SOLAT adalah WAJIB
sudahkah anda menunaikannya?

Friday, April 22, 2011

Solat Jumaat adalah wajib bagi lelaki

Ramainya lelaki islam tak pegi solat jumaat. Dah lama saya tak keluar shopping/window shopping hari jumaat. Entah angin ape ari ni nk jugak keluar walaupun demam. Ore klate ckp"nok ssega anging" ;p So saya meneruskan misi keluar pegi jusco. Nak survey2 barang tapi takde satu pun berkenan. Saya jalan2 kat bahagian kasut dgn handbag, tetiba ternampak sekor mamat ni tengah sibuk menyoping dgn awek dia kot. entah awek atau bini tak sure. Tapi nampak dari segi percakapan mcm awek kot. Sebab siap offer suruh beli lagi selai baju yg dia tgh pegang tu. Murah je katanya, kenapa tak ambik selai lagi. abang bayar... huuuu saya dengar macam, eh, murah hatinya dapat laki mcm ni. Kan? dapat pahala, u belanja isteri tau... Tapi solat jumaat tak pegi. Memang hampeh. Pastu bila org tengok dia buat muka tak bersalah. mungkin dia lupa ari ni hari jumaat. MUNGKIN.

Pastu tgh2 berjalan, ada bapak budak ni tgh dukung budak. of coz anak dia. dia temankan bini dia shopping jugak. wah, baik hati kau bapak, tolong jaga budak tu sementara bini kau shopping. Tapi solat jumaat kau jgn lupa plak ye. Mungkin musafir (malas nk pandang negatif) siap jawab call buat2 sibuk bila beberapa org lalu lalang dan jeling maut punya. Pastu jawab call kuat plak tu. takleh blah. dengar sleng dah tau dah org mana. buat malu ok!

Kenapa agaknya diorang tak pegi solat jumaat eh? Mungkin uzur? Musafir (tak berapa logik sebab masjid dekat je, merata2 ada masjid skg ni), sakit (boleh pulak pegi shopping) atau keluar darah kot...

Solat jumaat ni kita boleh nampak sebab mmg kena solat kt masjid. Tapi solat yang 5 kali sehari tu, takde org nk pantaukan untuk kita. Samada kita lupa, buat2 lupa, langsung tinggal, mmg tak pernah solat atau mcm2 alasan yang kita bagi, Tuhan tetap nampak apa yang kita buat. Berapa banyak Allah bagi kita kelonggaran, tetap kita pandang remeh tentang solat. - peringatan untuk diri saya juga. semalam tertido tak solat isyak. demam katanya...huhu -

No comments:

Post a Comment

☆☀♥ feel free to leave your comments ♥☀☆

Related Posts with Thumbnails

Ramai jugak yang baca entry ni.....

 
Go To Top