SOLAT adalah WAJIB
sudahkah anda menunaikannya?

Tuesday, September 21, 2010

Dinner meeting

Lepas ambik bos jepung kt klia, terus pegi hotel utk check-in bagai.. lepas tu terus pegi dinner. actually dinner ni di'set'kan utk sessi meeting/discussion tentang program lawatan diorang ni la. Dinner kali ni kt Bijan Restaurant. Tempat ni mmg President saya paling suka la. Dia mmg selalu puji tempat ni.. mkn kambing dia mmg superb. Saya mengharapkan mmg betul2 HALAL seperti yg diberitahu. huhuhu biasa la bila entertain/cover org2 jepun nih, mmg saya ada sedikit perasaan kurang selesa bab makan ni. ye la, diorang kan minum mabuk2 bagai... pastu kalau kt restaurant cina, diorang order itu ini jugak..huhu uwekss.

masa bos saya sampai, dia terus bagi saya pegang botol 'osake' iaitu sejenis alkohol la (senang citer benda yg kita org islam xleh minum). Erkkkkkk macamana tu eh? boleh ke saya pegang benda tu? satu hal lagi, prob yg selalu saya alami bila saya kena tuangkan beer ke dalam gelas bos saya.. huhu. Tapi mlm tadi saya sengaja dok jauh2 dari botol tu supaya saya tak perlu menuangkan benda alah tu.

balik semula citer restaurant ni. Bijan Restaurant ni bukak dari pukul 4.30ptg.. jadi utk dinner saje la sbnarnya ya. kalau call pagi pon mmg akan masuk voice mail punya. xde org pon keje pagi tu. tempat dia mmg exclusive la.. mlm tadi saya tgok hanya saya sorang je melayu kt sana.. yang lain semua foreigner. omputih ada org jepun ada dan mcm2 jenis org lagi la..

saya orderkan mknn utk bos2 saya.. kesimpulannya mmg diorang sgt2 suka dgn mknn yg diorder. dah habis mkn, tetiba bos saya boleh nk berckp2 lagi...huhu padahala saya tgok yg lain dah mcm tak larat dah (ngantuk + kenyang).. tapi biasa la kalau dah mabuk tu, dia punya nk berckp mmg menjadi2 la kan.. so terpaksa la order dessert plak. diorang semua ambik ice cream tapi saya teringin nk mkn sagu gula melaka. saya bayangkan sagu gula melaka kt sini best la mcm kt Madam Kwan tu tapi... hampeh la.. nyesal okey order benda alah ni. last2 tak habis pon ;/
presentation dah baik (spt dlm gambar yg dicilok dr google ni) tpi rasa dia mmg hampas la..nyesal plak tak oder aiskrem ;)

No comments:

Post a Comment

☆☀♥ feel free to leave your comments ♥☀☆

Related Posts with Thumbnails

Ramai jugak yang baca entry ni.....

 
Go To Top