Sepasang suami isteri. Isterinya seorang yang pen'jeles' yang amat sgt. Sampaikan semua call-out, call-in, message semua dia pasti akan check bila laki dia balik rumah. Apatah lagi akaun alam maya nih. Semua password laki dia bagi pulak tu sebelum kawin lagi. status facebook tu kadang2 bini dia yg update untuk laki dia;
"rindu kt sayang"
"tak sabar nk balik rumah jumpa sayang"
"terima kasih sayang"
tu antara status yang saya GELI kt facebook laki dia. Tapi...jgn tak percaya yg sisiteri sendiri yg tulis status tu kt akaun laki dia. kononnya laki dia SAYANG sgt kt dia. OK tak kalau macam tu?? peliz lah...(bunyik mcm saya cemburu???...ohhhh tidak sama sekali)
Sebenarnya diorang baru je berkahwin. tak sampai dua bulan pun lagi. Tapi macam2 laki dia kena. Bukan 'kena' apa tapi tu la kan. saya pun tak pasti mana silapnya sampaikan isteri dia mmg cemburu habis-habisan. Mmg lah laki dia ada rupa. hensem dan boleh dikatakan banyak duit la.. tapi isteri pun tak kurang cantiknya. keje pun sama position cuma kompeni lain. tak tahu lah kalau kompeni sama.. mahu kacau bilau jadiknya.
Masa mula2 kawin, 5 hari perkahwinan, ada satu insiden berlaku. Baru 5hari kawin nih, org kata pantang bersentuh la kan..opppppssss. Siisteri ni check email akaun laki dia. terjumpa email dari seorang perempuan. kawan perempuan kpd laki dia lah kan. kwn perempuan tu HANYA forward email shj(ala..email yg biasa org2 forward tu. kdg2 pasal isu semasa, diskusi ke ape). sekali dia punya merajuk nk mati dgn laki dia sampaikan makan pun tak nk hidang utk laki dia.. skali laki tu mmg bengang giler lah sbb benda xde ape pun..dia je kecoh lebih. lain lah kalau email dr perempuan menggatal ke ape.. haihhh! Last2 laki tu pujuk sbb lagi berapa hari nk kenduri belah laki pulak.. hahaha kenduri belah laki pun belum, kau dah nk merajuk bagai kan...
Apa yg saya boleh nasihatkan dia hanyalah...BERSABAR lah kau. Sebab silapnya daripada engkau sendiri. Tu lah, masa bencinta dulu, bukan main lagi kau bagi muka dia kontrol kau. skg terimalah dia seadanya dan sedia untuk dikontrol olehnya. Masak lemak cili api lah kau sbb mmg kau takkan rasa bebas. Kau dah ajar dia mcm tu dari belum kawin, skg xde makna kau nk ubah dia. Kalau berjaya, mmg nasib kau baik lah ;-)
Tapi saya harap dia dapat ubah perangai bini dia. Saya mendoakan kebahagiaan mereka. Bila kita dah berkahwin, kita (suami dan isteri) perlu tahu tanggungjawab masing2. tak perlu lah over over kontrol macam ni. baik laki baik perempuan. sama jer.. percaya lah kpd pasangan anda ;-)
Monday, January 24, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ramai jugak yang baca entry ni.....
-
Entry kali ni mengenai jerawat yang semakin menjadi jadi... uwaaaaa dah la majlis dah tak lama.. so worried about my jerawat la! mmg lately ...
-
Tgahari td aku men'design'kan baju kebaya yg akan ditempah untuk majlis bertandang nanti... ermmm aku blom tempah lagi...huhu harap2...
-
Pernah tgok tak "BET" kt plaza2 tol? saya sebenarnya tk pernah sblom ni. tapi, sejak saya dok cni bulan 6 ari tu, saya jadi 'a...
-
Dalam agama Islam dikenal empat buah kitab yang wajib kita percaya serta kita imani. Jumlah kitab suci sebenarnya tidak dijelaskan dalam Alq...
-
TATKALA kedudukan ekonomi Malaysia yang berada dalam keadaan yang tidak stabil, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, dikatakan ...
bila dah kawin, kena percaya tp jgn 100% tau.....
ReplyDeletesetuju tu.. tp takperlu kot kontrol sampai mcm tu sekali ek..nanti dia rimas, sapa jugak yg susah. jgn nanti dia 'takut' dpn kita jer..bukan 'setia' ;)
ReplyDelete