SOLAT adalah WAJIB
sudahkah anda menunaikannya?

Monday, May 9, 2011

Pasrah...

Saya kan naif sangat pasal barang2 makeup ni. Memang tak ambik kisah sgt la. Tapi bila dah agak berusia ni (ehemmm..;p), barulah rasa minat nak mencuba makeup2 ni. Bukan ape, cuma nak jugakalah rasa pakai eyeshadow, pakai maskara cuma belum pernah cuba pakai blusher lagi. Huhuhu takut jadi hantu cina pulak. Walaupun tgok org pakai bukan main cantik lagi. Bukan setakat belum pernah cuba, belum pernah beli pun blusher. Tak tau nk beli yang macamne. Tengok hari tu yang MAC punya macam cantik. warna light2 je. Sesuai kot..hahaha ;p. Kononnya nak tunggu jerawat clear dulu baru nk pakai blusher. agak2nya bila la jerawat nk clean n clear ni. Dua hari lepas naik yang baru dua ketul kt pipi. errrmmm tak merasalah pakai blushe rni agaknya :)). Muka org lain licin cantik je. Nak kata saya tak jaga, tak jugak. Mungkin nasib la kot. terus rasa down :((.

Saya pernah cuba pakai BB Cream ni. Nak kata tak sesuai, mungkin kot. First skali try SimplySiti punya BB cream. tapi dia tak panggil bb cream la. tapi function dia sama. Ni mmg sebab terpengaruh. tapi bila saya pakai, mak ai mmg berminyak sgt2 muka. Maka, benda tu dah jadi dlm arkib simpanan. Lepas tu saya beli Bio Essence puna BB cream yang warna purple. Pakai sekali mmg best sgt. pakai banyak kali, entah kenapa macam banyak jerawat naik. terus tak pakai dah.

Bukan nk salahkan cream tu tapi mungkin jugak hormon saya masih tak stabil dan kebetulan masa saya pakai produk tu, jerawat berlumba lumba naik. Terus dah tak sentuh dah cream2 tersebut. Saya lebih rela org tengok jerawat saya daripada saya berusaha gigih menutup jerawat tersebut dan mengakibatkan jerawat tersebut bertambah teruk.

Ada je kawan saya, bila dia cuci muka, mmg nampak segala mak nenek yg ada kt muka dia tapi bila dia makeup, mmg licin mcm takde sikitpun cela. Untungnya dia. Tapi kalau boleh saya tak nak la cover2 jerawat tu. Kalau boleh saya nk jerawat tu clear terus. Nak cuba ubat jerawat yag berkesan. Tapi kebanyakannya tipu belaka. PASRAH....

No comments:

Post a Comment

☆☀♥ feel free to leave your comments ♥☀☆

Related Posts with Thumbnails

Ramai jugak yang baca entry ni.....

 
Go To Top