SOLAT adalah WAJIB
sudahkah anda menunaikannya?

Thursday, May 12, 2011

Dulu selalu, tapi sekarang ni :(

Dulu dulu masa bujang, saya selalu puasa isnin khamis (bukan nak riak eh). Tapi sekarang ni makin payah nak buat. Bukan sebab tak nak buat, kadang2 hari jumaat ingat nk puasa isnin depannya. last2 terbeli breakfast or tak niat or tak makan malam sebelumnya dan mcm2 lagi la alasan. Kadang2 encik suami tak bagi puasa, takut penat katanya. Ermmm bila dia tak bagi, takyah la kan? hehehee ;-)

Kadang2 saya teringat sgt nk puasa tapi masa tu saya tgh period..hahha mmg lawak. Nk bukak mulut bgtau kt suami nk puasa esoknya terus teringat yg saya tgh period.. heeee geram je. Asal nk puasa je tak boleh.

Masa bujang saya sendiri2 je kt rumah sewa. Balik kerja singgah pasar malam beli makanan berbuka. Sangat la sempoi. Saya tak suka makan kuih manis2 ni. Kalau puasa pun macam biasa je saya makan. Yang penting makanan utama je. Biasanya nasi la. Kalau tak lalu nasi baru makan benda lain. Singgah pasar malam semata2 nk beli sebungkus nasi. Tu je. Air ke kuih ke mmg saya tak pandang langsung.

Hari ni, dengan jayanya saya puasa ganti (insyaallah) yang tinggal sehari ni je. Yey! dah habis dah ganti puasa. Tapi hari ni saya kena skip gym la nampaknya. Takpelah. gym tu boleh pegi bila2 masa. Kadang2 serba salah jugak sebab kat sini gym untuk perempuan hanya pada hari isnin dgn khamis. So, kalau nk puasa sunat, hari tu jugak lah kan. So kena pilih la salah satu. Kalau dah puasa, surrender la nak pegi gym. Pengsan kan naya ;p. Sesetengah org tak kisah je masih boleh bersenam tapi bukan saya. Saya tau stamina saya takat mana. Tak bersenam pun saya boleh lembik, inikan pulak bersenam masa puasa..huhu.

Anyway, pagi tadi saya bangun pukul 4 lebih. solat isyak (tertido sebelum solat) dan buat air milo. Nak sahur tak lalu nk makan ape. tengok dlm freezer ada kek sarawak. makan la 3-4-5-6 keping jugak. hehehe ;-)

Malam tadi encik suami nk join puasa tapi saya mcm cakap tak payah sebab hari ni dia ada kt rumah je. Tak kerja pun. Kalau saya, saya suka ganti puasa masa kerja sebab masa berjalan tu laju je. Kalau ganti masa cuti, mesti rasa lama sgt dan tak tau nk buat ape (nampak sgt kt rumah asyik la duk makan je kerjanya ;p). So, dia tak puasa la hari ni. Biarkan dia rest ;-)

No comments:

Post a Comment

☆☀♥ feel free to leave your comments ♥☀☆

Related Posts with Thumbnails

Ramai jugak yang baca entry ni.....

 
Go To Top