SOLAT adalah WAJIB
sudahkah anda menunaikannya?

Wednesday, December 15, 2010

Bercerai kerana ubat gigi

Pagi tadi saya ada sesi tazkirah (seperti biasa la kt opis ni sekali seminggu). Hari ni ustaz comel yg bg tazkirah. Dah lama sgt dah dia tak bg tazkirah kt opis saya ni. Suka sgt cara penyampaian dia. mmg memberi kesan sgt2. Ustaz ni ada Masters dlm pengajian al-Quran. Mmg best sgt2 kalau dia bercakap pasal Al-Quran (yg mana mmg diakui mmg ramai sgt yg terlalu sibuk smpaikan nk baca Al-Quran langsung tak sempat).

Hari ni bercakap pasal isu semasa dan penceraian. Daripada statistik jakim (kalau tk silap saya), daripada 10 org yg berkahwin, 3 org drpnya akan bercerai dlm masa 5 tahun pertama dan selebihnya bercerai antara tahun ke 5 hingga ke 10. Takut sgt bila dgr mcm tu. Mintak dijauhkan. Jadi ustaz nasihatkan supaya kita semua belajar ilmu rumahtangga. Yes, ilmu rumahtangga nk kena blajar. bukan main hentam keromo je. Semua (suami dan isteri) harus belajar. Belajar ni banyak cara salah satu kita boleh blajar drp org yg berpengalaman. Mak ayah kita, makcik pakcik kita dan mereka2 yang kita tgok bahagia walaupun usia perkahwinan dah cecah berpuluh2 tahun. Apa rahsia mereka agaknya. Satu lagi cara blajar yg paling senang dan banyak sumber ialah dgn membaca. Kita perlu baca utk tambah ilmu. Ilmu takkan dtg bergolek2 punyalah. Jadi, bila dah berkahwin, silalah belajar ilmu rumahtangga.

Ustaz tadi bercerita mengenai bercerai talak 3 disebabkan ubat gigi. Kita dgr pun mcm lucu dan mcm tak logik tapi mmg betul2 terjadi. Kesnya bila sisuami pesan minta isteri picit ubat gigi dari bawah, bukan pada bahagian atas. Tapi, si isteri pegi picit yg belah atas, maka suami pun marah sampai bercerai berai. Bukan talak 1, tapi terus talak 3 kau!

Biasanya bila kita sdg marah, kita mmg susah nk kawal emosi. benda2 yg tak logik ni lah terjadi bila kita sdgn marah. Jadi sbb tu lah kita perlu blajar mcmne cara nk menenangkan diri kita bila dlm keadaan marah. Sama juga dgn tanggungjawab. Kdg2 kesian tgok bila kerja kt rumah isteri buat 100%. Sisuami tahu balik kerja dok belek suratkabar dan dok dpn tv goyang kaki. Isteri klung klang klung klang kt dapur padahal sama2 penat balik dari kerja. Suami tahu bg arahan saja. Anak berak pun dia suruh isteri basuh sampai marahkan isteri sbb lambat cebokkan anak yg dah menangis tu. Situasi ni mmg byak pun terjadi. Isteri selalu jadi kuli rumahtangga. Ni semua akibat tak blajar ilmu rumahtangga lah ni.

Kita sudah moden, jadi belajarlah untuk memperbaiki diri ;-)

Joke;
Sila kepit blakang ubat gigi mcm ni kalau tk bg isteri picit dr atas ;p
Pasal ubat gigi pun nk kecoh. apa kata suami yg tolong picitkan ubat gigi tu utk isteri. kan bertambah bahagia tu
**sori terpanjang plaks. bila perempuan membebel mmg akan jadi panjang..hahaha ;p

No comments:

Post a Comment

☆☀♥ feel free to leave your comments ♥☀☆

Related Posts with Thumbnails

Ramai jugak yang baca entry ni.....

 
Go To Top