SOLAT adalah WAJIB
sudahkah anda menunaikannya?

Tuesday, November 17, 2009

AKU DAH BOSAN MENJADI SEORANG SUAMI

Sekadar luahan perasaanaku dah kawin 4tahun sudah.ade 2 orang anakanak pertama perempuan umur 4tahun. anak kedua lelaki 2tahun; isteri sorang (berkerja sebagai kakitangan awam)aduh, penat betul mejadi seorang suami, seorang bapa.

aku bosan/ aku bengang/ aku meyampah / aku tension/ bila isteri aku tak pernah hiraukan persekitaran rumahtangga kami.korang bayangkan jaduah harian aku jadi suami..isnin hingga jumaat, 8.00pagi hingga 6.00 kejesampai rumah jam 6.45petangaku penat, al maklum la Kl ni jalan jem bergantang gak kena tunggu n sabar.nasib tempat keje aku dekat gan rumah.

sesampai aje rumah, rumah berselerak macam kapal lanun baru lepas menyamun ohang, isteri aku balik awal dari aku. tapi dia tido dan kadaang2 dia tengok TV sambil lantai berpasir. anak2 leka bermain. aku tak suke dok dalam keadaan mcm nie. Bila aku tegur isteri aku kenape tak kemas... dia naik hanginnnn...dia mengamuk...muncung dia jangan cakap la...boleh dibuat straw. biarpun dia memerontak kena tegur, dia tak kan buat..akhirnya aku ler yang buat demi keselesaan aku dan anak.

Lepas kemas persekitran dalam rumah. aku keluar beli makan malam lak. Aku beli makanan, aku ingat isteri aku akan buat persediaan seperti letak pinggan atas meja makan ke, buat air sirap ke..atau ape2 yang perlu tapi dia xbuat. aku malas nak tegur n marah, aku buat. bila aku tengok anak2 aku, aku tak jadi nak emosional, dapatlah depan rezeki. lagi sekali lepas makan. aku ingat dia akan kemas semua yang telah digunakan tadi. rupe nye xjugak. aku lah kena kemas. sib baik anak sulung aku rajin sikit dan memahami dari ibunya. ok la kot...

tentang sjop kerja aku isnin hingga jumaat...aku nak citer jadual kerja aku sabtu hingga ahad celik biji mate 6.45pagi hingga ( aku kene buat kerja sampai malam jika tak tido)mandi.. beli sarapan, buat air/ buat persediaan sarapan untuk diletak atas meja.lepas sarapan, aku kemas meja na basuh pingganlepas sarapan...bini aku onkan TV n lepak atas sofa. aku teruskan kerja hakiki aku, basuh baju yang seminggu sekali kena basuh tu. Banyak nie bila berkumpul banyak la jawabnya. aku basuh guna mesin. jam 10.30pagi aku jemur kain..lepas siap n settle kerja aku lepak jap.

aduhhhhhhhhhh....penatnya.jam 1petang, anak-anak bising lapau nak makan. isteri aku xkan masak n tak pernah masak. aku tanye diorang nak makan ape. aku pergi beli. ok, sampai rumah. ada satu hari tu..ya...allah aku lupe nak masak nasi dulu sebelum aku kuar beli lauk tengahari tadi. Anak aku no.2 dah bisng n nagis sebab lapau. nasi xmasak lagi. Isteri aku buat xtahu je. sib baik anak aku boleh dipujuk.nasi masak. bila semua dah terhindang, aku panggil isteri aku makan.ok.semua dah sipakan. isteri aku sambung tengok TV sinetron di astro..anak2 kuar main gan kengkawan diorng.aku sibuk kemas.dah petang, kain kena angkat dijemuran. dah ler aku angkat, aku jugak yang kena lipat kain.susun n seterusnya malam...aku ingat nak berehat, malam minggu aku nak gak kuar gan kawan2 lepak kat kedai mamak atau mane2.. tapi bila aku keluar bini aku akan muncung samabil perhatikan dengan tak puas hatinya. dia sms...jangan balik lambat sangat atau pintu saya kunci dari dalam...aduh... pening aku.aku pun tak faham ape aku luahkan nie.. persoalannya ;

1. Bila aku tanye isteri aku kenaPE malas buat kerja rumah..dia jawab, SAYA DAH MENGANDUNGKAN ANAK AWAK 2ORANG, ITU PENGORBANAN SAYA UTK AWAK...AWAK KENA LA JUGAK KORBANKAN...KENE LER URUSKAN RUMAHTANGGA KITA...

2. aKU SELALU DISINGDIR DGN KAWAN2, DIORNG KATE AKU NIE PENAKUT GAN BINI SENDIRI. NAK KUAR RUMAH XBOLEH TAPI DIKERAH BUAT KERJARUMAH.

3. aKU MALU, BILA JIRAN2 TANYE N TENGOK AKU MENGURUSKAN / KEMAS RUMAH.

4. SALAHKAH AKU BILA AKU DAH SIAPKAN KERJA RUMAH AKU KUAR GAN KAWAN2 AKU LAK.

5. kENAPE LER AKU SAYANG SANGAT ANAK BINI AKU NI..

** dipetik daripada satu forum.... hangat perbincangan mengenainya... ada jugak isteri yg mcm ni dlm dunia nih (",)
Kesian sungguh husband dia...punya la baik... tp mungkin ada sbb kenapa bini dia buat mcm ni... mcmne bermula, kenapa, itu yg perlu dikaji... mungkin husband dia terlepas pandang benda2 mcm tu...

No comments:

Post a Comment

☆☀♥ feel free to leave your comments ♥☀☆

Related Posts with Thumbnails

Ramai jugak yang baca entry ni.....

 
Go To Top