SOLAT adalah WAJIB
sudahkah anda menunaikannya?

Tuesday, March 8, 2011

Menggalas tanggungjawab kadang2 memerlukan pengorbanan tapi sampai bila?

Maksud saya, sampai bila harus kita berkorban. Kalau pengorbanan kita dipandang orang, dihargai, berbaloilah jugak tapi kalau langsung takde apa2, mmg rasa tak berbaloi dan rasa sangat2 tak dihargai. Saya hanya manusia biasa, ada hati, perasaan, dan rasa penat bila di'guna'kan oleh pihak yang hanya ingin mendapat nama.
entry emo ;(
please lah....hahahaha ;p
Bila kita diberi tugas, rasa sgt bertanggungjawab sangat nak buat tugas tersebut, kan? Tapi kalau kita dipaksa untuk melakukan sesuatu, pasti kita jadi macam tak rela dan mmg tak ikhlas kot. Bila kerja, kerjalah dengan ikhlas kerana kerja adalah salah satu tanggungjawab dan amalan kita dan akan dihisab nanti. (feeling ustaz-ah la pulak ;p)
Tapi kalau dipaksa menjadi pak sanggup, sanggupkah kita? Pak sanggup biasanya dijanjikan bayaran setelah habis kerja yang dilakukan tapi kita tak dapat apa2 walau sesen pun. Walau hakikat kita tahu yang itu sebenarnya tanggungjawab orang lain yang senang senang melepaskan diri mereka. Tapi, mereka pastinya mahukan nama mereka naik bagaikan mereka lah yang buat kerja tersebut. Terus mereka akan lupakan pak sanggup itu.
Tanpa dibekalkan dengan peta, mahupun peta minda, duit belanja, apatah lagi duit makan, saya gagahi juga meneruskan perjuangan. Walau apa pun, saya adalah saya. Saya takkan mudah mengalah. Jangan sesekali menggunakan saya untuk kepentingan diri sendiri, pantang sgt!
Seronok dan bersyukur dgn kerjaya sekarang tapi bila kita terlalu baik dan terlalu flexible, mmg ada yang senang senang mengambil kesempatan. Walhal kita dah banyak menolong dia dimana dia dalam ketandusan, saya tetap sentiasa support mana yang kurang.
Walau apa pun, bersyukur sgt dgn kerja saya sekarang dibandingkan dengan orang yang takde kerja dan masih mencari pekerjaan diluar sana.. Alhamdulillah ;)


No comments:

Post a Comment

☆☀♥ feel free to leave your comments ♥☀☆

Related Posts with Thumbnails

Ramai jugak yang baca entry ni.....

 
Go To Top