NURAIN ASHIKIN yang menjadi mangsa tikaman 19 kali dan melecur disimbah asid. Bayi dalam kandungan maut
ULU TIRAM, 18/12/2020 : Seorang wanita yang mengandung enam bulan koma manakala bayi dalam kandungannya meninggal dunia selepas dia ditikam bertubi-tubi serta disimbah cuka getah dalam kejadian di rumahnya di Kampung Sungai Redan, di sini pagi kelmarin.
Mangsa kini dalam keadaan kritikal dan dirawat di Unit Rawatan Intensif Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru berikutan cedera di bahagian perut, selain melecur di muka, belakang badan, tangan dan kaki. Dalam kejadian kira-kira jam 9.15 pagi itu, mangsa, Nurain Ashikin Jemedi, 17, didatangi seorang lelaki berusia 42 tahun yang kemudian secara tiba-tiba menikam mangsa sebelum menyimbah cuka getah ke seluruh badan mangsa.
Difahamkan, ketika kejadian mangsa berada bersama adik perempuannya berusia 13 tahun dan anak saudaranya berusia 2 tahun, manakala ibunya keluar menoreh getah di kawasan berhampiran rumah mereka.
Suspek dikatakan menyerbu masuk rumah mangsa sebelum menendang pintu biliknya dan menyerang mangsa dengan menikamnya sebanyak 19 kali. Mangsa cuba melarikan diri ke bilik air, namun suspek mengejar mangsa serta menyimbahnya dengan cuka getah menyebabkan mangsa terjatuh dan pengsan. Adik mangsa yang berada di tempat kejadian menelefon kakak mereka bagi memaklumkan kejadian itu yang kemudian membuat laporan di Balai Polis Ulu Tiram.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Deputi Superintendan Muhammad Shamsuddin, ketika mengesahkan kejadian berkata, suspek ditahan selepas menyerah diri sejurus kejadian. Siasatan awal mendapati motif kejadian dipercayai berpunca akibat cemburu selepas mangsa yang mengenali suspek sejak berusia 12 tahun, dikatakan keluar bersama lelaki lain.
“Anak dalam kandungan mangsa meninggal dunia akibat terkena tikaman suspek, malah mangsa juga kini koma dan hampir seluruh badannya termasuk bahagian muka melecur akibat disimbah asid. Suspek kini direman sehingga 21 Disember ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307/326 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan menyebabkan kecederaan,” katanya di sini, semalam.
Sementara itu, kakak mangsa, Zuraidah Jemedi, berkata dia dan keluarganya tidak menyangka kejadian itu boleh menimpa adiknya.
“Kami dan tidak menyangka suspek boleh berkelakuan sebegitu. Suspek memang baik dengan keluarga kami, malah dia turut ada hati dengan Ain,” katanya.
Sumber BeritaHarian
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Musykil betul lah. 17tahun dah mengandung. kenapa eh? ke saya yang salah baca? mmg anak lelaki yg tikam dia ke? Astagfirullah halazim macam2 lah sekarang ni... Takut pulak saya. macamana dgn anak2 kita nanti? mencabarnya dunia skg. Tak puas hati bunuh je, tikam je sampai mati. 19 kali ditikam bertubi tubi..huh tak dapat bayangkan org yg menikam tu mmg takde hati perut langsung, kan?
org yg menikam tu "jiran" ke pakwe dia?
Monday, December 20, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ramai jugak yang baca entry ni.....
-
Entry kali ni mengenai jerawat yang semakin menjadi jadi... uwaaaaa dah la majlis dah tak lama.. so worried about my jerawat la! mmg lately ...
-
Tgahari td aku men'design'kan baju kebaya yg akan ditempah untuk majlis bertandang nanti... ermmm aku blom tempah lagi...huhu harap2...
-
Pernah tgok tak "BET" kt plaza2 tol? saya sebenarnya tk pernah sblom ni. tapi, sejak saya dok cni bulan 6 ari tu, saya jadi 'a...
-
Dalam agama Islam dikenal empat buah kitab yang wajib kita percaya serta kita imani. Jumlah kitab suci sebenarnya tidak dijelaskan dalam Alq...
-
TATKALA kedudukan ekonomi Malaysia yang berada dalam keadaan yang tidak stabil, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, dikatakan ...
No comments:
Post a Comment
☆☀♥ feel free to leave your comments ♥☀☆