SOLAT adalah WAJIB
sudahkah anda menunaikannya?

Monday, May 16, 2011

Makan banyak penyebab?

Hari minggu lepas memang saya nanti kan. Nak nak last week, mmg tak menjadi je kerja kat office. ada saje yang tak kena. mmg tak de mood nak kerja katanya ;p
Bulat tak pipi? bukan pipi je yg bulat skg ni. lengan pun tak terkecuali..... terima kasih lemak. Banyak makan tandanya suka hati, kan ;p
Bila hari jumaat, wah rasa best sgt sebab esoknya takyah datang office dah..hehe ;p. Padahal saya takde plan langsung nak kemana2 pun weekend tu. Cuma mood nak kerja kt office je takde.
Bila dah tiba hari sabtu, bestnya berehat2 atas katil walaupun saya ada kelas tgahri. Pergi kelas macam pergi shopping je feeling dia..haha ;p
Sabtu, suami saya masak simple2 je sebab kalut ribut nk ke kelas. simple but makan bertambah. Apekah... hehe. Ahad pun suami masak. Special atas permintaan isteri nk makan ikan masak sambal tu.. bestnya. makan bertambah2. Walaupun sedar dah lemak sedang berkumpul. lagi la dia suruh tambah. Lengan saya ni dah gebus gebus dah ni. tahap dah takleh rasa tulang kemana dah. tulang dah invisible kot :(
Cakap pasal mengembang ni, bukan ape, saya ni dah la nak pakai baju kebaya dua tiga minggu lagi. Kang ada yang tak muat. Berderet ok wedding anak buah kitorang. 2hb jun anak buah saya kawin. sebelah rumah mak saya je. 3hb jun anak buah suami pulak kat area rumah mak mertua saya. ermmmmm. Ni tak ambik kira sepupu sepapat lagi. Yang lain saya rasa nk tutup mata sajo. malas la nak layan. kita balik kg nak habiskan masa bermesra dgn famili terdekat. Ni duk pegi kenduri sana sini, last2 rugi masa mcm tu je. dgn mak, adik beradik tak sempat nak berborak2 luahan perasaan. Kenapa ramai sgt org kawin bulan 6 ni? Saya pun tak terkecuali la hehehehe ;p

**tak suka balik kg tgh org sibuk sana sini kenduri. Dah la jem tu satu hal dah. barang makan pun mahal oo...masa berkualiti dgn keluarga pun tak dapat :(

No comments:

Post a Comment

☆☀♥ feel free to leave your comments ♥☀☆

Related Posts with Thumbnails

Ramai jugak yang baca entry ni.....

 
Go To Top