SOLAT adalah WAJIB
sudahkah anda menunaikannya?

Wednesday, February 23, 2011

Kerana kita PENGELUAR, bukannya "pengguna" semata

Eh bukan ke baru je RON97 naik... diam diam naik, kan? Ni RON95 pun nk mengikut jejak langkah? Biasa la, isu minyak memang tak boleh nak kata ape, walaupun dalam hati memaki maki pun mmg tak guna nya...
Tajuk berita "K'jaan cari opsyen elak petrol RON 95 naik lagi". Selama ni kiranya tak cari opsyen la eh. ke mmg takde opsyen?? See, kita tengok la berapa lama dia cari opsyen dan tau tau eh, rakyat kena tampung sikit sahaja lagi kerajaan punya subsidi. Kesian kerajaan kan? Kerajaan kesian kat kita tak agak agaknya? Of coz la kesian, kalau tak, mesti dia tak tanggung subsidi langsung (baik takyah ada suber minyak kt Malaysia).  
Kerajaan sedang mengkaji semua opsyen bagi membolehkan kerajaan tidak menaikkan harga petrol RON95 dalam waktu terdekat walaupun berlaku kenaikan harga minyak global.

NONEMenteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata kementerian itu sedang bekerjasama dengan Kementerian Kewangan bagi memastikan impak kenaikan global tidak terlalu menekan rakyat.

"Kita perlu ada keseimbangan sebab kita bimbang kalau harga minyak naik, harga barangan turut meningkat dan bebanan kepada rakyat akan menjadi semakin tinggi. (Tak perlu 'bimbang' sebab mmg dgn kabar2 angin ni pun, semua barang dah naik harga awal2 lagi....cittttt pooooorah)

"Sebab itu, Kementerian ini bersama Kementerian Kewangan sedang mengkaji opsyen-opsyen tertentu untuk menstabilkan harga minyak bagi mengelak kenaikannya dalam masa terdekat," katanya ketika menjawab pertanyaan berhubung dakwaan akan berlaku kenaikan harga RON95 dalam masa terdekat pada sidang media di Pusat Latihan Harta Intelek di Kuala Lumpur, hari ini.

Hadir sama Timbalannya Datuk Tan Lian Hoe dan Ketua Setiausaha Kementerian Datuk Mohd Zain Mohd Dom.

petronas petrol oil facility in terengganu kerteh 141108 01Ismail Sabri berkata, setakat ini kerajaan belum berhasrat menaikkan harga petrol itu kerana pihaknya berpendapat untuk menjimatkan perbelanjaan, ia bukan sekadar dengan menaikkan harga minyak.

"Siapa kata RON95 nak naik...siapa cakap? Khabar angin?...jadi itu khabar anginlah. Biarlah sekadar khabar angin. Tak, setakat ini tidak (naik).Katanya, walaupun terpaksa menanggung subsidi sebanyak RM14 bilion bagi menampung kenaikan harga minyak dunia tahun ini, kerajaan masih mencari alternatif bagi menstabilkan harga minyak tempatan biarpun kos itu telah meningkat RM4 bilion berbanding tahun lalu.

petrol price hike consumer interview 040608 01"Terdapat beberapa buah negara di dunia telah menaikkan harga minyak sebanyak dua kali dalam tempoh tiga bulan, tetapi sebaliknya bagi kita, kerajaan masih tidak berhasrat menaikkannya kerana kita akan melihatnya secara keseluruhan.

"...Dan kita tengah berbincang dan mencari opsyen itu," katanya yang enggan mendedahkan butiran opsyen tersebut.

Petrol RON95 telah diperkenalkan pada penghujung Ogos 2009 bagi menggantikan RON97 sebagai produk petrol utama dan kini dijual di stesen minyak di seluruh negara dengan harga RM1.90 seliter.

Terdahulu, Ismail Sabri dan Tan menyaksikan majlis pertukaran dokumen perjanjian persefahaman pelaksanaan Pemodenan Bengkel Automotif (ATOM) antara Mohd Zain dengan wakil daripada lima konsultan yang menjadi pelaksana projek tersebut.

- Bernama
Sumber: malaysia kini

Kalau naik jugak, berani pertaruhkan potong kau punya 'tu' tak? Apsal aku nk emo emo nih? Kalau nak naikkan harga apa2 sekali pun, sila lah naikkan gaji aku nih. Sekian harap pertimbangkan. Tak pasal2 kena cut situ cut sini semata2 nk kena isi minyak setiap minggu.... benci weh!

Terima kasih kerajaan kerana selalu mencari opsyen lain bagi menyelamatkan rakyat marhaen ni...

No comments:

Post a Comment

☆☀♥ feel free to leave your comments ♥☀☆

Related Posts with Thumbnails

Ramai jugak yang baca entry ni.....

 
Go To Top