SOLAT adalah WAJIB
sudahkah anda menunaikannya?

Thursday, August 19, 2010

Air mata ibu


Saje je sambil2 buat kerja kt office, saya dengar ceramah agama daripada Ustazah Siti Nor Bahyah. Ermm actually banyak ceramah motivasi yang saya save kt dalam PC ni.. tapi boleh kata sebulan sekali je kot dengar..hahaha ;p Ok apa, dengar orang mengaji Quran hari2....sebut pasal mengaji Quran ni, bila la nk habis surah al-baqarah? huhu saya masih lagi blom habis baca surah al baqarah tau. mana taknya.. lepas magrib je baca Quran.. lepas subuh, kejap je baca. ermmm macamana ni??? Azamnya nk khatam bulan Ramadhan nih..tapi apakan daya ;/

Eh, dah jauh lari tajuk... "Air Mata Ibu"

IBU adalah seorang yang besar pengorbanannya... IBUlah sumber kekuatan kita, oleh itu kita WAJIB hormat dan buat baik.

Macam nk menitis airmata bila dgr ustazah bercerita pasal ada orang yang tak berperikemanusiaan mengurung ibu dia sendiri dalam kandang belakang rumah. Bagi makan ibu dengan tempurung sbb ibu dia sakit batuk kering, takut berjangkit dgn anak dia..huhu KEJAM sangat, kan?

Pastu ada kisah kalau orang tua mintak sedekah. Kalau kita tak nak bagi, tak payah bagi, tak perlu nk kutuk2 dia. Eh, kadang2 saya pon ada terpikir, dah tua2 pon kenapa minta sedekah? dia ni xde anak ke? ermmm ustazah cakap kalau rasa nak bagi, bagi, kalau taknak, duk diam2 je. Ermmm sedih bila ustaz ckp boleh tak bayangkan bila org tu adalah ibu kita? huhuhu TIDAK....

Orang tua ni tak cukup dengan 'benda' sahaja. maksudnya kalau kita bagi dia 'kebendaan' pon, tak sama dgn kasih sayang. orang2 tua ni perlukan kasih sayang. dia nak dimanja jugak, kan?

kenapa eh ada anak2 menganggap ibubapa ni macam menyusahkan mereka? TAK BAIK, kan? Tiap kali raya, mesti saya nangis kalau tgok ibu atau bapa yang ditinggalkan kt rumah org2 tua.. sedih sangat sbb mereka langsung tak jenguk. ada yang mak ayah dah tak boleh nk maafkan anak2 diorang.. ermm macamana eh kalau mak ayah ckp mcmtu? hidup anak2 diorang mesti tak aman. mungkin diorang hidup 'senang' sekarang tapi siapa tahu, nanti2 Tuhan balas, kan?

sangat insaf... jom call mak hihihi ;-)

No comments:

Post a Comment

☆☀♥ feel free to leave your comments ♥☀☆

Related Posts with Thumbnails

Ramai jugak yang baca entry ni.....

 
Go To Top