SOLAT adalah WAJIB
sudahkah anda menunaikannya?

Thursday, December 30, 2010

Yeay esok cuti!

Esok telah diumumkan sbg cuti umum sempena kemenangan skuad negara menentang Indonesia. TAHNIAH ;-)

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan Jumaat ini, 31 Dis sebagai cuti umum untuk meraikan kemenangan pasukan bola sepak Malaysia menewaskan Indonesia pada perlawanan akhir bola sepak Piala Suzuki-AFF 2010.

Beliau membuat pengisytiharan itu dalam kenyataannya kepada Bernama di sini pada Rabu malam.

Pada perlawanan akhir Piala Suzuki-AFF yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno, di Jakarta, Indonesia Rabu malam, pasukan bola sepak Malaysia menewaskan pasukan Indonesia dengan agregat 4-2.

Kemenangan ini mengakhiri penantian Malaysia selama 14 tahun untuk memenangi piala tersebut.


Saya sangat gumbira dgn kemenangan ini. dan sgt2 gembira bila esok diumumkan sbg cuti umum..bestnya ;-)

Esok nk gi salon potong n buat treatment rambut, nk shopping sket2. Sabtu nk buat ape plak? ahad nk buat ape? huhu kalau cuti xde plan ape2 pun lemau jugak kan? jom buat plan sempena cuti ni..

No comments:

Post a Comment

☆☀♥ feel free to leave your comments ♥☀☆

Related Posts with Thumbnails

Ramai jugak yang baca entry ni.....

 
Go To Top