SOLAT adalah WAJIB
sudahkah anda menunaikannya?

Friday, March 11, 2011

Kematangan seseorang boleh dilihat...

Proses pembelajaran untuk menjadi matang bukannya satu proses singkat dan proses tersebut akan berterusan sampai bila2 even bila kita dah beranak bercucu pun. Susah kita nak educate orang ni, betul tak? tapi kalau kita sbg org terdekat tak ambik peduli, siapa lagi kita nak harap bagi nasihat?

Kalau dulu, sebelum kawin, mmg tak matang, lepastu proses matang selepas berkahwin, dapat pulak anak cepat (rezeki, alhamdulillah), dan jadi ibu yang muda dan masih lagi belum matang. dapat pulak anak ke dua dikala kawan2 masih belum berkahwin dan kawan2 baru nk mula hidup. Dapat pula anak ketiga dan bila 3 orang anak yang kecik dan memerlukan perhatian, mmg tak dinafikan hidup agak terhad kecuali bagi oarng2 yang matang dalam menguruskan rumahtangga. Belum cukup dgn itu, sebenarnya jauh disudut sanubari, dia masih belum puas menikmati zaman bujang. >> kisah benar yang berlaku depan mata saya sendiri

"Matang" sebenarnya sangat subjektif. Tak boleh diukur dgn apa apa kecuali jika kita menghabiskan masa bersama dan dari percakapan yang ambil masa bukan sehari dua. Siapa kita dalam mengukur kematangan orang lain? Apa hak kita? Tapi, saya suka berkawan dgn orang yang matang fikirannya. Maksud saya, kalau berkawan atau sharing stories dgn org yang matang, berbaloi sebab dia biasanya akan memberi nasihat atau feedback yang baik (tak kira positif atau negatif dgn cara yang sepatutnya). Tapi kalau bercakap atau berbincang dgn orang yang kurang matang, feedback yang kita dapat tak dapat dijangka atau kadang2 'ya' kan sahaja apa yang kita cakapkan sebab dia sendiri tak ada idea tentang perkara tersebut. Itu sama sekali berbeza.

Belum sentuh soal perbuatan orang yang tak matang. Orang yang matang tahu kedudukan dia bila berada dalam majlis atau keraian rasmi atau tidak rasmi. Tahu nak ambil part mana2 yang patut. Bukan hanya datang senyum2 borak2 then bye bye sahaja. Orang yang tak matang biasanya tak tahu kedudukan dia yang sepatutnya. Tak tahu mengawal emosi dan tak tahu bertimbang rasa lantas menyebabkan dia terdorong untuk mementingkan diri dia sendiri sebab dia mmg tak pernah pikir kan hak orang lain. Yang dia tahu hanyalah hak dia, dgn bahasa pasar, asal lepas diri dia je lah.
Apa peranan suami agaknya? Kalau dia sudah berkahwin, dah mmg menjadi tanggungjawab si suami untuk memperbetulkan apa yang salah. Tapi kalau dah suami pun 2 x 5 je, apa nak buat? kesian sungguh saya tengok. sampai bila?

Dalam sesetengah hal mmg saya mengaku saya masih belum matang. Tapi proses pembelajaran dari pengalaman tu amat penting. Otak mesti selalu pikir apa yang telah terjadi dan selalu ambil iktibar. Baru boleh jadi matang. Saya pun selalu merajuk dalam hal hal kecik (ramai kot perempuan macam ni. bukan sinonim ke perempuan dgn merajuk ;p). Tapi takkan lah selalu nak macam tu. so, perlukan perubahan ke arah yang positif.
 >>>mungkin bersambung (kalau saya ingat...) ;p

No comments:

Post a Comment

☆☀♥ feel free to leave your comments ♥☀☆

Related Posts with Thumbnails

Ramai jugak yang baca entry ni.....

 
Go To Top