Kt Malaysia ni mmg biasa kita dgr org2 sekeliling ada darah tinggi la, kencing manis la. Seolah2 penyakit tu jadi biasa dah bg kita. Walaupun kita tahu penyakit2 tu mmg merbahaya. Memang betul pun, keturunan (mak ayah, datuk nenek kita semua ada penyakit2 ni). Tapi kita tak boleh nk salahkan diorang semua sbb dulu2 mmg zaman membuta tuli, zaman tu mana ada research2 bagai ni untuk mengetahui punca penyakit. Jadi, kita yg ada gen darah tinggi ke kencing manis ke, kena ambik langah yang BIJAK untuk tidak terjebak sama.
Ada org kata 'penyakit' tu sbg ujian Allah. Memang betul, saya setuju. Kadang2 mmg pemakanan semua kita dah jaga, senaman semua dah buat tapi ada jugak penyakit. Ok, skg, boleh bagi percentage tak berapa org yg mengamalkan kehidupan sihat ni diserang penyakit2 kronik spt kencing manis dan darah tinggi? ermmm jawapannya adalah tak ramai, kan? Tuhan dah bgtau, jika kita berusaha, insyaallah kita dapat. Maksudnya kalau kita berusaha utk menghindarkannya, maka insyaallah terhindarlah penyakit2 semua tu.
Baru baru ni, kt pejabat saya ada staff yg kencing manis dan kakinya dipotong..huhu masih muda dan belum berkahwin ok. Saya sgt menderita bila dgr berita mengenai dia. tapi saya belum berkesempatan utk melawat dia lagi. huh sedih sgt bila umur 30an dah kena potong kaki sbb kencing manis. macamana masa depan dia? belum sempat bkahwin dan of cozlah xde anak2 dan nk harapkan siapa? mak ayah? dah tentu2 kalau masih ada mak ayah pun mereka sudah uzur dan tak berdaya nk bela. Takde kaki, boleh bayangkan tak? Nauzubillah. Mengucap panjang saya.. sedihnya tak terhingga ;(
Darah tinggi juga penyakit biasa kita dgr. Budak2 remaja pun ramaiiii dah ada darah tinggi. Kadang2 pelik tgok org yg ada darah tinggi ni ambik remeh je penyakit darah tinggi mereka. Tau tak bahawa darah tinggi ni cepat membunuh? Kalau dah skali darah block xleh jalan, boleh mati mengejut. Serta merta berbanding kencing manis yg akan ambik masa.
Apa yg saya cuba kongsikan disini ialah marilah kita sama2 menjaga kesihatan kita. Pemakanan adalah punca yang kita boleh kawal. disamping itu, bersenamlah. tak susah pun nk bersenam. takde masa? korang lompat2 je la setempat pagi2 sebelum mandi ataupun balik dari office. petang sebelum mandi mlm tu, sempat lagi skipping ke. Atau paling2 tidak jogging lah seminggu sekali. Pemakanan kena jaga. jgn makan manis, banyak lemak, makan benda yg berkhasiat dan pandai mengimbangi kandungan dlm makanan harian. Takde org boleh tolong kita melainkan diri kita sendiri. mind set amat penting. jgn harapkan org lain nk jaga kita sepenuhnya. Tuhan bg kita nyawa sorang2 bukan boleh tumpang2 nyawa org lain even suami, isteri atau anak2. Bila anak kita dah besar, semua ada tanggungjawab masing2. Tak semestinya masa tu dia boleh jaga kita sepenuhnya.
Adakah kita menjaga mak ayah kita sesempurna mungkin? saya angkat tgn awal2 sbb saya duk jauh dan sebulan sekali pun belum tentu saya balik kampung (huh, terasa macam anak yg tak baik pulak ;(. Alhamdulillah, mak ayah saya masih sihat dan kuat.) .
Monday, January 24, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ramai jugak yang baca entry ni.....
-
Entry kali ni mengenai jerawat yang semakin menjadi jadi... uwaaaaa dah la majlis dah tak lama.. so worried about my jerawat la! mmg lately ...
-
Tgahari td aku men'design'kan baju kebaya yg akan ditempah untuk majlis bertandang nanti... ermmm aku blom tempah lagi...huhu harap2...
-
Pernah tgok tak "BET" kt plaza2 tol? saya sebenarnya tk pernah sblom ni. tapi, sejak saya dok cni bulan 6 ari tu, saya jadi 'a...
-
Dalam agama Islam dikenal empat buah kitab yang wajib kita percaya serta kita imani. Jumlah kitab suci sebenarnya tidak dijelaskan dalam Alq...
-
TATKALA kedudukan ekonomi Malaysia yang berada dalam keadaan yang tidak stabil, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, dikatakan ...
No comments:
Post a Comment
☆☀♥ feel free to leave your comments ♥☀☆