Kadang2 kita ingat orang dah selesa dah dengan layanan kita. Walaupun kita dah bagi tip top punya service. Tapi, kadang2 kita lupa bahawa lain org, lain keselesaan dia. Maksudnya kalau orang tu dah biasa dalam keadaan 'selesa'. Dia dtg kt tempat kita yang agak 'sederhana' ni, mmg akan rasa serba kekurangan lah kan...
Faktor cuaca pon satu hal jugak. Yes, of coz dia dah tau dah cuaca kt sini mcmne berdasarkan research kt internet sendiri. Tapi buat research bagai, baca segala mak nenek semua takkan sama dgn pengalaman duduk disini. Takkan sama! Kau kena duduk sini dan rasa sendiri macamana baru kau tahu keadaan sebenar.
Bila dah dilahirkan kt negara maju, serba serbi canggih, dan BERSIH, mmg tak selesa langsung dgn persekitaran yang agak tak bersih kt sini. Walaupun kita dah menuju kearah negara maju, tetap toilet tak bersih. walaupun kena bayar 50sen, 1ringgit, tapi...masih keadaan yang sama. Sooooooo bad. Malu kejap jadi rakyat malaysia ;(
Dah la negara kita negara ISLAM yang sepatutnya mengamalkan cara hidup BERSIH. Tapi bila org asing datang, tak macam negara islam. Sana sini kotor, basah2, hancing, busuk dan segala yang tak best ...
Saya sebenarnya segan lah dgn orang asing tentang kebersihan dan sikap rakyat malaysia sendiri terhadap kebersihan. Baik dari segi kedai makan, bilik tidur (hostel univ.), toilet, tempat2 awam macam shopping mall, dan dalam teksi sendiri. Kalau org dari middle east tu mmg agak pengotor, so diorang mmg dtg sini buat kotor. Kalau org putih, ada yg pengotor dan ada yang cerewet. So, kira macam ok lagi lah. Tapi kalau org jepun, mmg cerewet dan pembersih yang teramat. Kalau diorang nk pegi shopping, saya mmg bawak ke KLCC je lah yang selesa sikit. tak pun pavilion. tempat lain mmg azablah bagi diorang kalau time2 shopping tu dorang nk terkencing...huuuuu.
Of coz la saya awal2 dah explain kenapa toilet kita basah sebab mmg kita mesti basuh benda kita tu kan. Tapi kalau dah basah lencun lantai tak agak agak la kan.. org nk kencing pun tak jadi. Belum cerita pasal bau. Dengan busuk dan hancing mmg tak boleh blah. Ni cerita kt Kuala Lumpur weh, bukan cerita pasal kt kampung.
Tak cukup dgn tu je, dengan vandalisme orang gila seks. Banyak kt pintu2 toilet. eh, bukan kt situ je, kt dinding2 pun banyak. Memalukan sebab semuanya berunsurkan seks. Orang kemaruk mmg suka conteng2 eh.
Tak perlu lah kot kita nak compare kita dgn jepun tapi, kita perlu lakukan perubahan. Orang jepun dah ramai dtg sini. Even diorang yg dah pencen kt sana datang sini (stay lama) menghabiskan sisa baki kehidupan diorang. Tapi, diorang hanya pergi tempat yang diorang rasa selesa sahaja. Sampai bila macam ni??
Monday, March 7, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ramai jugak yang baca entry ni.....
-
Entry kali ni mengenai jerawat yang semakin menjadi jadi... uwaaaaa dah la majlis dah tak lama.. so worried about my jerawat la! mmg lately ...
-
Tgahari td aku men'design'kan baju kebaya yg akan ditempah untuk majlis bertandang nanti... ermmm aku blom tempah lagi...huhu harap2...
-
Pernah tgok tak "BET" kt plaza2 tol? saya sebenarnya tk pernah sblom ni. tapi, sejak saya dok cni bulan 6 ari tu, saya jadi 'a...
-
Dalam agama Islam dikenal empat buah kitab yang wajib kita percaya serta kita imani. Jumlah kitab suci sebenarnya tidak dijelaskan dalam Alq...
-
TATKALA kedudukan ekonomi Malaysia yang berada dalam keadaan yang tidak stabil, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, dikatakan ...
No comments:
Post a Comment
☆☀♥ feel free to leave your comments ♥☀☆