SOLAT adalah WAJIB
sudahkah anda menunaikannya?

Monday, June 13, 2011

Episod pindah

Kalau sebut 'pindah' ni memang saya tak suka sebba kena packing barang lepas tu unpack semula...huhu cukup la 10 tahun skali..hehe over ;p. Tapi kalau dah terpaksa memang la kan. penat tau nk kemas2 barang yang dah lama kita guna.

Ni minggu terakhir saya kerja kat sini. Banyak sgt barang nk kena bawak balik. Ye la, sebelum ni, office ni jadi rumah kedua saya. Dulu masa bujang kalau boring hari minggu (maklumla takde pakwe ;p), saya mesti dtg office. Lagi suka kalau bos dtg, mesti tak rasa hari minggu malah penat yg amat. Tapi puas hati la sebab takde masa nak meratapi nasib bujang sorang2..haha :)

Saya dah slowly packing apa yang patut masa lebih kurang 2 minggu sebelum pindah. Tapi biasa lah.. kejap2 teringat yang dalam laci tak kemas lagi, yang personal dalam kotak belum kemas. 'Kemas' tu maksudnya buang yang tak perlu, cuma ambik yang perlu. 'kemas' tu bukan maksudnya sebelum tu berterabur bagai...saya dah mmg selalu kemas pung...haha ;p

Jadinya setelah dikemas2, jadilah macam ni....banyak, kan? Ni baru 3 tahun keje kat sini. kalau lagi lama....mau tak muat kereta ;p
tadaaa ni dah lepas pilih2 dah ni. banyak jugak, kan?
beg ni berat yang amat...mcm2 ada
ni isi benda kecik2..biasa la pempuan ;p
Yahoo dah siap kemas dah. lega sangat rasanya. Tapi file2 yang dalam komputer belum save dalam hard disk lagi. Ingat nak beli external harddisk tapi last week pegi wangsawalk terbeli pendrive 8G. Yang dah ada pun boleh guna lagi. so, tak perlu lagi beli hardisk. nanti2 kalau ada pc fair boleh la nak beli hardisk buat simpan gambar semua. 

So, skg ni datang office just untuk setelkan yang ada kaitan dgn email sahaja. Selepas ni dengarnya bos tak mau ambik org. Tapi ye ke? biar la diorang.

No comments:

Post a Comment

☆☀♥ feel free to leave your comments ♥☀☆

Related Posts with Thumbnails

Ramai jugak yang baca entry ni.....

 
Go To Top