Last week saya ada post pasal isu tudung kt dalam FB. Tak salah kot saya bincang pasal 'tudung' walaupun kawan2 saya ramai jugak yang free hair nih. Kita boleh bagi nasihat, tapi kalau org tak nak dengar, bukan salah kita dah, kan? Takkan sampai nk paksa orang pakai kot.. Dia mesti ada org sekeliling dia yang lebih dekat dgn dia contohnya mak bapak dia, suami dia, adik beradik lelaki dia yang bertanggungjawab secara direct dgn dia. Kita sbg kawan ni jauh sket la...Saya berkawan tak kisah la dia bertudung ke tak bertudung ke, saya ok je ;)
Tapi, bila saya ada baca blog2 dan artikel2 mengenai isu tudung ni, saya jadi macam tak puas hati pun ada bila ada pihak mempersoalkan isu 'bertudung tak semestinya baik' dan 'org tak pakai tudung ni kdg2 lebih baik dari yang pakai tudung tu'.... huuuuuu mmg tak pikir panjang la sape yang buat kenyataan macam ni kan?. Ye, mmg diakui mmg ramai sgt yg kena tangkap khalwat ke, yang buang anak luar nikah ke, RAMAI sgt yang bertudung. Mungkin antara 5 org yang berzina, 4 org adalah yg bertudung (oppppsss saya xde statistik yg sebenar tapi nk menunjukkan ramainya org bertudung ni buat maksiat. maksudnya walaupun mereka bertudung, mereka tak menjaga perbuatan diorang). Habis? yang tak pakai tudung??? Baik??? hehe tak mau jawab lah... kita terus tengok FB comments saya pada hari tersebut...
Tengok komen yang ke 4 dan ke5 dari bawah..... dia mmg tak pakai tudung tapi saya tak sangka dia boleh komen macam tu. To be honest, saya baik dgn dia..kenal ok ;)
Lepas dia komen, terus saya malas nk reply. Bukan ape, kalau saya komen nanti menjatuhkan maruah dia. Cukup lah dgn komen2 pedas dari kawan2 saya tu.. Ko tak pakai tudung, duk diam2 lah. Dah nyata2 menutup aurat iaitu rambut adalah WAJIB. so? sape berani arguing pasal tu? berani, argue la dgn Tuhan nanti...
Maksud yang saya cuba sampaikan kt post FB tu adalah kalau tak bertudung tu, TENTU ke dia baik? sebab ada statement mengatakan bertudung tak semestinya baik...
Sama jugak dengan SOLAT. Benda tu WAJIB, no excuse. Walau baik macamana pun dia, kalau tak solat, maka amalan lain tu takkan dapat menampung. Ada org ni dia tak solat tapi dia banyak bersedekah, banyak membantu org, baik hubungan dgn org semua.... semua org puji dia tapi org akan ckp 'dia baik sgt, banyak menolong dan banyak bersedekah tapi satu je, dia tak solat'. Yang satu je tu lah tiang yang paling utama sekali... how? Sesungguhnya siapalah kita nak judge kan? Allah yang Maha Esa sahaja yang akan menilai nanti. Wallahualam...
Kalau saya salah, tolong betulkan...
No comments:
Post a Comment
☆☀♥ feel free to leave your comments ♥☀☆