SOLAT adalah WAJIB
sudahkah anda menunaikannya?

Thursday, January 13, 2011

Kontroversi sungguh Dr Khir Toyo nih

SHAH ALAM: Dewan Diraja Selangor semalam berkenan menerima pemulangan pingat darjah kebesaran Selangor Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) yang membawa gelaran Datuk Seri kepada bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo.

Dr Mohamad Khir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, berkata beliau menghantar surat kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi memulangkan sementara pingat berkenaan pada pertengahan bulan lalu.

“Surat ini dibuat berikutan kes saya didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam beberapa hari sebelumnya atas tuduhan salah guna kuasa. “Pemulangan semula pingat ini bagi mengelak darjah kebesaran negeri turut terpalit dengan sebarang keaiban sepanjang pertuduhan dan perbicaraan yang akan berlangsung,” katanya dalam blognya, semalam.

Berikutan itu, Dr Mohamad Khir meminta media serta penganjur program menggugurkan nama Datuk Seri daripada pangkal namanya, bermula semalam.

Dr Mohamad Khir sebelum ini didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya, Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah di No 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L daripada Ditamas Sdn Bhd (Ditamas) melalui pengarahnya, Shamsuddin.

Hartanah itu yang terletak di Seksyen 7 di sini diperoleh dengan harga RM3.5 juta, sedangkan ia dibeli Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.
Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Dr Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai Menteri Besar Selangor ketika itu.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada 29 Mei 2007.

Shamsuddin pula didakwa bersubahat dengan bekas Menteri Besar itu untuk melakukan kesalahan berkenaan di tempat dan masa sama.

Pada 6 Januari lalu, Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki menetapkan perbicaraan kes itu selama tiga minggu bermula 6 hingga 24 Jun ini.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Malas nk cerita panjang lebar. Baca blog dia, mmg banyak penyokong dia kt sana. Eh, kt sini pun ramai jugak,kan? Saya tak campur mana2. sapa benar, maka dia benarlah dan juga sebaliknya. Kadang2 org2 bijak pandai ni pandai memanipulasikan keadaan dan yang tertipu, kita2 yg dibawah ni.

No comments:

Post a Comment

☆☀♥ feel free to leave your comments ♥☀☆

Related Posts with Thumbnails

Ramai jugak yang baca entry ni.....

 
Go To Top