SOLAT adalah WAJIB
sudahkah anda menunaikannya?

Friday, November 19, 2010

Hari berjalan sedunia

Saya suka berjalan. Sejauh mana pun, saya sanggup berjalan kaki. Tapi haruslah memakai kasut yang selesa. tentu sekali bukan high heels ya ;)

Saya juga percaya bahawa berjalan boleh menyihatkan tubuh badan. Dengan lebih tepat lagi, menyihatkan jantung yang mengepam darah keseluruh badan. Bila kita bersenam atau berjalan kaki, jantung akan mengepam dgn lebih laju seterusnya menguatkan jantung tersebut. Kalau tak percaya cuba la.. kalau kita jarang berjalan/bersenam, jantung akan jadi lemah.

Orang Jepun suka berjalan kaki. (sori la saya mmg obses dgn org jepun. cara hidup diorang, pemakanan, kesihatan, kebersihan diorang mmg diorang jaga dgn baik). Sebab tu kalau kita g Jepun, boleh tgok org2 tua berjalan kemana2 seorang diri. Kalau kita kt Malaysia ni, mmg susah la nk berjalan. Mungkin jugak faktor cuaca (saya mmg akur dgn faktor cuaca panas penyebab kita MALAS nk bejalan jauh2). Tapi bila parking kereta pon nk depan2 dgn pintu masuk..huhu lagi la susah nk sihatkan jantung. MALAS juga adalah faktor UTAMA rakyat malaysia ni. nak senang je. tak nk keluar peluh langsung.

Tahu tak, dengan hanya berjalan selama 30 minit sehari kita boleh memiliki jantung yang sihat. 30 minit je pun..bukan lama. tapi kalau lebih lama, lebih baik la. Oleh itu, jom sertai Nestle World Walking Day 21 November nanti seawal 6.30pagi. Ia adalah percuma. Jadi sesudah subuh, jom kita berjalan secara percuma dan dapatkan t-shirt nestle. Ada beberapa lokasi sebenarnya. Sila tgok dlm poster dibawah;Atau boleh lawati disini

Jom kita berjalan.. lokasi terdekat saya adalah Taman Tasik Titiwangsa ;)

No comments:

Post a Comment

☆☀♥ feel free to leave your comments ♥☀☆

Related Posts with Thumbnails

Ramai jugak yang baca entry ni.....

 
Go To Top