SOLAT adalah WAJIB
sudahkah anda menunaikannya?

Wednesday, April 20, 2011

Kononnya dia lebih baik

Hari khamis malam jumaat saya tengok Semanis Kurma kt tv9 tu. Tajuk ape entah. boleh cari kt tonton.com.my lah kalau nk tgok. Tapi tajuk dia mengenai cinta lama yang berputik kembali.

Kadang2 kita manusia ni terlalu ikutkan nafsu walaupun kita sudah berpunya. Biasalah manusia, mana puas dgn apa yang ada. Yang ada pada org lain jugak dipandangnya. Terkejut jugak saya dengar bila ada beberapa pemanggil menceritakan pengalamana masing2. Eh, mmg banyak kot kt luar sana kes macam tu. Kononnya cinta hati lama datang kembali setelah dia sudah berkahwin dgn org lain. Dan mereka sama2 syok kembali bercinta. Bukan setakat bercinta dating2, tapi sampai kebilik tidur... Isskkk takut saya dengar. Mintak dijauhkan semua tu.

Ada dua jenis cinta iaitu cinta halal dgn cinta haram. Cinta halal tu ialah cinta isteri kpd suami dan cinta suami kepada isteri. selain daripada tu, cinta haram (maksudnya kalau antara lelaki dgn perempuan yg takde ikatan yang sah).

Dunia sudah akhir zaman kot sebab dah ramai sgt isteri org bercinta dgn suami org dan juga sebaliknya. semua tak ambik kisah soal hukum hakam Allah. Nauzubillah. Kenapa? kenapa? eh, tetiba emosional lebih ;p

Yes, kita kadang2 tak bersyukur dgn apa yang kita ada sekarang ni. Contohnya suami kurang bersyukur mendapat isteri dan sekali gus membandingkan isterinya dgn kekasih hati dia (kekasih lama). Walhal dia belum tahu kalau dia menikah dgn kekasih lama, mungkin akan lebih teruk rumahtangga dia. Biasalah, masa bercinta mmg semuanya macam di syurga.Kononnya lah.

Lets say kalau isteri tu pulak yang asyik bercinta dgn kekasih hati/lama walaupun sudah bergelar isteri. Mungkin dia rasakan bahawa kekasihnya itu jauh lebih baik dan lebih kaya raya berbanding suami dia sekarang. Tapi, ingatlah, semua tu syaitan sajo. syaitan la yang gelapkan mata semua tu. setan kan mmg jahat. Hargailah suami anda :))

Kadang2 kita terlalu mencari kesempurnaan walaupun diri kita mmg tak sempurna. Kerana asyik mencari kesempurnaan, maka kita terlepas segala galanya yang kita ada. dan yang paling penting, kita menghargai apa yang Tuhan bagi kt kita, bukan membandingkan dgn org lain. fikir2kan dan renungkan ya.
Menurut kajian (entah mana punya kajian tapi ustaz semanis kurma bgtau), hanya 10% CEO berjaya mengekalkan rumahtangga mereka sementara yang selebihnya hancusss. Errrrkkk? betul ke?  habislah kalau dia jadi CEO nanti. Nak kena jaga betul2 ni ;p

Ok, just sharing apa yang saya dapat semasa menonton. Bukan nak tunjuk baik, jauh sekali nak bermgah megah :))

1 comment:

  1. betul2...masa bercinta semua indah2 aje, byk berangan dan impian nak hidup bahagia dan best2 je. But life after married is different; NYATA, REALITI, NO MORE BERANGAN, PIJAK DI BUMI NYATA, FACING THE REAL WORLD,& GALAS SEGALA MACAM TANGGUNGJAWAB.

    Manusia tak reti bersyukur ni mungkin lebih suka hidup dalam angan2 berbanding terima kenyataan bahawa hidup ini penuh warna warni; ada susah & ada senang :)

    ReplyDelete

☆☀♥ feel free to leave your comments ♥☀☆

Related Posts with Thumbnails

Ramai jugak yang baca entry ni.....

 
Go To Top