SOLAT adalah WAJIB
sudahkah anda menunaikannya?

Thursday, March 17, 2011

Menulis bukan kerna nama....

Saya mula mula tulis blog ni adalah saje je suka suka. Kadang2 blog ni tempat meluahkan perasaan. Rasa protes, rasa tak puas hati, rasa teraniaya, rasa suka dan duka lara hati ini. Kadang2 kita tak boleh nk cerita kat kawan baik kita disebabkan beberapa sebab yang munasabah.

Langsung tak terlintas dihati saya untuk menulis kerana nak mendapatkan nama, mendapatkan duit, nak mendapatkan perhatian. Sebab saya tahu, tak ramai pun yang membaca blog saya ni. Saya suka baca blog orang lain tapi saya tak suka dipaksa untuk membacanya.

PAKSA dan SUKARELA adalah perkara yang berbeza. Saya seorang yang tak suka dipaksa. Saya tak paksa orang baca blog saya yang mmg tak tak seberapa dan tak ilmiah langsung ni. Saya juga tak mengejar duit hasil dari iklan2 dan sebagainya. Saya menulis kerana saya rasa nak menulis apa yang saya suka. Saya tak pernah paksa pun orang untuk menjadi follower saya. Saya tak risau langsung follower saya hanya ciput. tak kisah sebab saya tak kejar apa2 pun.

Saya adalah saya, insan kerdil (lah sangat ;p) dan ada prinsip hidup tersendiri. tak suka dipaksa dan tak suka memaksa. Cukup dengan apa yang ada dan bersyukur dengan kurniaannya.  

Kepada yang mem'follow' saya, terima kasih dan kepada yang letak link blog ni kt dalam blog korang, thanks jugak. Saya hargainya ;-)

**Buat baik dan tidak mengharapkan balasan, itulah ikhlas namanya. Kalau buat baik dan mengharapkan balasan baik, dah tak berapa nak ikhlas kot. Thanks ;-)

2 comments:

  1. saya pon tulih blog suka2...manelah tau nnti dh tua2 boleh bace.org lain tk bace pon tkpe.btolx?

    ReplyDelete
  2. kan? blog ni tak menarik langsung. tak kisah pun org tak baca.

    ReplyDelete

☆☀♥ feel free to leave your comments ♥☀☆

Related Posts with Thumbnails

Ramai jugak yang baca entry ni.....

 
Go To Top