SOLAT adalah WAJIB
sudahkah anda menunaikannya?

Saturday, March 26, 2011

Romantik kah kamu?

Ramai kot yang berpendapat 'budaya romantik' tu datang dari barat. Padahal kita silap. Dalam Islam, dianjurkan kita beromantik2 ni antara suami dgn isteri. Yang tak reti nk beromantik tu, memang tahu kot pasal ni. Masa bercinta bukan main romantik lagi. Lepas dah kawin, pegang tangan isteri pun tak nak.. huhu. Pelik, kan? Nak2 kalau pegi shopping dgn anak isteri, biarkan isteri jalan dgn anak2 dan suami jalan sorang2 jauh kedepan atau kebelakang. Ramai kot org macam ni saya jumpa.

Romantik tak semestinya atas katil sahaja. Bila2 pun kena romantik la dgn suami/isteri masing2. Jangan pulak romantik dgn org lain. kan haru jadinya ;p. Ada org malu nk beromantik2 ni depan org. Eh, bukan lah nak suruh over2 menggelikan tu. Takat jalan pegang tangan, bawakkan brg2 shopping utk isteri, bukakkan pintu untuk isteri dikala isteri sarat mengandung, ambil berat tentang isteri dan isteri pun sama lah. Isteri kena tau apa yang suami suka dan tak suka. Benda2 macam ni sebenarnya boleh mencipta suasana romantik tu ;-)

Sifat romantis Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam yang sentiasa bergaul dengan isteri dengan penuh mesra dan ceria. Kedudukan Baginda yang begitu tinggi di sisi Allah dan masyarakat tidak menghalang Baginda untuk bersama dengan isteri dengan penuh rasa cinta dan kasih.

Hal ini dapat dilihat daripada hadis riwayat Aisyah yang berkata;

لَقَدْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَضَعُ رَأْسَهُ فِي حِجْرِي وَأَنَا حَائِضٌ وَيَقْرَأُ الْقُرْآنَ

Maksudnya;
"Sesungguhnya Rasulullah SAW sering meletakkan kepalanya di ribaku, sedangkan ketika itu aku sedang berhaid, dan Baginda pula membaca Al-Quran" (Sunan Ibni Majah : 626)

Sesungguhnya bermanja antara suami isteri merupakan ibadat disisi Allah, yang melahirkan banyak kelebihan dari sudut keuntungan dunia, mahupun keuntungan di akhirat. Keuntungan di akhirat adalah dengan balasan pahala, dan keuntungan di dunia adalah dengan kemesraan dan kebahagiaan yang wujud dalam kehidupan berumah tangga.

Dari hadis ini juga, kita akan dapat melihat betapa Islam adalah agama yang cukup memuliakan kaum perempuan berbanding apa yang telah dilakukan oleh orang-orang jahiliyyah terdahulu. Orang-orang jahiliyyah terdahulu, memandang perempuan yang berhaid sebagai jijik sehingga mereka meletakkan undang-undang adat mereka yang meletakkan perempuan seperti barang buangan dan barang terpakai.

Apabila datang Nabi SAW, baginda menyeru manusia kepada Islam yang memandang mulia kepada kaum perempuan, walaupun mereka secara fitrah mempunyai masalah bulanan, iaitu Haid dan Nifas. Kemuliaan ini dibuktikan dengan tindakan Nabi SAW yang bermesra dengan isterinya yang sedang berhaid, dengan meletakkan kepala baginda di riba isterinya yang sudah pasti haid itu berada dikemaluan yang berhampiran dengan riba tersebut. Ini ditambahi lagi dengan tindakan nabi SAW membaca Al-Quran di kala kepala baginda SAW berada di riba Isterinya.

Ekoran dari itulah, Imam An-Nawawi (Aun Al-Ma'bud : 1/305.) menyatakan bahawa hadis ini menjadi dalil kukuh bahawa tidak dilarang membaca Al-Quran dalam keadaan berbaring dan bersandar pada orang perempuan yang sedang berhaid, malahan ianya juga menjadi dalil bahawa tidak menjadi kesalahan membaca Al-Quran berhampiran dengan najis.

Cerita ni saya petik dari sini

No comments:

Post a Comment

☆☀♥ feel free to leave your comments ♥☀☆

Related Posts with Thumbnails

Ramai jugak yang baca entry ni.....

 
Go To Top