SOLAT adalah WAJIB
sudahkah anda menunaikannya?
Showing posts with label Lovely Nihon. Show all posts
Showing posts with label Lovely Nihon. Show all posts

Monday, March 7, 2011

Kesesuaian yang bertempat..

Kadang2 kita ingat orang dah selesa dah dengan layanan kita. Walaupun kita dah bagi tip top punya service. Tapi, kadang2 kita lupa bahawa lain org, lain keselesaan dia. Maksudnya kalau orang tu dah biasa dalam keadaan 'selesa'. Dia dtg kt tempat kita yang agak 'sederhana' ni, mmg akan rasa serba kekurangan lah kan...

Faktor cuaca pon satu hal jugak. Yes, of coz dia dah tau dah cuaca kt sini mcmne berdasarkan research kt internet sendiri. Tapi buat research bagai, baca segala mak nenek semua takkan sama dgn pengalaman duduk disini. Takkan sama! Kau kena duduk sini dan rasa sendiri macamana baru kau tahu keadaan sebenar.

Bila dah dilahirkan kt negara maju, serba serbi canggih, dan BERSIH, mmg tak selesa langsung dgn persekitaran yang agak tak bersih kt sini. Walaupun kita dah menuju kearah negara maju, tetap toilet tak bersih. walaupun kena bayar 50sen, 1ringgit, tapi...masih keadaan yang sama. Sooooooo bad. Malu kejap jadi rakyat malaysia ;(

Dah la negara kita negara ISLAM yang sepatutnya mengamalkan cara hidup BERSIH. Tapi bila org asing datang, tak macam negara islam. Sana sini kotor, basah2, hancing, busuk dan segala yang tak best ...

Saya sebenarnya segan lah dgn orang asing tentang kebersihan dan sikap rakyat malaysia sendiri terhadap kebersihan. Baik dari segi kedai makan, bilik tidur (hostel univ.), toilet, tempat2 awam macam shopping mall, dan dalam teksi sendiri. Kalau org dari middle east tu mmg agak pengotor, so diorang mmg dtg sini buat kotor. Kalau org putih, ada yg pengotor dan ada yang cerewet. So, kira macam ok lagi lah. Tapi kalau org jepun, mmg cerewet dan pembersih yang teramat. Kalau diorang nk pegi shopping, saya mmg bawak ke KLCC je lah yang selesa sikit. tak pun pavilion. tempat lain mmg azablah bagi diorang kalau time2 shopping tu dorang nk terkencing...huuuuu.


Of coz la saya awal2 dah explain kenapa toilet kita basah sebab mmg kita mesti basuh benda kita tu kan. Tapi kalau dah basah lencun lantai tak agak agak la kan.. org nk kencing pun tak jadi. Belum cerita pasal bau. Dengan busuk dan hancing mmg tak boleh blah. Ni cerita kt Kuala Lumpur weh, bukan cerita pasal kt kampung.
Tak cukup dgn tu je, dengan vandalisme orang gila seks. Banyak kt pintu2 toilet. eh, bukan kt situ je, kt dinding2 pun banyak. Memalukan sebab semuanya berunsurkan seks. Orang kemaruk mmg suka conteng2 eh.

Tak perlu lah kot kita nak compare kita dgn jepun tapi, kita perlu lakukan perubahan. Orang jepun dah ramai dtg sini. Even diorang yg dah pencen kt sana datang sini (stay lama) menghabiskan sisa baki kehidupan diorang. Tapi, diorang hanya pergi tempat yang diorang rasa selesa sahaja. Sampai bila macam ni??

Monday, November 29, 2010

Jom pegi Jepun

Sape nk pegi Jepun? bukan senang nk ke sana ditambah dgn taraf hidup yang tinggi disana, maka org yg betul2 banyak duit sahaja boleh pegi jalan2 ke Jepun. Tapi, kalau pergi untuk berjuang (study), adalah satu bonus la kan? sbb sambil study boleh kenal negara org. Wow, negara Jepun kan dikagumi kerana kemajuan mereka setelah dibom hancur lebur. Mereka bangkit dan kini menjadi negara maju.. jauh la dgn negara kita. Maybe negara Jepun sekarang ni adalah 'Malaysia 8 tahun akan datang' (ini pendapat peribadi saya sahaja. kalau salah, sori naik lori)

Jadi, sesapa yang nk study kt Jepun atau nk hantar anak atau adik2 belajar kt negara matahari terbit tu, jangan la malu2 bertanya mengenai universiti kat sana. Negara kita (Malaysia) mmg dah lama menggalakkan pelajar sambung study kt Jepun. lagipun kita mmg ada hubungan dua hala dgn negara jepun nun. Sesiapa yang berminat, silalah jenguk2 kt sini. Macam2 universiti ada kt sana. pilih je mana nk pergi. lepas tu mintak tajaan dgn JPA, MARA atau PETRONAS (wah, senang macam nk mintak sign je bunyik, padahal kenalah mengharungi proses2 segala bagai). Biasa lah, bukan senang weh, nk menaja org blajar, bukan 10-20ribu, malah lebih dari itu. Nk kena pastikan student tu betul2 blajar plak tu.

"Let's study in Japan". Yokoso Japan!

Negara Jepun menyediakan biasiswa untuk pelajar dari luar negara. Jadi, boleh la apply. Sangat bagus tau dia punya tawaran. mmg tak perlu bayar pun tapi perlu memenuhi kriteria2 yang ditetapkan sahaja. Jadi, rugilah kalau terlepas peluang tersebut. Disamping itu, ada jugak biasiswa2 lain. sila rujuk disini.

Banyak lagi rujukan2 lain. sila pandang2, selak2 link ditepi belah kanan screen ;)

(bermimpi2 nk ke Mount Fuji suatu hari nanti ;))

---bersambung (ada keje jap, nti kita sambung)

Wednesday, October 6, 2010

Kuala Lumpur ke Tokyo?

teringin dan sgt teringin nk jenjalan ke Tokyo dgn encik suami.. selama ni saya pegi Tokyo sorang2 jer.. dah la tak sempat nk jenjalan pon.. pegi semata2 keje jer.. langsung takde masa nk berjimba2. mana yang dalam gambar semua tuh hanya la singgah gitu2 jer.. huhu boleh bayangkan tak? kalau sehari tu saya ada 3 meeting, saya akan skip curik2 masa antara masa meeting 1 dgn masa meeting 2... huhu nasib baik kwn jepun saya tu ok. dia la yg bawak saya singgah sana sini nk ambik gambar semata..haha sbb dia tau saya SUKA ambik gambar walaupun tk sempat menikmati keindahan secara aman damai..
Jadi, saya mmg berhasrat nk ke Tokyo dgn suami saya ;) Alaaaa tgok, skg Air Asia dah murah tapi saya prefer naik MAS... Insyaallah kalau saya ada meeting kt sana dlm masa terdekat ni, saya akan ajak encik suami skali... hihi tu pon kena tgok keadaan la kan? entah2 masa tu pon suami saya sibuk ;/

walaupun saya akan sibuk meeting, saya sgt berharap nk jenjalan dgn dia kt sana... jadik, jom kita simpan duit skg coz segala galanya mahal disana..huhu

sebelum kita kesana, sgt2 la dinasihatkan utk belajar mkn benda alah ni
ni udon... macam mee kt sini tp ada rasa lain sket la.. boleh diterima tekak saya dikala sgt2 lapar sahaja ;)
ni plak sushi.. kalau takat telur tu boleh la.. pastu kalau ikan raw2 nih saya mmg nk muntah hahaha jadik saya mkn pulut dia sajo la ya ;)
ni kegemaran saya. hari2 mkn tempura ni pon takpe tapi awas la ya dgn lemak dia sbb digoreng..huhu

lagi satu yang tgh IN kt sana skg ni roti nan.. di restoran rangkaian Siddique
dah byak dah restoran ni kt sana.. jalan sket mesti jumpa.. famous la sbb skg org jepun tgh suka makan kari... tapi kari dia ada rasa jepun sket la.. mmg lain dr sini punya kari ;)

satu lagi makanan yg selamat dan diterima tekak ialah spageti.. pilih je yg seafood punya.. tapi takleh mkn hari2 sbb mahal la ;)

Tuesday, April 6, 2010

Google maps 3D

Ni google maps Japan punya... canggih,kan ;-)


Godek2 google maps utk buat guide masa kt Tokyo nti tetiba bila zoom in dia jd 3D...sukaaa sgt2 sbb nmpak semua bgunaan, real punya. Siap ada gambar kereta2 dan org tgh bjalan... wow superb rasanya map mcm ni... ingatkan aku yg ketinggalan, rupanya tgok map kl punya..ermmm mmg xde pon lg 3D nih ;-D

banyak benda nk kena survey nih sbb sampai2 je pg tu nk kena rush ke Liberty Tower utk meeting. Biasanya ada bos aku yg guidekan... even aku boleh contact hp dia bila2 masa.. tp skg tidak lagi, aku kena jln sorang2 je.. risau pulak bila sampai kt Tokyo Station tu... aku dah x berapa ingat level berapa nk tukar train ke Ochanomizu..huhuhuhu.. dahla bertingkat2 dan ramai org kt Tokyo Station tu.. Harap2 x sesat la....

ni la Tokyo Station...huhuhu menangis la kalau sesat ;(

Friday, April 2, 2010

Fuji-san (Mount Fuji)

Fuji-san a.k.a Mount Fuji (富士山)
Dah berapa kali tgok Fuji-san masa nak landed kt Tokyo... dan terasa mcm nk kesana suatu hari nti...ye la gunung tertinggi kt Japan tu..tp tak tau la tahun bila..

Nk dijadikan cite, skg ni aku tgh arrangekan trip ke sana utk professor2 kt cni yg akan ke Tokyo utk meeting nti. Ermmm kalau aku nk join boleh je tapi tu la ingat nk balik KL awal sbb nk buat sesuatu yg lebih menarik..hihihi kalau aku ikut trip tu, nmpaknya aku kena balik ari ahad or isnin, dah xde masa nk celebrate besday dgn encik tunangku.. ermm lain kali je la g Mount Fuji tu eh... Insyaallah ;)
(aku lebih sayangkan tunangku drp nk jenjalan kt sana sbb yg pasti aku mesti merindui dia untuk beberapa hari disana nti ;/)

Friday, January 23, 2009

Trip to Tokyo-NewYearCelebration-








































































































































Ni photos yang pegi Japan Dec 2008 :
















































































































































Monday, December 22, 2008

Tokyo Nov2008

This is my first time abroad and i feel excited to go to Japan. I like Japan :)

























































Just wanna share the pictures :





































































































































































































Related Posts with Thumbnails

Ramai jugak yang baca entry ni.....

 
Go To Top