SOLAT adalah WAJIB
sudahkah anda menunaikannya?

Wednesday, April 27, 2011

Sahabat, kawan, teman, BFF ??

Imam Al-Ghazali menerusi kitabnya yang bertajuk Ihya` Ulumuddin (Bimbingan Mukminin) telah memetik pesanan Al-Qamah kepada puteranya dalam memilih sahabat. Katanya, “Wahai anakku! Kiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut :

1.Jika engkau membuat bakti kepadanya, dia akan melindungimu.

2. Jika negkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.

3. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, dia akan membantumu.

4. JIka engkau menghulurkan sesuatu kebaikan padanya, dia akan menerimanya dengan baik.

5. Jika dia mendaat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, dia akan menghargai dan menyebut kebaikanmu.

6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, dia akan menutupnya.

7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu untuk meminta) dia akan menanyakan kesusahanmu.

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkanmu.

11. Jika engkau merancang sesuatu, nescaya dia akan membantumu.

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
Ni sahabat sejati saya. Susah bersama, senang bersama. Tapi mereka jauh lebih senang drp saya sekarang ni.
Masa belajar dulu kami sentiasa bertiga. Kalau tak tidur siapkan assignment pun mmg bersama. takde nak kata saya tido dia buat, dia tido saya buat. semua mesti sama2. macam kembar pulak. huuu rindu masa belajar dulu. diorang ni mmg memahami. Sanggup susah payah. kereta saya rosak aircond pun sanggup duduk seharian kt kedai repair kereta tu. berpanas berlapar bersama ;-)

Susah nak jumpa kawan yang baik macam ni. Tapi sekarang ni bila masing2 ada commitment, masing2 pun faham lah. yang dah kawin, dgn famili masing2. raya je jumpa. yang kerja atas kapal sibuk tak tentu masa. Semua dgn hal masing2. huuu rindu nk duduk sama macam dulu2. gelak sama2, nangis sama2. Kenangan terindah tu ;-)

No comments:

Post a Comment

☆☀♥ feel free to leave your comments ♥☀☆

Related Posts with Thumbnails

Ramai jugak yang baca entry ni.....

 
Go To Top