SOLAT adalah WAJIB
sudahkah anda menunaikannya?

Friday, September 17, 2010

Raya pertama

Tahun ni, raya pertama pakai baju recycle je. Kitorang pakai baju masa majlis bertandang 3 bulan lepas. Kira OK la sbb saya sgt suka baju songket tu.. Tapi masa kt dapur siap2kan makanan, xleh la pakai baju tu sbb takut terkena minyak ke apa..so tukar baju pakai t-shirt ajer la masa kt dapur. Tahun ni raya first kt rumah mertua saya ;)

Mak mertua saya masak nasi kerabu yg sgt sedap siap dgn lauk sup dan ayam goreng.. Biasa la bila ramai anak cucu, mesti persediaan dia lebih hebat daripada rumah mak saya. Jadi pagi2 lepas mandi, saya terus kedapur dgn baju t-shirt sampaikan dah dekat org nk solat hari raya baru saya bergegas ambik air smayang dan turun g surau. Nasib baik surau tu dekat je... Tapi paling tak tahan saya dgn selambanya pakai t-shirt je pegi smayang raya. mak mertua pon tegur apsal tak pakai baju raya..huhu. bukan tak mau pakai, cuma ambik masa sket la kalau pakai. tak salah kot pakai t-shirt biasa g smayang raya.

Lepas solat raya, saya balik rumah dan menyambung kerja2 dapur sementara menunggu yang lain datang.. Bila semua adik beradik suami dah datang, terus adakan sessi bergambar bersalaman dan bermaafan... happening ohhh sbb ramai cucu ;)

saya jadi jurufoto hari tu sbb kamera suami saya xde bateri..huhu

lepas tu terus ke rumah sebelah, ambik gambar lagi dan lagi dan lagi sampai dah dekat org nk g smayang jumaat. Hari raya kan hari jumaat... bila semua lelaki pegi masjid, inilah masa saya utk berehat.. sekali, datang serombongan tetamu ex-menantu mak mertua saya.. jadi, niat utk berehat terpaksa dibatalkan.. Biasa la, kan raya. mana ada masa nk berehat2 ni semua. kalau kt rumah mak saya lagi la, biasa mmg tak putus2 tetamu dtg berkunjung. sbb tu saya kena pakai baju 'cantik' walaupun kena bertugas didapur. Tetamu datang nk jumpa/tanya kabar/beramah mesra dgn tuan rumah, kan? takkan la nk pakai selekeh2 je..hihi

No comments:

Post a Comment

☆☀♥ feel free to leave your comments ♥☀☆

Related Posts with Thumbnails

Ramai jugak yang baca entry ni.....

 
Go To Top