SOLAT adalah WAJIB
sudahkah anda menunaikannya?

Monday, April 18, 2011

Takyah nak manja sangat lah

Hari ahad hari tu ada buat makan2 kt rumah abang ipar. So, kitorang pegi la nak tolong2. Plannya nak gi awal pagi tapi, biasalah terbabas sikit. Masih pagi tapi tak 'awal' sgt lah...haha.Kononnya nak tolong apa yang patut. Dah la masak tak berapa nk reti, benda lain banyak lagi boleh tolong kalau tak nk masak pun.

Nasib baik jemputan tak ramai. Kawan2 anak dia je buat makan2 sempena nk exam. Baca yasin dan doa selamat sikit. Tapi masa lauk sampai tu mmg masing2 cuak sebab takut tak cukup. Ye lah, kitorang mana la tau bajet banyak mana banyak mana. Tau makan je biasanya..haha ;p. So, kak ipar dah glabah dah takut tak cukup sebab mmg nampak sikit. Skali bila diorang dah makan2, mmg banyak jugak la lebih. Siap tapau bawak balik lagi. Lain kali, percaya je lah kt catering tu sebab mmg diorang dah bajet betul dah. Takyah pening kepala pikir masalah takut tak cukup ke ape. Then baca la doa sikit supaya semua yang dtg tu makan dan cukup semuanya.

Saya biasalah mmg kontrak basuh pinggan dari azali. Sebab saya suka kot basuh pinggan ni. Potong buah pon suka. Sape2 buat kenduri boleh kontrak dgn saya ye ;p. So, kerja awal2 adalah potong buah honey dew. Sampai terkopek2 jugaklah jari telunjuk saya ni. Pisau kt rumah dia mmg tajam yang amat. Kulit i kan manja manja gitu....uweeekk ;p

Dah lepas potong2, kemas2 sikit dan layan2 tetamu yang berpangkat adik2 (semua student uitm). pastu turn basuh pinggan la pulak sebab diorang dah sudah makan. Masa basuh pinggan tu la rasa jari adalah semacam je. tengok2 terkopek. Bukan terkopek sebenarnya tapi tak taulah istilah ape nk guna..ermm macam terhiris kot.

Dah siap basuh2 pinggan periuk belanga semua, masa untuk solat pulak. lepas solat terus baring betulkan belakang yang sakit..huhu berdiri lama kau. mana tak sakitnya. Ni adalah muka penat dan rasa nk tido sajo.
Muka mintak kesian...haha ;p
Nak tengok jari terhiris? bagai disiat siat. ni pon takleh nk tekan sgt. sebab kering dlm ekon lagi. pedih sikit. tapi takdelah serius pun. Mkan buah banyak2 (untuk dapat vitamin) nanti ok lah. just lapisan kulit luar je pun...
Nak tengok dekat lagi? Kalau sentuh secara bertentangan arah yang terhiris tu mmg sakit lah. Buat dek je lah. Takleh nk main sabun sgt kot.

Suami saya duk pelik apsal boleh terhiris sampai macam tu. Ala, kan buah honey dew kan bulat, so kalau nak potong, nak kena kenakan pisau kat jari. Saya potong tak banyak pon. tiga biji je pun. Semua yang ada enam bijik. kalau potong semua agak2 apa jadi ek? Lepas tu potong tembikai. Bila potong tembikai, mmg tak kena kt tangan pun sebab tembikai besar (tembikai semalam mmg besar yg amat), so mmg tak kena pun kt jari nih.

2 comments:

☆☀♥ feel free to leave your comments ♥☀☆

Related Posts with Thumbnails

Ramai jugak yang baca entry ni.....

 
Go To Top