SOLAT adalah WAJIB
sudahkah anda menunaikannya?

Friday, March 11, 2011

Takde sivik

Teringat kat mak saya. Selalu kalau jumpa org yang kurang ajar atau biadap atau x bermoral, mmg cepat je dia ckp "takde sivik". Hehehe rindu pulak, dah lama takdengar dia ckp mcm tu..

Bila kita tengah beratur kat kaunter, nak buat bayaran, tetiba eh eh terselit dia muncul entah mana datang, selamba hulur duit kat cashier. ermmm pelik, kan? maybe dia tak nampak kita yang tengah beratur panjang kat blakang nih. Lepas tu buat muka blagak macam kau nk beli satu kedai tu. Eh, sori lah, kalau kau tuan kedai pun, kau patut ada sivik tau. Sekolah sampai mana? Hidup dalam masyarakat ke hidup dalam hutan?

Kalau mat mat rempit ni takde kesedaran sivik tu, saya rasa boleh dimaafkan sebab mmg diorang tak bermoral dan perlu diajar. Tapi kalau dah pangkat2 pakcik makcik, dah pegang title manager, executive semua, takkan perlu diajar lagi tentang sivik?

Definisi SIVIK
Mengikut kamus Tribahasa Oxford Fajar, maksud sivik ialah ilmu tatarakyat. Sivik merujuk kepada hubungan individu dengan masyarakat di sekelilingnya. Kesedaran sivik bermaksud rasa tanggungjawab yang lahir secara ikhlas dalam menjaga kepentingan awam demi kebaikan bersama. Pengetahuan sivik terdiri daripada maklumat dan idea asas yang pelajar harus mengetahui serta menggunakannya untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab dan produktif. Penguasaan kemahiran-kemahiran ini membolehkan pelajar membuat keputusan menyelesaikan masalah, meningkatkan kesedaran sivik dan memberi sumbangan terhadap pembangunan masyarakat dan negara. 

Kenapa  ada orang tak ada kesedaran sivik dalam diri mereka? Banyak kali saya jumpa dan sikit lagi nak menegur secara terang2an. kalau saya tegur kang, ada yang malu pulak depan2 khalayak ramai.

No comments:

Post a Comment

☆☀♥ feel free to leave your comments ♥☀☆

Related Posts with Thumbnails

Ramai jugak yang baca entry ni.....

 
Go To Top