SOLAT adalah WAJIB
sudahkah anda menunaikannya?

Friday, March 11, 2011

Nafsu yang sebenarnya

Pagi tadi saya makan sorang2 kat cafe. Tetiba je hari ni rasa nak melepak kat cafe sebab biasanya saya tapau je dan makan sorang2 jugak kt bilik. Tapi entah hari ni mmg rasa nak santai2 melihat gelagat orang sekeliling.

Saya order mihun sup dgn nescafe (dah bape lama x minum nescafe ;p).

See, dah habis licin saya makan. Dah la agak berminyak, saya belasah je. Saya lapar, pagi2 dah lapar (mmg selalu pun lapar ;p)
 Masa saya dah nak siap makan tu, tetiba ada dua org perempuan yang dtg nk tapau makanan. Mmg lah diorang berbadan XXL tapi bila tengok cara diorang ambik makanan tu mmg tak agak agak la kan. Saya terpikirkan apa akan terjadi kpd mereka ni dalam masa beberapa tahun lagi. adakah double size berbanding sekarang? Kesian sebab takde kesedaran dalam diri mereka. siapa nak tolong mereka?

Eh, bukan saya nk mengata tapi sebenarnya kesedaran dalam diri sendiri tu yang penting. Bukan nak suruh kurus keding tapi cukuplah kalau tak obesiti. Kalau dah obesiti, penyakit mmg berderet menunggu. Dengan ambik mee goreng yang berminyak tu (mmg serius bila tengok mee goreng tadi, saya tak lalu (walau saya suka mee goreng) sebab banyak sgt minyak), dengan ambik nasi lemak lagi... haissssh. semua dia nak. Mula mula dia ambik nasi lemak dah isi bekas transparent (sbb kt sini xleh pakai polisterine) dan lepas dah ambik nasi lemak, dia boleh ambik plastik (yg isi kuih/air tu) kemudian isi dgn mee goreng. siap ckp dgn kawan dia yang dia nak jugak mee goreng...errrmmmm. Saya bukan lah busybody tapi sebab saya duduk sebelah je dgn kaunter makanan tersebut, mmg saya nampak dgn jelas.

Belum sentuh bab exercise lagi. Entah la, bukan saya ni prihatin sgt tapi saya kesian kepada org sekeliling dia la kalau dia sakit. Bila kita jatuh sakit atau dapat penyakit apa2, bukan saja kita menyusahkan diri kita sendiri, tapi kita akan menyusahkan org sekeliling kita terutamanya suami, mak ayah, adik beradik, anak2. nak ke jadi macam tu? please la fikir secara 'matang'. Penting ni, penting sangat ;-)

Kesian diorang yang tak bersalah, tak alih alih nak kena menanggung beban kita pulak. Tapi kalau dah takdirnya kita dapat apa2 penyakit, mmg Tuhan dah tuliskan kita sakit itu ini, mmg lah kena terima seadanya tapi kita BOLEH berusaha menjauhkan diri dari terkena penyakit2 tersebut, kan? Nak seribu daya, kalau tak nak, macam2 lah boleh bagi alasan ;p

Apa kaitan tajuk diatas dgn entry? NAFSU yang dimaksudkan adalah nafsu makan. Padahal keinginan nak makan tu boleh dikawal. semua org boleh kawal lah, bukan mati pun tak makan makanan berlemak dan sedap itu.

No comments:

Post a Comment

☆☀♥ feel free to leave your comments ♥☀☆

Related Posts with Thumbnails

Ramai jugak yang baca entry ni.....

 
Go To Top