SOLAT adalah WAJIB
sudahkah anda menunaikannya?

Tuesday, June 14, 2011

Tukang jahit oh tukang jahit..

Biasanya saya tempah baju kurung, kebaya ke baju ape2 ke semua kat kampung. Reason?? of coz sebab murah berbanding kt kl ni. Pastu jahitan dia cantik la jugak. Tapi yang saya peliknya bila saya tempah baju kurung yang jenis berfesyen2 sket, mula la saiz berubah2. Bayangkan lah kalau bulan ni saya tempah, saiz dia muat2 dgn saya. bulan depan, saiz akan jadi besar (ape dia ingat saya menggemoks ke?), pastu yang paling latest, kecikkkk yg amat. Baju ok je (biasa mmg saya puas hati dia jahit baju). tapi kain, kecik lebih kurang 2 inchi. logik ke kain kecik? well, punggung dgn peha besar gedabak ni nk letak mana?

Mula2 masa saya try pakai, mmg menggelabah habis sebab mmg saya ingatkan peha dgn punggung saya mmbesar bagai juara. Dah nak nangis dah time tu. nasib baik masih boleh kawal emosi. kalau betul la saya membesar, mau saya diet gila gila punya..haha ;p.

Tapi bila saya bandingkan dgn kain baju2 sebelumnya, huuuuu lega sebab kain yang baru dijahit tu kecikkk bukannya saya yg menggemoks tak tentu pasal. Syukur :)
see, jauh bezanya. padahal org yang sama je jahit ni..

besar ok bezanya.. 2inci atau lebih...
Dah la baju kain cotton tu saya buat singkat. mau koyak kain tu kalau saya pakai kang. Balik kg nanti nak suruh jugak la dia oter. pandai2 la dia nk buat mcmne...huhu. sungguh tak logik. saya tak pernah ubah ape2 measurement pun dari beberapa tahun lepas. mmg sekali je dia ukur badan. lepas tu asyik la saya duk menempah baju kt dia. ke dia salah ambik measurement org lain ek?

Ada baju kurung hijau yang saya tempah (dah lama), dia buat besar sikit. eh, bukan sikit sebab nampak sgt menggelebeh. tak selesa la pakai kalau menggelebeh. pastu ada kebaya sulam pun besar. dah la kebaya tu pendek, pastu dia buat besar... huuu sgt tak sesuai. dah la kain baju kebaya tu adik ipar kasi.. sayang sayang sayang sgt. Ada baju kurung moden dia jahit fit2 aje. huuu so confius la dia ni. ambik ukuran sapa sebenarnya.

Kalau beli kain mahal2, kalau  jahitan tak fit, tak best, mmg rasa sgt2 tak berbaloi.

No comments:

Post a Comment

☆☀♥ feel free to leave your comments ♥☀☆

Related Posts with Thumbnails

Ramai jugak yang baca entry ni.....

 
Go To Top