SOLAT adalah WAJIB
sudahkah anda menunaikannya?

Friday, March 11, 2011

Terkini dari Tokyo

Semoga semuanya selamat. Sama samalah doakan keselamatan org2 kat sana sekarang. Kawan2 office saya, bos saya, dan juga kawan2 sekolah yang bekerja kt sana. Insyaallah selamat semuanya.

2011/03/11- TERKINI
TOKYO: Jepun dilanda gempa bumi berukuran 8.9 magnitud di timur laut negara itu dan menyebabkan tsunami setinggi empat meter yang menghanyutkan kereta dan meruntuhkan bangunan di sepanjang perairan dekat pusat gempa.

Terdapat laporan kecederaan akibat daripada kejadian berkenaan di Tokyo.
Di beberapa tempat sepanjang peairan Jepun, rakaman televisyen menunjukkan kerosakan teruk akibat tsunami, dengan puluhan kereta, bot dan bangunan dihanyutkan air.
Sebuah kapal besar dihanyutkan tsunami yang merempuhnya ke arah tembok penahan di bandar Kesennuma, wilayah Miyagi, kata stesen ootage on public broadcaster NHK.

Pegawai sedang menilai jumlah kerosakan, kecederaan dan kematian akibat daripada gempa bumi tetapi tiada maklumat diperoleh setakat ini.

Gempa bumi itu berlaku pada jam 2.46 petang dan diikuti siri gegaran kuat termasuk 7.4 magnitud kira-kira 30 minit selepas itu. - Reuters


Harap2 benda ni sementara sahaja. Ada student nk balik Japan hari isnin ni... Kalau tak, nampaknya kena tundalah flight diorang. ermmmm...

**petikan daripada beritaharian

No comments:

Post a Comment

☆☀♥ feel free to leave your comments ♥☀☆

Related Posts with Thumbnails

Ramai jugak yang baca entry ni.....

 
Go To Top