SOLAT adalah WAJIB
sudahkah anda menunaikannya?

Friday, April 8, 2011

Rajuk jiwa.....

Rajuk jiwa tiada siapa yang tahu. Sape kawin tak nak anak? semua org yang berkahwin mengharapkan anak kan? So, tak perlu nk tanya org soalan yang bodoh dan mengguris jiwa raga. so stupid. Macam ni lah hidup dalam masyarakat yang terlebih peramah ni. Peramah tak bertempat pun ada.

"Rajuk Jiwa Menanti Permata"
 Tengok tak semalam? saya tidooooo..huhu suami kejut pun tak layan sebab letih ngantuk yang amat. Sebelum ni episod lain mmg tak miss... ermmm rasanya topic ni sesuai saya tgok sebab saya kadang2 takleh nk terima soalan2 sebegini yang org tanya.
"takde lagi ke?"
"plan ke? tak nak anak lagi?"
"Eh, dah dekat setahun dah kan. takkan kosong lagi?"
>>> Agak agak kalau hari2 berdepan dgn soalan macam ni boleh jadi gila kot. Nak tanya pon agak2 la kan. tengok saya slim takyah sibuk nak tanya. tau lah korang semua prihatin. Kalau betul prihatin, doakan saya dapat anak. Bukan tolong tambah beban dgn soalan2 yang mmg takde jawapan tu.

Pernah saya jawab "takde jawapan". masa tu kakak tu tanya "bila nk dapat baby?". betul tak jawapan saya? Ok, dialog penuh;
Kakak itu : bila nk dapat baby? dah dekat setahun dah kawin. takkan takde ape2 lagi.
Saya : takde jawapan kak
Kakak itu : ermmm takkan plan kot.
Saya : Kalau lah saya boleh tahu bila saya akan dapat baby kan ke best....

terus dia blah..... bukan nk kurang ajar tapi agak2 la kan. bukan dia sorang dok tanya. family saya pun tanya tau. nasib baiklah saya jarang balik kg. kalau tak, mmg merajuk jiwa raga bakul semua lah...kalau merajuk ni, mood dan dan tu boleh bertukar. so, kalau mood tgh happy, boleh hujan ribut petir semua.

Saya tak heran kalau member2 takat tanya, dah ada baby? yang dah lama tak jumpa tanya pun saya tak kisah. tapi ni yang hari2 jumpa asyik la dok mengupdate. Diorang mmg takde kerja kot.

Satu hal lagi, orang takkan tanya lelaki. Ye, kalau tanya pun kdg2 je lah. Kita yang pempuan ni lah yang asyik dok kena. Eiiiiii sumpah rasa sakit jiwa.

Satu hal lagi, saya pulak kawin masa musim org kawin (musim cuti skolah). Masa tu mmg ramaiiii org kawin termasuk sedara mara. Masa majlis kawin, diorang dah sibuk banding2kan ni pulak anak diorang dah nk beranak pun nk membanding2kan jugak. tension betul. serius saya rasa macam malas nk balik kg. Sebab ingat org tua je nak balik jugak. Kesian mak saya yang kena menjawab soalan2 laser dari makcik2 semua. Walaupun saya duk KL, mmg la lepas, takyah nk hadap soalan2 tu tapi kesian mak saya..sobsobsob ;(

Ok, back to the topic. Dengar nasihat2 dlm 'semanis kurma' kt tv9 tu mmg menenangkan jiwa. Kalau kita masih belum dapat anak, bukan rezeki kita lagi dan Tuhan tak nak bagi lagi kt kita. Tak semestinya dia tak nak bagi terus. Yang penting Usaha, Tawakkal  dan Doa. Usaha tu mmg kena usaha. Kalau takat tawakkal dgn doa je pun tak jadi jugak.

Lagi satu, bila dia tanya pendapat org ramai mengenai topik ni, ada yg bg pendapat supaya sabar, berusaha, ambik anak angkat, dan sorang tu ckp 'poligami'. Terus ustazah cakap poligami bukan jalannya. Buat ape nak poligami? bukan selesai pun, kan? saya tak setuju!...hehehe pantang ok.

Video dari tonton ni xleh download lah pulak. biasa ok je. benci pulak. so, kalau ada yang nk dgr tu, g la tonton kt tonton.com.my ya. cari semanis kurma episod 14.

Jom pujuk rajuk jiwa dengan lagu Maher Zain. confirm tenang. kalau tak tenang lagi tak tau lah nk ckp ape ;p
video

4 comments:

  1. Salam kunjungan... singgahla ke blog saya ;)

    ReplyDelete
  2. ala.. baru teringt.. nk wat entry pasal ni.. sbnr nye.. heheheh
    sy baru beli TV.. n x pernah tgk rncgn ni.. baru la smlm tgk.. sbb ade org bgtaw kt FB.. klu x. kompom x tgk jugak.. siap remind suami pasal rncgn ni...

    smoga ade rejeki utk kite thn ni.. :)

    ReplyDelete
  3. same la plak n3 ari ni...jom follow blog saya...

    ReplyDelete
  4. manusia mmg mcm tu.saya yg 3 bulan 0 pon org dh sebuk tnye.padahal baru 3 bulan.aduyai.kalo termengandung sebelum nikah kang baru tau.huhuhu

    ReplyDelete

☆☀♥ feel free to leave your comments ♥☀☆

Related Posts with Thumbnails

Ramai jugak yang baca entry ni.....

 
Go To Top