SOLAT adalah WAJIB
sudahkah anda menunaikannya?
Showing posts with label Let's Study in Japan. Show all posts
Showing posts with label Let's Study in Japan. Show all posts

Wednesday, December 22, 2010

Yeay dapat hadiah ;)

Suka tak bila dapat souvenir? Saya suka sangat ;) Dah agak banyak dah saya kumpul souvenir daripada nihon ni. Tak sabar nk beli display kabinet nk susun susun ;))

Org jepun mmg tipikal mcm ni, kan? diorang akan bawak hadiah bila berjumpa. tak kiralah kawan2 ke staf ke.. hihi dulu2 mmg banyak diorang bawak souvenir utk saya. tapi skg ni dah kurang sbb rasanay diorang dah bg hampir semua jenis kot..hihi

Masa lawatan sambil blajar dua tiga hari lepas, diorang bawakkan benda alah ni;Ni adalah frame gambar. boleh letak 2 gambar lah dlm ni. Kt office saya takde space dah wei nk letak benda alah ni. sayang pulak rasanya. kang ada bawak balik rumah..opss ;p

Nanti saya nak cari space untuk letak benda alah ni. Rasa mcm nk letak gambar yg dgn President tu kot ;)

Monday, November 29, 2010

Jom pegi Jepun

Sape nk pegi Jepun? bukan senang nk ke sana ditambah dgn taraf hidup yang tinggi disana, maka org yg betul2 banyak duit sahaja boleh pegi jalan2 ke Jepun. Tapi, kalau pergi untuk berjuang (study), adalah satu bonus la kan? sbb sambil study boleh kenal negara org. Wow, negara Jepun kan dikagumi kerana kemajuan mereka setelah dibom hancur lebur. Mereka bangkit dan kini menjadi negara maju.. jauh la dgn negara kita. Maybe negara Jepun sekarang ni adalah 'Malaysia 8 tahun akan datang' (ini pendapat peribadi saya sahaja. kalau salah, sori naik lori)

Jadi, sesapa yang nk study kt Jepun atau nk hantar anak atau adik2 belajar kt negara matahari terbit tu, jangan la malu2 bertanya mengenai universiti kat sana. Negara kita (Malaysia) mmg dah lama menggalakkan pelajar sambung study kt Jepun. lagipun kita mmg ada hubungan dua hala dgn negara jepun nun. Sesiapa yang berminat, silalah jenguk2 kt sini. Macam2 universiti ada kt sana. pilih je mana nk pergi. lepas tu mintak tajaan dgn JPA, MARA atau PETRONAS (wah, senang macam nk mintak sign je bunyik, padahal kenalah mengharungi proses2 segala bagai). Biasa lah, bukan senang weh, nk menaja org blajar, bukan 10-20ribu, malah lebih dari itu. Nk kena pastikan student tu betul2 blajar plak tu.

"Let's study in Japan". Yokoso Japan!

Negara Jepun menyediakan biasiswa untuk pelajar dari luar negara. Jadi, boleh la apply. Sangat bagus tau dia punya tawaran. mmg tak perlu bayar pun tapi perlu memenuhi kriteria2 yang ditetapkan sahaja. Jadi, rugilah kalau terlepas peluang tersebut. Disamping itu, ada jugak biasiswa2 lain. sila rujuk disini.

Banyak lagi rujukan2 lain. sila pandang2, selak2 link ditepi belah kanan screen ;)

(bermimpi2 nk ke Mount Fuji suatu hari nanti ;))

---bersambung (ada keje jap, nti kita sambung)
Related Posts with Thumbnails

Ramai jugak yang baca entry ni.....

 
Go To Top