SOLAT adalah WAJIB
sudahkah anda menunaikannya?
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts

Friday, October 21, 2011

nak buat MRT kononnya

Lately ni, lrt makin menjadi2 la pulak problem.. pagi2 dah sesak. Sesak adalah problem ok. Penyebab sesak adalah tak cukup tren, tren kurang mungkin ada yg rosak, ada yg tak boleh jalan. so, akan menyebabkan tren yg boleh beroperasi sikit dan kekerapan sgt kurang terutama masa peak hours..

Sekarang ni sibuk2 pulak nk buat projek MRT la kononnya.. Well, tak salah mencuba.. dan memang tak nk ketinggalan pun. maklumlah negara maju katakannnnn....

Tapi servis tu perlu perbaiki. bukan apa, org lain buat lancar je, kita buat, macam *&^^%%$$&. So, nak belajar buat A, jgn nanti jadi B pulak.

Servis langsung out. Tak tahu la kt KL ni... "KL" ok, bukan kampung, servis dlm apa2 bidang pun mmg BAD sgt. Jarang la kot boleh jumpa yg servis bagus. Pelik la. kita kan dah MAJU tapi langsung tak peduli pasal tu. padahal itulah yg org luar dok tengok...huhu malu weh.

Forme la kan, kalau seminggu tu sampai 2 kali ada problem, company tu PATUTnya bagi la apa2 rewards kt pengguna.. ramai yg guna lrt ni. bukan ratus, malah berpuluh ribu kot.. mmg tak patut la buat dek je.. asyik duk pasang speaker ckp "maaf diatas kesulitan bla bla bla" ... cukup ke dgn maaf.

Pastu bapak menteri nk suruh rakyat jelata menggunakan perkhidmatan awam... apekah?????????? dah cukup bagus ke sistem pekhidmatan awam sekarang ni?

opsss..bukan nk kondem. sekadar meluahkan. Kpd org yg tak menggunakan perkhidmatan awam terutama lrt dan seumpamanya, ANDA belum ada experience yang sgt2 NICE...hehe selamat mencuba ya!

Friday, March 25, 2011

Bila suami belanja...

Seronok tak kawin? Mestilah seronok, kan? Kenapa Rasulullah suruh kita kawin? Sebab bila kita kawin, banyak pahala kita dapat. Ada yang masih tak tahu beza pahala berkahwin dgn bujang.

Ok, sila tgok video kt bawah ni. Besar pahala bila suami belanja isteri. Belanja ni merangkumi banyak aspek. Makan, pakai dan macam2 lagi. Kalau belum kawin, pakwe belanja makwe, dapat apa? yang habisnya duit semata. pahala entah kemana. Yes, pahala belanja dapat kot kalau betul2 ikhlas tapi still tak dapat nk compare dgn pahala suami belanja isteri. Kalau nk tahu, dengarlah ustaz ni bercerita ya ;-)
Lucu pulak bila ustaz suruh isteri2 makan banyak sebab nak bagi suami dapat pahala banyak..kahkahkah ;)
"Ustaz, saya untung ustaz, isteri saya tak pernah mintak duit" >>> tau ustaz jawab ape? RUGI ok, lelaki tersebut..
Pastu ustaz suruh isteri mintak suami beli itu ini, bukan ape, sebab nak bagi suami lebih pahala... istimewa, bukan? So, lets do bebeh... ;)) 

Ape pun, lakukan secara berhemah. Kang tak pasal2 lain yang diminta, lain pulak yang dapat....hehe ;-)

Tuesday, March 22, 2011

Apa penyelesaiannya?? Takkan macam tu je?

Hari ape entah (dah lama kot), ada tengok rancangan 360 kt tv3 tu. Kebetulan pasal anak luar nikah dan remaja yang sewenang2nya membunuh/menggugurkan kandungan mereka. Entah la mmg masalah ni masalah serius sgt sekarang ni. statistik menunjukkan Selangor lebih 12ribu kes tahun lepas. Belum campur negeri2 lain. Bukan KL dgn bandar2 besar je ada masalah ni. Negeri2 kecik kelantan terengganu pun ada banyak kes mcm ni. Boleh bayangkan tak kerosakan akhlak anak2 muda sekarang?

Remaja muda2 yang dah TERmengandung ni biasanya diserahkan kepada pusat penjagaan/kebajikan sehingga mereka bersalin. Tak sure lah demi menutup malu keluarga atau juga mungkin tempat tu menyediaan pendidikan agama bagi memulihkan akhlak mereka. Dalam banyak2 kes, kes mengandung anak luar nikah la  yang paling banyak. Ada jugak kes remaja perempuan yang terlalu liar/sosial dan dihantar ke tempat tersebut untuk tujuan pemulihan. Tapi majoriti semua bawak perut yang tak berbapa. Bukan tak berbapa, cuma tak tahu sapa bapak dia dan kalau tahu pun, belum tentu bapak budak tu nk ngaku, ye lah, bukan ada duit nak bela anak bini, kan? sekolah pun belum habis lagi..

Daripada kisah yang dipaparkan tersebut, saya memang agak kesian/terkedu lah. mmg ramai sangat remaja perempuan yang manjadi mangsa. Kebanyakan rumah2 kebajikan menyediakan tempat perlindungan untuk remaja2 perempuan ni. Tetapi, yang menjadi persoalan saya, remaja perempuan (yang menjadi mangsa walaupun sesama gedik gatal) sahaja yang kena duduk blajar agama demi memulihkan akhlak? so, yang membuatkan diorang bunting tadi, pegi mana? opppssss harapan untuk lelaki2 yang telah membuntingkan remaja tadi adalah tinggi untuk pegi kacau remaja prempuan yang lain pulak. seterusnya, menambahkan lagi bilangan perempuan yg gatal gedik ni kt rumah kebajikan ni. tapi, lelaki tadi bebas berkeliaran mencari mangsa lain yg seterusnya. sampai bila????

Pelik la kan, kenapa hanya perempuan sahaja yang menjalani pemulihan akhlak ni? mana pegi lelaki yang rosak akhlak? masih bebas berkeliaran? sedangkan rosaknya perempuan pun disebabkan oleh lelaki2 yang rosak. Mungkin ada (tapi sebab tak pernah siar kt tv pon, so saya tak tahu), tapi tak pernah pun nk siarkan kt tv supaya yang lainnya insaf dgn perbuatan diorang. asyik tunjuk yang perempuan jer....

Friday, March 18, 2011

Cikgu SHIDA???

Pagi2 tadi cikgu shida ada kt konti hotfm. Saya mmg pelik la dgn cikgu ni.  Tak malu ke selamba badak je jaja video dia duk miming. Siapa famili dia? mak bapak dia tak malu ke? macam tak senonoh jer... tak tau malu kot. Eh, sori lah kalau straight to the point sgt tapi mmg tak sesuai je nak berlagak selamba sgt. Kalau ya pun nak kejar glamour, banyak kot cara lain yang lebih baik.

Kenapa dia sanggup buat macam tu? macam orang tak betul pun ada. Mula2 mmg saya tertanya adakah dia mmg betul2 'cikgu'? Mana asal usul dia? apa latar belakang pendidikan dia? Biasa org yang berpendidikan tinggi tak buat kerja gila macam tu. Pelik la. something wrong with her la kot... errrrk?




Ermmmmmm mmg lah kan. Kalau dalam keluarga korang ada yang macam ni korang buat ape eh? Ermmm kalau saya, terus tak ngaku sedara kot...huhu

Tuesday, March 15, 2011

Sebaran radiasi reaktor nuklear..

Sesiapa yang duduk berdekatan, sila ambil langkah keselamatan... dikhuatiri radiasi sedang merebak. Nauzubillah. Semoga Allah melindungi. Banyakkan berdoa kepadaNya.

Latest dari Japan

Letupan di satu lagi reaktor nuklear
TOKYO: Satu lagi letupan besar kedengaran di reaktor nuklear berlaku di kawasan yang teruk dilanda nuklear awal hari ini, letupan ketiga sejak Sabtu lalu, kata operator loji.

"Ada letupan besar kedengaran di antara jam 6 pagi dan 6:15 pagi di reaktor nombor dua iaitu loji nuklear No 1 Fukushima," kata jurucakap Tokyo Electric Power Co.

Kerajaan juga melaporkan kerosakan di bahagian bekas yang melindungi reaktor yang sama di Fukushima iaitu 250 kilometer, timur laut Tokyo walaupun tidak pasti sama ada kejadian itu menyebabkan letupan.

Ketua Setiuasaha Kabinet, Yukio Edano pada sidang akhbar berkata, kolam penahan di reaktor nuklear nombor dua mengalami kerosakan. - AFP

Angka kematian rasmi gempa bumi melebihi 2,400 orang
TOKYO: Angka kematian rasmi akibat gempa bumi dan tsunami yang melanda perairan timur laut Jepun kini melebihi 2,400 orang, kata polis hari ini.

Agensi Polis Kebangsaan negara itu berkata, 2,414 orang disahkan maut dan 3,118 masih hilang manakala 1,885 mengalami kecederaan selepas bencana alam itu melanda petang Jumaat lalu.
Jumlah kematiah sehingga semalam ialah 1,647 orang. - AFP

Semua berita ni adalah terkini dari BERITAHARIAN

Friday, March 11, 2011

Terkini dari Tokyo

Semoga semuanya selamat. Sama samalah doakan keselamatan org2 kat sana sekarang. Kawan2 office saya, bos saya, dan juga kawan2 sekolah yang bekerja kt sana. Insyaallah selamat semuanya.

2011/03/11- TERKINI
TOKYO: Jepun dilanda gempa bumi berukuran 8.9 magnitud di timur laut negara itu dan menyebabkan tsunami setinggi empat meter yang menghanyutkan kereta dan meruntuhkan bangunan di sepanjang perairan dekat pusat gempa.

Terdapat laporan kecederaan akibat daripada kejadian berkenaan di Tokyo.
Di beberapa tempat sepanjang peairan Jepun, rakaman televisyen menunjukkan kerosakan teruk akibat tsunami, dengan puluhan kereta, bot dan bangunan dihanyutkan air.
Sebuah kapal besar dihanyutkan tsunami yang merempuhnya ke arah tembok penahan di bandar Kesennuma, wilayah Miyagi, kata stesen ootage on public broadcaster NHK.

Pegawai sedang menilai jumlah kerosakan, kecederaan dan kematian akibat daripada gempa bumi tetapi tiada maklumat diperoleh setakat ini.

Gempa bumi itu berlaku pada jam 2.46 petang dan diikuti siri gegaran kuat termasuk 7.4 magnitud kira-kira 30 minit selepas itu. - Reuters


Harap2 benda ni sementara sahaja. Ada student nk balik Japan hari isnin ni... Kalau tak, nampaknya kena tundalah flight diorang. ermmmm...

**petikan daripada beritaharian

Thursday, January 13, 2011

Kontroversi sungguh Dr Khir Toyo nih

SHAH ALAM: Dewan Diraja Selangor semalam berkenan menerima pemulangan pingat darjah kebesaran Selangor Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) yang membawa gelaran Datuk Seri kepada bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo.

Dr Mohamad Khir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, berkata beliau menghantar surat kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi memulangkan sementara pingat berkenaan pada pertengahan bulan lalu.

“Surat ini dibuat berikutan kes saya didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam beberapa hari sebelumnya atas tuduhan salah guna kuasa. “Pemulangan semula pingat ini bagi mengelak darjah kebesaran negeri turut terpalit dengan sebarang keaiban sepanjang pertuduhan dan perbicaraan yang akan berlangsung,” katanya dalam blognya, semalam.

Berikutan itu, Dr Mohamad Khir meminta media serta penganjur program menggugurkan nama Datuk Seri daripada pangkal namanya, bermula semalam.

Dr Mohamad Khir sebelum ini didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya, Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah di No 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L daripada Ditamas Sdn Bhd (Ditamas) melalui pengarahnya, Shamsuddin.

Hartanah itu yang terletak di Seksyen 7 di sini diperoleh dengan harga RM3.5 juta, sedangkan ia dibeli Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.
Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Dr Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai Menteri Besar Selangor ketika itu.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada 29 Mei 2007.

Shamsuddin pula didakwa bersubahat dengan bekas Menteri Besar itu untuk melakukan kesalahan berkenaan di tempat dan masa sama.

Pada 6 Januari lalu, Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki menetapkan perbicaraan kes itu selama tiga minggu bermula 6 hingga 24 Jun ini.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Malas nk cerita panjang lebar. Baca blog dia, mmg banyak penyokong dia kt sana. Eh, kt sini pun ramai jugak,kan? Saya tak campur mana2. sapa benar, maka dia benarlah dan juga sebaliknya. Kadang2 org2 bijak pandai ni pandai memanipulasikan keadaan dan yang tertipu, kita2 yg dibawah ni.
Related Posts with Thumbnails

Ramai jugak yang baca entry ni.....

 
Go To Top