SOLAT adalah WAJIB
sudahkah anda menunaikannya?

Wednesday, May 4, 2011

Hectic day @_@

Semalam adalah hari yang hectic. Pagi sampai dari kampung pukul 4 lebih. Ambik kereta kt rumah abang ipar terus drive balik rumah sorang2. 1st time naik bas dari kampung sorang2 sejak bergelar isteri. Sampai2 rumah parking pulak takde. terpaksa blok kereta org. ingatkan boleh la nak baring2 nk rehatkan badan kejap tapi tak boleh sebab nk kena intai2 kot2 kereta yang saya blok tu nak keluar. tengok2 dah 6.30 baru ada kereta keluar. Alihkan kereta masuk parking dan terus mandi siap2 nk pegi kerja. ngam ngam masa nak keluar tu hujan lebat la pulak. Maka dalam kebasahan la berlarian ke kereta. Rasa nak cuti je sebab nak rest. sakit belakang takyah cakap la. duduk dlm bas asyik2 terjaga je. Tapi disebabkan pukul 6pagi dah tet tet tet tet sms dari bos masuk, lupakan sajalah nita REST tadi.

Datang datang office, terus beli breakfast. Lapar giler sebab semalam tak makan. tengahari tak makan. Petang makan sate 3 cucuk. Sate semata tanpa nasi himpit sebab takut sakit perut..huhuhu seharian sakit perut cirit birit, saya lebih rela berlapar dari ulang alik ke toilet. Malam suami bekalkan roti pun tak makan sebab takde mood nk makan.

Nasib baik dah makan breakfast baru ada orang kacau. Kalau tak, mau mengamuk saya. Tak alih2 saya kena join meeting awal. ermmm takpe lah sebab mood agak baik, saya ok je. At the end, diorang tinggalkan kt saya je. So? nasib baiklah japanese ni mmg baik dan suka berborak. kalau tak, mmg mati kutu jugaklah. Diorang ni nice sgt. walau first time jumpa, dia dah ajak saya pegi sana. kalau pegi, dia suruh contact..hehe ;)

Lepas dah habis segala urusan japanese visitor tu, ngam ngam saya kena bersiap sedia nk pegi interview pulak. Ermmmm ikutkan mmg menggigil la. sebab dah lebih 3-4 tahun kot tak interview. Tapi interview kali ni entah saya rasa sgt nak pergi..hehe ;)

Bila dah park kereta, kena jalan sikit (cross jalan dan jalan dalam 30 meter kot nak sampai entrance). Tengah jalan tu, hujan turun dgn hebatnya. Dengan pakai kasut heels nya nak lari? tak dapat la. terpaksa berbasahan sambil jalan laju laju. nasib baik tak kuyup.

Sampai2 company tu, nak kena isi borang bagai. Ni la part yang saya paling tak suka kalau pegi interview. padahal dia dah tgok dah resume kita tapi masih merapu2 nk kena isi. saya isi yg penting je. dah la basah sejuk, kau nk suruh aku isi mcm2 pulak.

Masuk bilik interview, rasa macam bos nk makan saya je. Bekeng giler orangnya. Bila tengok dia bekeng, saya pun mula la buat muka kerek, lantak la. takde aku nk herannya kau nk garang2. malas nk layan. bila saya jawab dgn kerek, terus dia tukar tone...hahahhaa. Ok, borak punya borak. mmg santai je interview dia :)). Dia nak saya duduk kt office, buat management interms of technical. Saya mmg no offence la kalau dia offer mcm tu. Lagi suka sebenarnya. Not bad kot rasanya. But, tengoklah macamana. Saya nk fikir pasal kerja sekarang ni. Nak hand over kat sape? Dah la saya sorang2 kat sini. Saya perlukan pengganti sebelum saya berhenti. pengganti yang boleh buat kerja saya. Nak kena prepare nk bagitau bos lagi. and so on. ada jugak kemungkinan bos tak bagi saya resign. apa2 pun banyak benda nak diambil kira campur tolak bahagi sebelum saya buat keputusan. Insyaallah ada jalannya ;)

Bila dah habis interview, keluar je bangunan, guruh berdentum, hujan lebat. Payung mana nak beli? takde jual pun kt kedai situ. huhu. lalu kugagahi jugak meredah hujan. Takkan nak tunggu hujan berhenti. macam sampai malam je hujan ni. Terus la habis basah baju kasut dan sebagainya. menggigil nk bayar parking sebab sejuk sgt. Jalan pulak jem macam ape. Hujan katanya mmg jem la. fedap betul kl ni. hujan je jem, hujan je jem. Sampai rumah dah pukul 7. penat giler.. otak berserabut ;/

sebelum tido saya baca buku ni
Best sampai teringat2 kat mak ayah kt kampung. Walau baru je jumpa kelmarin tapi banyak yang perlu diperbetulkan. Hubungan kita dengan mak ayah kita. Jangan pandang remeh ya.

Sebelum tu sempat jugak meratapi nasib sorang2. takleh nak tido walau paksa mata untuk pejam. tengoklah sampai basah bantal ;p
Mata hidung muka memang merah menyala. Bangun pagi muka sembab, mata sembab siap ada eye bag lebam.

Malam tadi rasa sampai nak bercakap dengan dinding je. sebab takde orang nak luahkan perasaan. penat, gembira, sedih semua bercampur. Nyanyi sorang2 sambil menjerit macam orang gila rasanya. lepas tu takut dengar bunyi mcm2 dari rumah atas kot... errrmmm tak sukanya duduk sorang2 :(

Tido sorang2 asyik terjaga. Nak g bilik air tapi takut walaupun 4 langkah je bilik air tu dari katil. huhu...

2 comments:

  1. biasalah duduk sorang2. husband takde beberapa hari..huhu

    ReplyDelete

☆☀♥ feel free to leave your comments ♥☀☆

Related Posts with Thumbnails

Ramai jugak yang baca entry ni.....

 
Go To Top