk Islam) “ maka arahan Nabi tidak menunjukkan sebarang tangguh cukur selepas mandi. Demikian juga diperintah wanita haid agar menyikat rambutnya semasa mandi junub, yang mana diketahui bahawa dengan menyikat ini boleh menggugurkan rambut (sebelum tamat mandi)..justeru apa yang dikatakan sebenarnya tiada asalnya.”

Tiada sebarang halangan untuk memotong kuku secara junub. Pandangan ini juga datang dari tokoh ulama Tabien iaitu Ato’ bin Abi Rabah. ’Ata disebut pernah menyatakan seseorang boleh melakukannya dalam keadaan junub, malah dalam keadaan junub dan tidak berwudu’ (Riwayat al-Bukhari)

Sebagai makumat tambahan, kemestian menanam rambut, kuku yang dipotong dan sebagainya juga tiada sebarang dalil (kecuali jika dibimbangi akan diambil dan disihirkan), demikian juga larangan memotong kuku di waktu malam. Wallahu a’lam


Islam itu simple, mudah je. jgn susah susahkannya pulak. Sebab tu kita kena betul2 faham ISLAM tu. Benda yang senang tak perlu kita menyusahkan diri sendiri. Sedangkan benda yang wajib yang perlu kita utamakan. Renung2kan dan selamat beramal ;-)

Saturday, December 25, 2010

Kenapa kita berkahwin?

Kenapa agaknya kita kahwin? sebab dah gatal sgt ke? hihi. Sebenarnya berkahwin ada banyak hikmahnya:

* Untuk memperoleh ketenangan hidup, kasih sayang dan ketenteraman

* Memelihara kesucian diri

* Melaksanakan tuntutan syariat

* Menjaga keturunan

* Sebagai media pendidikan: Islam begitu teliti dalam menyediakan persekitaran
yang sihat bagi membesarkan anak-anak.Kanak-kanak yang dibesarkan tanpa
perhubungan ibu bapa akan memudahkan si anak terjerumus dalam kegiatan tidak
bermoral. Oleh itu, institusi kekeluargaan yang disyorkan Islam dilihat medium
yang sesuai sebagai petunjuk dan pedoman kepada anak-anak

* Mewujudkan kerjasama dan tanggungjawab

* Dapat mengeratkan silaturahim.


Sebenarnya nikah ini sangat dituntut, kerana dalam pandangan Islam, perkahwinan merupakan ibadah qurbah (mendekatkan diri) kerana dengan perkahwinan seorang muslim akan mendapat ganjaran dan pahala dari Allah apabila perkahwinan itu dilakukan dengan niat kerana Allah dan ingin bertujuan untuk menjaga diri dari hal yang diharamkan oleh syariat.

“Dan pada kemaluan seseorang dari kalian terdapat sedekah” para sahabat pun bertanya, “wahai Rasulallah, apakah seseorang yang menyalurkan nafsu seksualnya (kepada isterinya) memperolehi pahala?” Nabi bertanya balik kepada sahabat, “Apakah seseorang yang menyalurkan nafsu seksualnya dengan cara yang haram (berzina) ia berdosa?” mereka menjawab “betul”. Kemudian Rasulullah bersabda, “Demikian juga ia menyalurkan pada tempat yang halal, maka ia akan memperolehi pahala.” Riwayat Muslim

Hadis ini cukup jelas menunjukkan bahawa perkahwinan itu merupakan ibadah. Bahkan Rasulullah pun berkahwin seharusnya sebagai umatnya kita juga perlu berkahwin kerana ia merupakan wasilah qurbah kepada Allah.

**Selamat pengantin baru kpd blogger Futari no seikatsu. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat ;-)

Monday, December 20, 2010

Bila Najib Rosmah berdoa

gambar adalah perhiasan semata mata ;p

Ada banyak persoalan yang melingkari kehidupan kita, baik masalah peribadi, keluarga, kerja atau lebih besar daripada itu. Seiring dengan masalah yang di hadapi, banyak pula cara boleh kita lakukan untuk menyelesaikannya. Kita boleh mengatasinya menerusi kecerdasan akal, kemampuan fizikal, harta kekayaan, perhubungan atau apa sahaja. Namun, meminta pertolongan Allah SWT sambil berusaha adalah jalan yang terbaik.

"Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah,nescaya dia akan menyediakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya.Sesungguh nya Allah melaksanakan urusan(yang dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah menentukan setiap sesuatu"

Jadi, kunci pembuka bantuan Allah ada didalam ketakwaan kita. Semakin takwa kita, semakin terbuka lebar pintu pertolongan Allah. Sebaliknya, semakin ingkar kita, semakin tertutup rapat pintu pertolongan Allah.

Pertama.
Mencintai Masjid.
Masjid adalah rumah Allah yang ada dibumi. Pertolongan Allah akan datang kepada sesiapapun yang cinta dan gemar memakmurkan masjid.

Kedua.
Solat Tahajud.
Sepertiga malam terakhir adalah waktu yang sangat dicintai Allah. Sangat rugi yang mensia-siakan waktu sepertiga malam terakhir.Sebab ia telah mensia-siakan datangnya pertolongan allah.

Ketiga.
Rajin Bersedekah.
Amalan ini sungguh luar biasa. Dengan bersedekah, rezeki, urusan menjadi mudah, kita pun terhindar daripada musibah. Jaminan daripada Allah demikian pasti kepada ahli sedekah.

Keempat.
Bantu Orang Lain.
Sesungguhnya Allah akan menolong orang yang gemar membantu saudaranya dan permudahkan urusan orang lain, nescaya Allah akan permudahkan urusan kita.

Kelima.
Banyak berselawat.
Berselawat kepada Rasulullah SAW adalah amalan yang terpuji.Cinta akan Rasul dan bila Allah sudah cinta, pertolongannya akan terbuka bagi kita.

oleh Ustaz Aziz

Mari bersama2 memohon bantuan Allah. Tapi jgn lupa tutup aurat. itu lebih afdal. sekian ;p

Wednesday, November 17, 2010

Korban dan pengorbanan..

Saje nk share tentang korban nih. Ni saya dapat dr tazkirah kt opis saya beberapa minggu lepas mengenai ibadat korban.

Macam jugak ibadat2 yang lain, jika kita berkemapuan, hendaklah kita ber'korban'. Menunaikan ibadat korban la maksudnya. Lepas tu yang paling penting, perbetulkan NIAT korban tadi.

Jadi, tak boleh lah kita;
+ kalau org lain korban, jadi kita pon tak nk ketinggalan, nk kena korban jugak
+ tak boleh menunjuk2 kt org yang kita korban seterusnya menjadikan kita bangga diri dan terus xde pahala..buat rugi je la kalau mcm tu
+ dah korban tu, takleh nk pilih2 bahagian daging yang kita nak. Contohnya mcm ustaz ckp td ada org yang pilih2 daging/bahagian yg elok2 je untuk dia.
+ bersedekah lah daging2 korban tersebut kpd org2 miskin


“Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)

"Selamat Hari Raya Korban dan selamat bekorban"

Sesungguhnya semakin besar pengorbanan, semakin tinggi ganjarannya. Apa yang penting, ikhlaskan hati ;))

Wednesday, October 20, 2010

iKhLaS

Selamat pagi, good morning, ohayou gozaimasu...

Ikhlas ke kita dalam kehidupan sehari hari?
Keikhlasan sgt2 penting sebenarnya. Tipu la kot kalau cakap ada org yg tak pernah rasa riak, sombong, menunjuk2 dalam diri/hati dia. Mesti ada sikit sebanyak, kan? cuma apa yang perlu dilakukan dan boleh dilakukan ialah dgn terus beristigfar dan terus niat ikhlas kerana Allah. Penting tau!

Contohnya jika kita buat kebaikan.. mmg la kdg2 kita sorok2 tapi tk mustahil someday kita dok bercerita pasal tu dgn hati yang bangga... terus hapus amalan baik kita tu tau.. maksudnya kalau ko derma 1juta kt masjid ke bg kt anak yatim ke.. dgn niat nk bangga2, terus ko dapat zero dari Allah.. maksudnya ko akan rugi je la duit tu.. haaa amacam, rugi tak? jadinya kita kena perbetulkan niat dalam apa jua perbuatan kita.

Dari segi berpakaian, makanan dan segala2 perbuatan harian kita ni mmg kita kena sertai dgn niat. Dan hendaklah ikhlas keranaNya.

Raya haji dah dekat... jadi sesapa yg mengerjakan 'korban' tu perlu juga perbetulkan niat. bukan nk menunjuk2 dia ada duit or what.. 'aku mengerjakan ibadah korban ikhlas kerana Allah'. Takperlu canang2 kt org yang ko mampu korban tu.. nanti terus tak dipandang Allah.

**hari ni ada tazkirah mengenai 'ikhlas' daripada ustaz muda.. sejuk je hati tgok muda2 dah jadi ustaz. nama pun hafiz, asal dari kelantan tapi x bunyik sgt slang kelate dia... bagus la dia(terus berangan2 nk hantar anak lelaki belajar tahfiz)..

>> peringatan untuk diri saya sendiri juga ;)
Related Posts with Thumbnails

Ramai jugak yang baca entry ni.....

 
Go To Top