SOLAT adalah WAJIB
sudahkah anda menunaikannya?

Thursday, December 16, 2010

Nak berhenti kerja!


Saya sebenarnya pelik bila kawan2 saya yang masih muda (consider 30an masih muda ;p) berhenti kerja dan duduk rumah sesaje je without doing any bisnes. Maksud saya kalau belum ada anak dan mempunyai suami yang independent, kenapa nk berhenti kerja? Ermmm betul ke selamat diorang ambik keputusan berhenti kerja tu? I wonder sgt2 weh. Kepochi betul saya nih kan.. Takpe lah. Mungkin suami dia org kaya dan mmg boleh support everything dan mungkin mereka ada agreement utk sehidup semati (yg mana mereka seolah2 pasti mereka akan bersama sampai mati dan takkan berpisah/bercerai berai).

Saya pernah post entry pasal kenapa wanita perlu bekerja. itu hanyalah pendapat peribadi saya. terpulanglah kan. Sekarang ni pun saya rasa penat sebenarnya kerja ni. Tapi apa pun, lakukan dgn ikhlas, pasti tak rasa penatnya. Yang penting kita perlu minat dgn apa yg kita lakukan.

Mmg best je saya tgok org tak kerja tapi dapat gaji(elaun dr si suami) seolah2 bekerja atau dapat lebih daripada org yg kerja nih. Luck lah dia yg dapat mcm tu, kan? Jadi, sesapa yg blom kawin kena cari suami yang mampu ya. sbb bila dah kawin, kita rasa nk demand macam macam..hahaha ;p

Saya juga ada plan nk berenti kerja. tapi tu semua bila semuanya dah stable dan mesti ada bisnes sendiri nanti. Saya pasti ada tujuan saya berenti kerja iaitu nk tumpukan pd anak2 dan bisnes. Kalau takat nk dok sesaja mungkin tak kot. Saya lebih rela jadi kuli ni dan rasa secure bila bekerja. Contact pun luas terbentang. Kenal org tu kenal org ni semua. Ape2 hal senang ;) Senang nk minta pendapat, berdiskusi dan mintak tolong. Ye lah, langit tak selalunya cerah, mana tahu nanti2 kita memerlukan org yg lebih arif dan pendapat org yg pelbagai, kan? Saya belajar daripada pengalaman. Ya, pengalaman mak saya yg banyak mematangkan saya. Nasib baiklah mak saya bekerja. kalau tak, saya tak rasa akan sampai tahap mcm sekarang ni. Org semua pandang rendah kpd jandasingle mum yg tak bekerja. sgt2 sedih. Jadi, dari kecik saya dah di'train' untuk bekerja utk manjaga maruah diri sendiri dan masa depan.

2 comments:

☆☀♥ feel free to leave your comments ♥☀☆

Related Posts with Thumbnails

Ramai jugak yang baca entry ni.....

 
Go To Top