SOLAT adalah WAJIB
sudahkah anda menunaikannya?

Tuesday, May 31, 2011

Sesaknya macam nak raya!

Semalam saya berjaya shopping dgn jayanya. Huuuuu dah kurus dah purse saya nih :(

Tapi takpe, puas hati gila dapat shopping. Saya pergi jalan TAR semalam. ramainya manusia.. saya rasa macam dah dekat nk raya pulak kt situ. dengan khemah2 jual baju, tudung, bunga dan macam2 lagi. Apekah festival sempena cuti skolah? huuuu tapi mmg dasyat la masing2 shopping. Ehemmmm saya pun tak ketinggalan jugak ;p

Mula2 ingat nk masuk arked2 kedai yang jual kain pasang tu je. Lepas tu dengan kepala pusing2, saya lebih rela menerjah Jakel yang ada aircond tu daripada berjalan dari satu kedai ke satu kedai... Bila masuk jakel pun, org berpusu2.. ingatkan ada beli 1 percuma 1...hahah. rupa2nya diorang sibuk dok beli kain untuk buat baju raya. dgn yang duk pilih2 langsir la dan mcm2 lagi la. penuh org dlm jakel tu. mmg la ada diskaun. Tapi saya rasa diskaun mcm biasa je punn..

So, setelah lebih kurang 45 minit mcm tu, saya berjaya membeli 6 pasang kain yang telah menyebabkan purse saya kurus kering. Nak pilih yang cantik aje kan, mesti lah yang cantik2 tu tak berapa nk diskaun la.. Tapi 6 pasang tu bukan untuk saya pun. Eh, sepasang je kot untuk saya. Tu pun mcm tak pasti saya punya ke atau nk bagi mak saya. eh,,,hahhaa ;p

Sekarang ni Jakel ada buat cabutan bertuah. Kalau beli lebih RM ***, cabutan bertuah dia motor, Kalau lebih RM ****, cabutan bertuah dia kereta. Saya tak tengok detail dia. tapi lebih kurang mcm tu lah. So, saya pun isi jugak borang cabutan bertuah tu. Tetiba balik rumah, tengok resit, ada cop 10% ariani. eh, kenapa saya tak tengok masa kt kedai tadi? Ariani depan tu je pun... huuu rugi. Ariani pun ada buat sales jugak. tapi saya kan dah pening kepala tambah2 takut tinggal tulang je purse saya nanti. Tak berani ambik risiko ok. Lain kali je lah.

Sebenarnya dah alang2 nak balik kampung ni kan, terus la shopping untuk mertua saya (saya ada 2 mak mertua. korang ada? :p), pastu hadiah untuk anak buah saya yang baru kahwin 2 org (bagi kain je lah senang. boleh diorang tempah baju), sepasang kain untuk sedekah dan sepasang kain yang saya suka (tp tak sure nk ambik ke nak bagi mak saya). Mak saya tu sekarang kan dah pencen. baju2 kerja dia masih baru dan banyakkkk sampai tak muat almari. nak buat raya ok jugak. ke nak bagi benda lain. Tapi dah beli handbag dah last week. rasa mcm nk bagi sandal pulak kot. entah. tengok keadaan.

Baju raya saya tak beli sebab macam nak beli yang dah siap. ready made sajo lah. malas nk tempah2 ni. Lagipun tailor yang biasa saya hantar ni kalau nk buat baju fesyen2 ni kadang2 fail lah. tang kain tu yang kurang gemar sket. dia main potong je. kadang2 tak selesa tang kain. baju ok je. kena cari tailor lain kot..tapi tailor tu dah biasa dan boleh aje kalau nk suruh dia jahitkan cepat (potong queue ;p). hehehe plus harga pun still tak mahal sgt.

**yeay, esok balik kampung. cuti cuti dari kesibukan kl... nak menyibukkan kan diri kt kb plak ;p

No comments:

Post a Comment

☆☀♥ feel free to leave your comments ♥☀☆

Related Posts with Thumbnails

Ramai jugak yang baca entry ni.....

 
Go To Top