SOLAT adalah WAJIB
sudahkah anda menunaikannya?

Thursday, October 21, 2010

WANITA menjadi MENTERI BESAR?

Tinggi sungguh impian kan?

Semalam saya tgok berita, ada seorang menteri ni dgn bersungguh2 melaungkan dia nk tgok ada wanita menjadi menteri besar semasa pemerintahan Dato' Sri Najib ni.. wahhh...hebat sungguh kata katamu itu.. layak ke? cukup ke syarat nk jadi pemimpin tu? Kalau Islam, betul2 taat kah dia (bakal menteri besar tu) kepada Islam? Pakai tudung pun main letak atas jambul je, takyah cakap banyak la, kan?

Besar tanggungjawab MENTERI BESAR ni.. menanggung segala galanya utk satu negeri.. bape ramai rakyat dalam negeri tersebut? Kalau pikir duit, mmg semua org nak tapi cuba pikir tanggungjawab... sape nak? kalau tak betul2 bertanggungjawab, maka jawab la ko nanti disana..

harus juga berbalik kepada ASAL asal kita.. WANITA tidak dijadikan untuk memimpin... (ya ampun kalau ramai yang memberontak mengenai statement saya. Ini pandangan peribadi saya ttg apa yg saya faham, wanita dijadikan daripada tulang rusuk lelaki. Jadi wanita tidak dicipta untuk memimpin tetapi dipimpin oleh suami atau kaum adam. mmg betul ramai wanita sekarang berpelajaran tinggi dan menjadi manager, ceo, managing director tetapi sama sekali tak layak memimpin kaum adam khususnya)

Di dalam kitab Dalilul Falihin, diriwayatkan bahawa Imam Qurtubi berkata, “Wanita dicipta dalam batas dan keadaan seperti tulang rusuk,” dan bukan dicipta dari tulang rusuk. Dalam bentuk kiasan ia bermaksud, tulang rusuk dalam bengkok adalah berbeza daripada tulang yang lain sebagaimana wanita berbeza dari kaum lelaki. Perbezaan ini mempunyai kepentingannya jesteru tulang rusuk tidak boleh dicaci kerana berkeadaan seperti itu kerana tanpanya manusia menghadapi masalah. Begitu juga dengan wanita, tanpanya kehidupan tidak sempurna. Kaum wanita adalah cantik dalam keadaan semulajadinya walaupun dalam aspek-aspek tertentu mereka berbeza dari kaum lelaki. Pihak lelaki perlu menerima wanita dengan sifat semulajadinya dan tidak boleh bersikap keras terhadap mereka. Mereka disuruh menghormati wanita dan bekerjasama bagi mencapai matlamat yang Allah tetapkan. Wanita ada peranannya dan kadang kala peranan itu berbeza daripada kaum lelaki. Perbezaan peranan tidak melambangkan kehinaan.

well, feeling2 ustazah la plak ;p

saya bukan taksub kepada sesapa tapi saya suka membaca.. kadang2 apa yang saya rasa perlu dishare, HARUS la saya share ;)

No comments:

Post a Comment

☆☀♥ feel free to leave your comments ♥☀☆

Related Posts with Thumbnails

Ramai jugak yang baca entry ni.....

 
Go To Top