SOLAT adalah WAJIB
sudahkah anda menunaikannya?

Tuesday, January 4, 2011

Potong kuku dan rambut semasa haid

Ape hukumnya? saya mmg dah baca2 pasal benda ni. dah lama dah sebenarnya. Jadi mmg saya tetapkan dlm hati saya (yang saya pegang) mmg tak kisah pun sebenarnya potong kuku dan rambut masa kita dtg haid ni. Takde pun ulamak kata tak baik tapi sebahagian ulamak kata makhruh. Tapi kita boleh pegang salah satu daripadanya. kalau kita dah tetapkan pakai boleh, then boleh je lah. kalau ada org berpegang kpd makhruh, then tak payah la buat masa dia dtg haid. Ok, sila tgok video ni kt sini. Hukum potong rambut dan kuku semasa haid adalah rambut dan kuku tu akan putus... haha kelakar lah ustaz nih ;p

***Kenapa saya xleh upload video? huuuuu tak tahu oooo ;(

Soalan ini juga pernah di tujukan kepada Imam Ibn Taymiah di dalam kitabnya “Ghiza’ al-albab, 1/382 ) maka beliau menjawab : “Tidak aku ketahui hukum makruh membuang rambut dan bulu dan kuku ketika junub", bahkan Nabi SAW bersabda : “ Sesungguhnya seorang mukmin tidak najis (tubuhnya) samada hidup ataupun mati”, malah Nabi memberitahu : “ buangkan darimu bulu-bulu kufur (yang tidak dicukur semasa kafir) dan berkhatanlah (apabila masuk Islam) “ maka arahan Nabi tidak menunjukkan sebarang tangguh cukur selepas mandi. Demikian juga diperintah wanita haid agar menyikat rambutnya semasa mandi junub, yang mana diketahui bahawa dengan menyikat ini boleh menggugurkan rambut (sebelum tamat mandi)..justeru apa yang dikatakan sebenarnya tiada asalnya.”

Tiada sebarang halangan untuk memotong kuku secara junub. Pandangan ini juga datang dari tokoh ulama Tabien iaitu Ato’ bin Abi Rabah. ’Ata disebut pernah menyatakan seseorang boleh melakukannya dalam keadaan junub, malah dalam keadaan junub dan tidak berwudu’ (Riwayat al-Bukhari)

Sebagai makumat tambahan, kemestian menanam rambut, kuku yang dipotong dan sebagainya juga tiada sebarang dalil (kecuali jika dibimbangi akan diambil dan disihirkan), demikian juga larangan memotong kuku di waktu malam. Wallahu a’lam


Islam itu simple, mudah je. jgn susah susahkannya pulak. Sebab tu kita kena betul2 faham ISLAM tu. Benda yang senang tak perlu kita menyusahkan diri sendiri. Sedangkan benda yang wajib yang perlu kita utamakan. Renung2kan dan selamat beramal ;-)

2 comments:

  1. sbgai lelaki..saya x tahu.hehe

    ReplyDelete
  2. ok, skg dah tahu kan?

    Lelaki pun perlu ambik tahu pasal ni. nanti boleh guide isteri dan anak2 ;-)

    ReplyDelete

☆☀♥ feel free to leave your comments ♥☀☆

Related Posts with Thumbnails

Ramai jugak yang baca entry ni.....

 
Go To Top