SOLAT adalah WAJIB
sudahkah anda menunaikannya?

Friday, November 26, 2010

Pengikat kasih sayang..

Saya petik dari blog yang saya baca2. Banyak dah blog yg buat entry pasal ni. Sbnarnya petua ni drp Ustazah Siti iaitu Petua 8P Untuk Suami Isteri. Semoga kita semua dapat ambil pengajaran dan manfaat daripada ilmu yang dikongsikan ini.

Berikut adalah PETUA 8P tersebut ;

1. PUJI : iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2. PELUK : yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3. PENGHARGAAN : di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4. PERHATIAN : yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.

5. PERSEFAHAMAN : persefahaman suami isteri mesti dipupuk sejak dari awal perhubungan. Suami isteri perlu bertolak ansur antara satu sama lain.

6. PERGAULAN : iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7. PERCUTIAN : di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

8. PERMOHONAN : iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Antara amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu ;

membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau ;
membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami.
kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.
Apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.
Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga.

Korang plak macamana? ada ke petua2 yang digunakan dalam memastikan keharmonian rumahtangga yang dibina?

No comments:

Post a Comment

☆☀♥ feel free to leave your comments ♥☀☆

Related Posts with Thumbnails

Ramai jugak yang baca entry ni.....

 
Go To Top