SOLAT adalah WAJIB
sudahkah anda menunaikannya?

Thursday, June 9, 2011

Makan tak ingat...

Bila balik kampung, memang akan lupa diri bila makan. Ye la, semua makanan pun nak makan. Lebih2 lagi yang jenis berlemak2 tu. Bila kt kl ni mmg tak jumpa la makanan sana. kalau jumpa pun mmg dah tak pure. takleh lawan masakan sana. ehem...bukan kenegerian eh. cuma nk bagitau yang rasa yang tak sama je ;p

Masuk je bandar gua musang, singgah makan nasi kerabu ayam bakar + daging bakar. Yummy sedap sebab lapar. Elok2 je sampai sana masa org tengah breakfast, so kitorang pun join sama :). Perjalan diteruskan sampai la ke rumah. balik rumah makan lagi. Malamnya makan sup tulang (sup gear box) + lemak (sup tulang yang ada lemak2 sedap tu). Tapi sup ni banyak gila isi dia, bukan hanya tulang semata. sebab tu la sedap. huuuuu dah tak ingat dah pasal lemak2 ni. Pastu banyak gila isi2 dia. seperiuk besar. Tu untuk orang yg datang merewang. actually kenduri tu rumah pakcik saya tapi disebabkan sebelah je dgn rumah mak saya, maka aktiviti masak memasak kt porch rumah mak saya lah. Pakcik ni adik beradik kembar mak saya. entah tak sure la dia abang ke adik. kembar kan... (terus berangan nak anak kembar jugak ;p). Dua hari kot kitorang makan sup tu. memang ada gulai semua tapi takleh challenge sup tu...hahaha :)
Dah lama sangat tak pegi gym.. rindu. hari ni nak kena pegi jugak. kena jugak paksa diri sebab ada je alasan...hahaha ;p
Harap2 hari ni ada energy untuk work out. bakar lemak2 yang terkumpul. Walau tak dapat bakar semua, bakar sikit pun jadi lah daripada tak buat langsung, kan? 
Risau ni, sebabnya baju yang saya tempah hari tu ketat kat punggung dgn peha. please la jgn cakap part tu makin membesar. maybe kakak tu salah jahit kot. kakak tailor tu kan kalau jahit, kalau saya nak yg jenis fesyen2 sikit, mula la tak tentu arah saiz dia. saiz pun boleh berubah2. pelik betul. saya dah perhatikan banyak kali (tapi masih jugak tempah kt dia sebab senang, malas nk cari tailor lain ;p). ada baju kurung moden saya saiz ngam2 je dgn badan saya ni, pastu ada jugak dia jahit besar kt punggung sampai menggeleber, pastu ada yang terlalu ketat kat bawah ketiak.. ermmmm kan dah kata, dia yg salah jahit. so, langkah yang paling selamat, tempah je lah baju kurung biasa atau baju kuurung pahang. save sket.

No comments:

Post a Comment

☆☀♥ feel free to leave your comments ♥☀☆

Related Posts with Thumbnails

Ramai jugak yang baca entry ni.....

 
Go To Top