SOLAT adalah WAJIB
sudahkah anda menunaikannya?

Monday, October 31, 2011

Lapar sungguh

Last week masa saya pegi check up, berat badan saya adalah tak naik2 daripada sebulan lepas. So, misi tu tandakan dgn pen merah. Tapi, saya rasa saya dah berselera sikit sekarang berbanding ari tu. tapi kenapa berat tak naik2?

Harap2 raya haji ni saya berselera makan ramai2 kat kampung. biarpun balik sekejap je, tapi, harap2 saya ada la selera nk makan.

Hari ni pun selera makan tak de. pagi tadi bawak bekal bihun goreng yg husband goreng mlm tadi. tapi pagi tadi sgt2 takleh nk masuk tekak. paksa punya paksa boleh la 3 suap masuk mulut. pastu simpan mkn tghari. ni baru lepas makan bihun tu. nasib baik elok lagi. panaskan dlm microwave then makan. tapi selera tu tak mcm selalu. OOohhhh kenapa la saya tak lalu makan ni? risau weh...

Hari tu misi tu bising2 jugakla sebab saya cakap saya tak lalu makan. Pastu misi cakap saya tak makan vitamin b complex yg dia bagi tu. dia ckp kalau u makan b-complex, mesti ada selera. Eh, mana lah saya tahu, dah tak selera apa nk buat? saya mmg la makan vitamin b-complex tu tapi vitamin tu buatkan saya rasa lapar je memanjang. bukan bukakkan selera saya. lapar, tapi tak selera nk makan...seksa tak?

takat ni kalau lapar saya makan keropok. paling saya suka skg ni adalah keropok nipis2 tu. kat rumah goreng banyak2 buat stok. balik kerja lapar je, capai keropok dulu sebelum mandi. Serius skg ni lapar menjadi2. Tapi malam, sya atakleh makan nasi. ermmmm mungkin jugak sebab tu berat saya tak bertambah. Saya takde selera langsung la nk jamah nasi.

Pernah cuba makan nasi, maybe dalam 2 suap je kot boleh paksa masuk...huhu sedih tau :(

Alhamdulillah susu saya boleh telan. Harap2 baby dapat zat2 daripada susu tu..hehe

No comments:

Post a Comment

☆☀♥ feel free to leave your comments ♥☀☆

Related Posts with Thumbnails

Ramai jugak yang baca entry ni.....

 
Go To Top