SOLAT adalah WAJIB
sudahkah anda menunaikannya?

Friday, May 6, 2011

Tuhan punya perancangan yang lebih baik..terimalah seadanya :)

Hari tu saya call wish birthday anak buah saya kt kg. Saya ingatkan anak buah saya 5 tahun. Rupanya dah 6 tahun. Can u believe it? Rasa cepat sgt masa berlalu. So, bila anak buah saya dah 6 tahun, kakak dgn adik saya dah 7 tahun berkahwin... ooohhh terus tak dapat terima kenyataan. Saya belum pun setahun kawin. Ketinggalan kapal terbang dah saya ni, bukan takat keretapi...huhu ;/

Jauh gile beza kitorang. terus nk cucuk botox bagi nampak muda remaja ;p. Kakak saya kawin bulan 1 adik saya kawin bulan 6 pada tahun yang sama iaitu 7 tahun lalu. Masa tu saya masih single, takde boyfriend (boleh caya ke ;p). Senang cerita, saya takde jodoh lagi masa tu. Kalau tak, mesti saya dah kawin dulu (kot). Masa tu mak saya siap offer suruh saya kawin. Calon xde ma, caner nk kawin. Lagi pun ambik engineering, tough kot nk study kalau dah kawin. Dulu masa study saya jarang tido. Sebab dulu banyak habis masa untuk menimba ilmu kononnya. Macam kakak dgn adik pun kawin masa diorang final year. Masa tu dah nk practical semua. Takde masalah bagi course diorang... alasan tu cukup kukuh saya bagi mak saya. Diorang lepas study takyah sibuk cari kerja. Kerja yang dtg cari diorang. Macam saya ni complicated sikit. Nak yang mencabar ajer. last2 mmg mencabar sungguh jadinya.

Dalam keluarga, saya seorang yang berdikari. semua saya nk buat keputusan sendiri. Tak suka la org tentukan walau mak ayah sendiri. DEGIL la perkataan yg lebih tepat skali. Bagi saya, saya nk kerja dan merasa hidup bujang sebelum kahwin. Skg, tgok padan muka kawin lewat kaaannnn. Best apa..hehehe ;p

Dulu abah suruh ambik doktor macam kakak tp saya degil. kononnya nak jugak engineering sebab minat. Padahal kalau ikut cakap abah, senang takyah nk pikir susah payah cari kerja, tukar kerja bagai. Tapi, Tuhan kan merancang yang lebih baik untuk kita. Semua tu kita tak tahu. Kalau tak, saya tak merasa la nk hidup bujang, merasa duit titik peluh sendiri sebelum kawin semua tu. kalau jadi doktor confirm mak suruh kaiwn cepat macam kakak. Sebenarnya hidup bujang banyak memberikan saya pengalaman yang tak mungkin saya lupakan. Pengalaman yang mematangkan saya. Pengalaman couple/berkawan dgn pelbagai golongan. Dari situlah saya belajar erti kehidupan.... huhu

Saya dapat anak buah yang sulung masa saya baru habis final exam. tapi masa tu saya dah dapat offer kerja dr professor saya. Disbbkan anak buah saya tu sulung, maka mmg saya manjakan dia sgt2. Lepas 4 bulan dapat pulak anak buah sulung lelaki. Wah, mmg hepi giler. Mmg saya manjakan. tido pun saya jaga ;-)

Lepas tu, anak buah adalah berderet deret. Sekarang saya ada 5 org anak buah. Adik saya dah ada 3 org anak. Bila dah kawin, anak buah adalah berpuluh2. Entah berapa tak cukup dua belah tangan nak kira ;p

Gambar ni semua dengan anak buah belah husband saya. mereka sangat comel kn. Budak2 mmg comel ;-)

Kaitan entry meraban raban dgn tajuk utama? Ada lah sikit sikit (sikit je ke? ;p)

No comments:

Post a Comment

☆☀♥ feel free to leave your comments ♥☀☆

Related Posts with Thumbnails

Ramai jugak yang baca entry ni.....

 
Go To Top