SOLAT adalah WAJIB
sudahkah anda menunaikannya?

Wednesday, May 4, 2011

Pesta Buku 2011 - hasil rondaan pertama

Ni cerita dah basi tapi tetap nk update jugak.. hari jumaat lepas, saya pergi pesta buku (seperti biasa la sorang2 je :( ). Kebetulan pulak encik suami cuti, mintak dia drop kt pwtc tu sebab dah tau dah ramai sgt2 la tghari jumaat tu kan. Jalan sesak macam ape je, dgn org yang tak bertanggungjawab parking merata tgh tgh jalan macam jalan bapak dia je. Ramai kot ngaku bapak dia yg punya jalan tu sebab tu perangai tak senonoh parking merata.

So, saya ada masa dlm 2 jam lebih je dalam tu. Ronda punya ronda. Saya nak cari buku nihongo tp tak de or saya mmg tak jumpa. saya rimas sgt2 dgn org yang jual2 buku budak2. Bukan diorang jual buku. entah pakej pendidikan awal kanak2 ke ape. macam nk paksa. saya cakap saya takde anak pun dia nk jugak suruh dgr. Eeeeiiiiii benci la diorang ni. lepas tu ikut je kemana kita pergi. Saya yang nk belek2 buku kanak2 utk anak buah pun tak jadi sebab kang dtg pulak geng jual2 ni nk promote buku utk kanak2 tu... terus cancel tak jadi beli buku anak buah.

Apa yang saya tengok dalam tu mmg banyak buku2 ilmiah dan buku keagamaan. Bagus sgt. saya suka ;-). Duduk belek2 rasa macam nak beli semua. sebab semua macam nk baca dan perlu baca. Last2 keluar satu booth ke satu booth.eh, tak beli pun...hahahaha sebab asyik la duk ingat nk beli kt booth depan lagi la ape..hehe ;p


Sikit je saya beli sebab asyik membelek sesaje...hehe ;-)

"Mak, Abah...Redailah anakmu"
Buku ni best. Malam tadi baca. Huuuu terus rasa mcm anak derhaka :(

"Cakar Harimau"
Buku ni SANGAT BAGUS. Beli dan bacalah ;)
"20 Tips Agar dicintai Suami"
pun patut dibaca oleh isteri. Bagus sgt. Cinta perlu dipupuk. Walaupun kita sudah dicintai oleh suami, kita perlu selalu bajai cinta tersebut. Cinta boleh pudar jika tidak dijaga dgn baik. ehemmmm. Banyak tips dlm ni.
"Panduan Solat Lengkap"
Ni antara yang saya aim. lama dah nak beli. Tapi saya nk beli yang lain. isi lebih kurang je. Tp last2 yg ni saya ambil. Bagus sgt. perbetulkan yang mana tak betul selama ni. Siap ada gambar ;-)
Ini je kot yang saya sempat sambar..hehe ramai sgt orang. Saya ingatkan sabtu nk pegi lagi tp sebab penat jumaat tu, terus tak jadi. Belum habis ronda ;( . Nak cari buku pasal management pun tak jumpa booth tu. Buku corporate comm pun tak jumpa jugak. Mana nak jumpa sebab asyik la duk menyinggah kt booth lain. Tengok2 jam dah dekat 2 jam. barulah kelam kabut nk g solat.

Alhamdulillah surau besar. Dan ada kaum lelaki ni yang tak g solat jumaat tengah solat zohor secara berjemaah. boleh ke eh? Saya tak tahu la hukum dia mcmne. tapi ramai yang solat zohor kt situ.

Ada masa, saya baca buku2 ni dan buat summary ;-)

** Lately ni sibuk fikir itu ini. Banyak benda nak kena buat, nak kena consider, nak kena give and take, nak kena fikir, nak kena jadi super women dan macam2 hal lagi. Rezeki takkan datang bergolek kalau tak dicari. Ganbarimasu ne!

No comments:

Post a Comment

☆☀♥ feel free to leave your comments ♥☀☆

Related Posts with Thumbnails

Ramai jugak yang baca entry ni.....

 
Go To Top