SOLAT adalah WAJIB
sudahkah anda menunaikannya?

Thursday, May 12, 2011

Dia yang sibuk pun boleh buat, kita??

Biasanya kalau dah kerja yang sgt sibuk, mmg kita akan ambik mudah. Tak de masa nak bersenam dan berbagai2 alasan lagi kan? Sebenarnya bersenam ni bukan untuk kurus. Selalu org cakap kalau dah kurus takyah sibuk2 nk bersenam. Salah tu. Orang kurus yang kena sakit jantung ramai sgt kan? Kalau kita tak biasakan jantung kita bersenam, mmg kemungkinan nk kena tu tinggi lah. Jadi tak salah kalau kita cari masa yg sesuai untuk bersenam ni. Kalau tak sempat hari kerja, hari minggu pun masih boleh. Sekali seminggu lebih baik dari tak buat langsung.

Najib bersenam dua kali seminggu jaga kesihatan 
2011/05/12 (sumber dr beritaharian)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak semalam mendedahkan rahsia beliau menjaga kesihatan dengan meluangkan masa selama 30 minit untuk bersenam menggunakan mesin treadmill sekurang-kurangnya dua kali seminggu.

Perdana Menteri berkata, biar sesibuk mana sekalipun, beliau akan cuba sedapat mungkin bagi mencari masa untuk bersenam.

Ini bukan saja membantu saya untuk sentiasa cergas, tetapi juga memberi peluang kepada saya untuk melapangkan minda dan bersantai,” kata Najib dalam laman blog beliau 1Malaysia.

Perdana Menteri berkata, ketika berinteraksi dengan rakyat, beliau sering ditanya bagaimana beliau mengimbangi antara tugas mentadbir negara dengan menjaga kesejahteraan diri.

Najib berkata, walaupun mempunyai jadual kerja yang ketat, termasuk hujung minggu, beliau tetap mementingkan penjagaan kecergasan dan kesihatan diri agar tugas beliau mentadbir negara tidak terganggu.

Perdana Menteri berkata, beliau juga mengawal pemakanan dengan makan mengikut masa, minum banyak air dan berhati-hati mengenai makanan yang diambil.

“Di samping itu, saya sering menjalani pemeriksaan tekanan darah.
“Malah, jika secara kebetulan menteri saya turut hadir ketika saya berjumpa doktor, saya akan minta mereka menjalani pemeriksaan darah juga,” katanya.

Najib berkata, pertumbuhan pesat dan proses perbandaran mencetuskan isu baru berkaitan tubuh dan psikologi manusia apabila udara menjadi semakin tercemar, kualiti kehidupan merosot dan pergantungan kepada makanan yang diproses semakin meningkat. – BERNAMA

Najib yang sibuk pun masih sempat bersenam. Kita yang bukan menteri ni takkan lah takkan sempat, kan?

No comments:

Post a Comment

☆☀♥ feel free to leave your comments ♥☀☆

Related Posts with Thumbnails

Ramai jugak yang baca entry ni.....

 
Go To Top