Gambar adalah hiasan semata mata ;p |
noriah@hmetro.com.my
MENGAPA hati bagaikan ditusuk rasa cemburu apabila melihat pasangan lain bahagia sedangkan kita tidak mampu membahagiakan diri dan pasangan? Jika tahu cara menangani masalah, hubungan yang sedia terjalin dan sudah pudar juga mampu dikembalikan kesegarannya.
Menurut pakar motivasi dan pendakwah, Nor Bahyah Mahmood, pasangan harus sedar beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk menyelamatkan hubungan cinta mereka. Dengan memberi perhatian pada perkara berkenaan, ia mampu mengubah keadaan dalam hubungan sekali gus menjadikannya lebih menarik
Petua itu turut menekankan cara berkomunikasi yang berkesan dengan pasangan. Malah, dengan hanya beberapa baris ayat, ia boleh membuatkan pasangan jatuh cinta berulang kali.
Berikut diperturunkan petua yang diharap mampu membentuk hubungan cinta lebih mendalam:
Puji
Setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.
Peluk
Pasangan suami isteri hendaklah selalu memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu belaian penuh kasih sayang.
Penghargaan
Antara yang patut dilakukan amalan memberi hadiah yang boleh menambah kasih sayang.
Perhatian
Aspek ini mesti diberi penekanan kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.
Persefahaman
Sebagai manusia berkerjaya, ia memerlukan pasangan lebih bertolak-ansur dan memahami kerjaya masing-masing.
Pergaulan
Pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan rasa cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.
Percutian
Harus merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain.
Permohonan
Doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.
Nor Bahyah turut menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri dengan membaca surah al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah yang sama.
Menurutnya, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.
Apabila seseorang insan mengabaikan tanggungjawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.
“Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggungjawab terhadap keluarga,” katanya.
Sumber: http://nurjeehan.hadithuna.com/2008/02/tolak-ansur-bawa-bahagia/#more-1906
**selamat berbahagia ;-)
No comments:
Post a Comment
☆☀♥ feel free to leave your comments ♥☀☆