SOLAT adalah WAJIB
sudahkah anda menunaikannya?

Wednesday, July 28, 2010

Gatalnya..

Tergerak hati nk cerita pasal org gatal. Apsal org gatal a.k.a miang eh? Kadang2 menyampah jer dgn sikap miang dia. Eeeeeeeee tak suka, mengganggu okay!

Baru sat tadi ada security guard dtg bilik saya, bertanyakan kt mana dia nk dapatkan signature seorang pegawai iaitu Puan X. Tersengih2 macam apa..tak professional langsung cara dia bertanya.. so saya mmg tgh sibuk masa dia dtg tu, so muka saya mmg serius giler. Tanpa pikir panjang, saya tunjuk la bilik Puan X tu kt depan ni je (sambil menunding jari kearah bilik Puan X). Tapi security guard tu masih kt situ dok sengih2 lagi..huhu haru, okay!.

security guard : Kt mana.. tak tau la, boleh tunjuk?

Saya: (ermmm ngadanya. Tak nmpak ke org tgah sibuk nih.) ala kt depan ni je la.
(So dgn agak bengangnya saya keluar dan tunjuk bilik Puan X tu.. ermmm nk suruh saya bangun dr kerusi saya jugak agaknya baru nk paham…haih!)

security guard : terima kasih eh

Saya: sama2

***** Okay… baru saya teringat. Ini la security guard yg dtg last week, bertanyakan benda yg sama dan tersengih2 mcm last week jugak. Oooooooo dia ni mmg gatal agaknya. Takkan la dah dtg last week pon sudah lupa bilik Puan X? haihhh… apsal la dia nih????

Terbantut kerja saya sekejap sbb memikirkan dan nk mengesahkan yg dia ni mmg org yg sama dgn yg dtg last week. Mmg tak salah, dia la orgnya.

Setelah selesai urusan dia dgn Puan X, dia lalu lagi depan bilik saya, SINGGAH(saya ingat dia nk ucap terima kasih je dan blah tapi…)

security guard : cik dah minum ke?

Saya: eh.. dah dah

security guard : jom minum dgn saya (sambil tersengih2 macam apa daa…)

Saya: (erkkkkkkk tak salah lagi dia mmg gatal..huhu) takpe la.. saya dah minum lagipon saya byak keje ni..

Lalu dia blah dgn KUCIWA…haha

Eh, tak habis lagi, dia lalu skali lagi, dia ckp “saya tertinggal barang kt bilik Puan X… “(ermmm apsal nk bgtau saya?! Haruskan bgtau saya?huhuhu pegi la ambik kalau ya pon tertinggal.. ada saya KISAH ke? Hoho)

Bila dia lalu ontheway keluar, saya dah mmg x angkat muka dah sbb dah tau dia akan lalu lagi sekali nk keluar pintu…huhu tk nmpak ke INAI di jari nih? Excuse me, saya dah kawin la encik security.

Saya tak marah kalau dia betul2 tak tahu bilik Puan X tapi mmg tak logik la dia nk tanya saya untuk kali ke2 berturut2.. pastu dgn muka miangnya. Sori la bukan saya nk kutuk. Saya berhati mulia sekiranya dia mmg x tahu. Tapi dgn gaya nk mengurat tu membuatkan saya GELI…

No comments:

Post a Comment

☆☀♥ feel free to leave your comments ♥☀☆

Related Posts with Thumbnails

Ramai jugak yang baca entry ni.....

 
Go To Top